• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Hari ni PMR. Selamat berPMR adik-adik sekalian.

Masa gua Form 4, gua dan rakan-rakan dapat jemputan utuk ambik hadiah PMR kat sekolah lama kami. Masing-masing dah buat perangai setan. Nak jumpa Cikgu Naslinor suruh dia dump boyfriend dia la, nak jumpa Cikgu Nik Zurina sembang-sembang matematik la, nak masuk Aspuri la, nak belasah junior la.

Sampai-sampai je kat sekolah lama kami, kami terus pergi Dewan Selera sembang pung pang pung pang dengan budak-budak Jasin, Langkawi dan merata-rata lagi. Menu malam tu kari kurma ayam. Nak ikutkan perut, takde la lapar benar. Tapi Cikgu Zubir insist. Igauan ngeri bermula. Akak-akak makcik-makcik Dewan Selera ceduk kari kurma kami dengan muka ganas sepertimana yang pernah kami lalui tiga tahun lepas. Gua tak berani mintak dada ayam. Kepak pun kepak lah.

***

Pagi tu, gua rasa lain macam. Nak ke, tanak. Nak ke, tanak. Last-last gua pegi jugak. Perut gua tak tahan. Mampus la tak dapat naik pentas ambik hadiah pun. Selesai je berbisnes, gua tengok ada sebatalion lagi rakan-rakan gua nak berbisnes. Tandas sesak. Muka masing-masing mencirit. Dah takde senyum-senyum dah. Gua bersyukur gua dapat naik pentas ambik hadiah.

***

"Lutfi mana, Lutfi ni?" Cikgu Rosinasuria cemas. Lagi lima minit Lutfi kena naik pentas tapi Lutfi takde.

"Naza plak pegi mana ni? Kan saya dah cakap duduk diam-diam. Nama je Tingkatan Empat...Hish..!" getus Cikgu Rosinasuria.

"Dorang pegi berak kot. Makan ayam kurma semalam" sorang jawab.

Kesian Lutfi. Orang naik pentas ambik hadiah dia pergi berak.

P/S: Menu harian Dewan Selera sekolah gua dulu

1. Bihun goreng lipas (kes biasa)
2. Ayam gulai berdarah (tak layak dipanggil kes)
3. Kek pisang lembek (Tak layak dipanggil kes)
4. Bubur pulut hitam dengan larva lalat berenang-renang di kuahnya.
5. Kuah kacang nasi himpit berlaukkan katak.
6. Murtabak bertatahkan plaster luka.
7. Air kosong 80 darjah celsius tika 2.00 petang (tak layak dipanggil kes)

Photo

Wednesday, October 7, 2009

pada 9:12 AM


6 nyamuk:

October 7, 2009 at 11:30 AM
Permalink this comment

said...

pergh~

kenapa gua rasa nak muntah laju2 ni beb?

October 7, 2009 at 11:59 AM
Permalink this comment

said...

blum suruh makan lagi tu....keh keh...

October 7, 2009 at 1:01 PM
Permalink this comment

said...

muzam,
pengotor gle dewan makan ko..
rase nak muntah jek neh..
isk..isk..

muzam,
kenapa dalm dunia wujud lelaki kasanova?
hmmm...
[pertanyaan org kecewa]
sori jd x macho

October 7, 2009 at 4:03 PM
Permalink this comment

said...

keh keh...nature lelaki sbg hunter menyebabkan wujudnya casanova....

October 8, 2009 at 2:00 AM
Permalink this comment

said...

ingat masa muda2 dulu..

tinggal kat asrama

mandi bogel kat dalam kolah

October 8, 2009 at 11:01 AM
Permalink this comment

said...

lu biar betik?
gua kurang2 pky boxer gak...haha....

Popular Posts