• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Kelebihan Menjadi Pengakap
Dipos oleh avid

Masa raya ketiga yang lepas, gua lepak kat perkampungan Jawa bapak gua. Sampai-sampai je, gua nampak pakcik-pakcik gua dah ada. Lepak kat sofa luar rumah ramai-ramai, hisap rokok Winston sambil kutuk-kutuk Barisan Nasional. Jarang gua tengok orang Jawa bela Barisan Nasional. Jawa Johor mungkin kut.

Tengah sembang pung pang pung pang, makcik gua mengutarakan cadangan untuk memeriahkan malam raya ketiga yang dah nak suam-suam kuku dah. BBQ!

"Sapa nak belikan ayam udang sotong suma?" ujar pakcik gua yang kerja pensyarah.

***

Petang tu, bapak gua ajak gua pergi pasar. Riak wajahnya palat. Senyuman tokeh ayam dibalasnya tawar. Kah kah. Gua tahan gelak. Kang kena sumpah jadi batu seremban kang.

Malam tu, lepas je maghrib gua mengorak langkah ke tapak BBQ belakang rumah nenek gua. Pengalaman gua sebagai pengakap selama lebih 7 tahun tersia-sia apabila sepupu gua yang dulunya PBSM dah stat api dulu dah. Ceh, nama je PBSM..semayang maghrib lambat!

3 jam berikutnya gua dah jadi macam Jamie Oliver dalam The Naked Chef dah. Orang datang bertalu-talu mintak ayam, udang, sotong, kerang, ikan. Gua tak makan apa lagi. Mata kemain pedih. Tangan gua sibuk membalik-balikkan ayam ikan suma. Nak bagi ayam ikan orang mintak suma. Makcik-makcik gua suruh gua makan dulu. Dengan lembut gua menolak sambil air mata meleleh. Mata kena asap.

Habis bakar ayam ikan suma, gua duduk di hujung sudut meja untuk menikmati ikan pari bakar gua. Tiba-tiba datang sorang awek yang aku tak kenal duduk dengan adik-adiknya di sebelah hujung sudut meja sana.

"Terima kasih ye bagi ayam ni.." tiba-tiba awek tu bersuara.

Dalam hati gua berterima kasih kepada Hanif Norhan kerana mengutuk cadangan gua untuk masuk Kadet Bomba masa darjah 3 dulu.

Photo

Thursday, October 1, 2009

pada 8:06 PM


6 nyamuk:

October 1, 2009 at 10:47 PM
Permalink this comment

said...

nasib baik ko jadi Jamie Oliver je~
cuba ko jadik Gordon Ramsay dalam Hell Kitchen tu~

hahaha~

October 2, 2009 at 4:07 AM
Permalink this comment

said...

mencarut depan makanan la kejenya....hehe...

October 2, 2009 at 8:08 AM
Permalink this comment

said...

ape kaitannye PBSM ngan smayang mgrib lambat?
haha..

October 3, 2009 at 7:58 AM
Permalink this comment

said...

xde kaitan...heh heh...

October 3, 2009 at 10:47 PM
Permalink this comment

said...

aku tak nampak kau ada selitkan ilmu simpulan tali pengakap.
atau aku yang buta huruf?

October 4, 2009 at 6:52 PM
Permalink this comment

said...

nak ikat mende masa masak bbq??

Popular Posts