• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Waktu Rehat Gua
Dipos oleh avid

Masa gua darjah 1 sampai darjah 3, gua dan rakan-rakan tahap satu yang lain rehat pukul 10 pagi. Sepanjang tiga tahun ni, gua selalu bawak bekal makanan. Gua selalu makan dengan Faizal, Hanif Norhan dengan Ramzul. Gua biasa bawak nasi goreng je. Faizal selalu bawak hotdog dengan naget. Hanif selalu bawak sandwich. Mak dia orang putih. Ramzul tak tentu. Kejap-kejap cekodok. Kejap-kejap, jajan. Senang kata, dari pukul 10 sampai 10.30 pagi tu, gua sembang-sembang sambil makan je la.

Masuk darjah lima, gua rehat pukul 10.30 pagi. Disebabkan kelas gua kat tingkat paling atas sekali, gua jarang pergi kantin. Kalau pergi pun, mesti dah panjang barisan beratur. Oleh itu, gua banyak lepak kelas main batu seremban dengan budak perempuan. Kat kelas gua, sapa yang main batu seremban dengan Jumaaton, Suhada ngan Munirah ni kira power gila babi la. Gua selalu lawan dorang. Tapi tangan gua maskulin sangat. Selalu terlepas sebijik dua masa nak tangkap batu-batu seremban di udara.

Masuk darjah enam, gua main digimon. Gua beli digimon 1 punyer. Digimon gua keturunan mamimon. Bela bela mesti dapat mamimon. Tak pernah pun dapat teddy bear kuasa love tu. Oleh itu, waktu rehat je gua selalu lepak kat pondok tepi surau dengan berpuluh-puluh budak lain. Siap buat liga lagi. Gua ingat lepas gua dapat nombor 9 dalam kelas, mak gua rampas digimon gua dan campak masuk jamban. Gua tolong flush kan...

Gua telepon adik gua hujung miggu lepas. Gua tanya rehat dia buat apa? Dia jawab "Duduk kat perpustakaan baca Dewan Pelajar."

Gua menangis sayu.

Photo

Tuesday, October 13, 2009

pada 4:40 PM


6 nyamuk:

October 13, 2009 at 8:04 PM
Permalink this comment

said...

menangis air mata darag utk adik lu..haha..

ko penah main lawan pemadam x?
mesti penah an..
tnye adek ko kenal x game tuh.haha

October 13, 2009 at 10:57 PM
Permalink this comment

said...

haha~

hobi adik lu sama dengan daku~

muahaha~

library tempat terbaik~

mana tempat boleh dapat aircond free selain library, pejabat dan bilik guru?

aku pilih library~
hahaha~

October 14, 2009 at 11:33 AM
Permalink this comment

said...

@ lumut
gua main pemadam time kelas...bukan time rehat...hahahaha....

@ zara
gua makin pening....dok library baca dewan pelajar?? pegi la main bola ke...

October 14, 2009 at 2:49 PM
Permalink this comment

said...

Salam.

bestkan nyer dulu main2.
kan?

glup. rajinnyer adik.
tapi best duk tempat sejuk.

October 14, 2009 at 3:34 PM
Permalink this comment

said...

teksesima ngn adik lu..


hahahaha..

October 14, 2009 at 5:24 PM
Permalink this comment

said...

@ arnamee
welcome arnamee! main mana penah tak best...haha...

@ jimmy asrama
hahaha...tu ar...gua siap marah2 dia lagi....

Popular Posts