Jadi, semalam gua keluar berjalan ke pekan dengan Raju (nama tipu yang digunakan untuk merahsiakan identiti rakan yang katanya tak mahu dikaitkan dengan blog gua yang rendah trafiknya) bersempena dengan hari hol sultan Johor. Apa jadah hari hol tu entah, gua berserah kepada ilahi.
Selepas menemani Raju yang menghabiskan 2 jam dan 70% duit pinjaman pelajarannya untuk membeli henset baru, kami keluar dari kedai tersebut dan berjalan di kaki lima kedai untuk menuju ke bank. Raju juga kelihatan mengeluarkan RM200 daripada baki 30% pinjaman pelajarannya untuk duit makan megi, katanya.
Di pintu masuk bank, kelihatan seorang warga tua tengah duduk sampil membebel apa jadah dengan sehelai kain putih kecil terbentang di hadapannya. Orang tua itu kelihatan sakai, meskipun gua sangsi apakah kaum Sakai di Tapah masih kelihatan macam fucking hobo.
Dan orang yang lalu-lalang meletakkan duit syiling dan duit kertas di atas sapu tangan orang tua itu. Termasuklah Raju yang bangang.
Keluar dari bank, Raju menegur gua. "Apalah salah orang tua itu sehingga kau sanggup membunuh harapannya terhadap semangat humanity dengan renungan sinis sebegitu rupa?". Gua menghamburkan kata-kata kesat terhadap Raju yang jika gua ingat kembali, beginilah bunyinya:
"Kalau lu tanya senarai orang yang paling gua benci dalam hidup gua, orang yang mintak duit tanpa berusaha berada di no. 3 dibawah Sultan Mahmud Shah yang berada di no.2 dan bekas timbalan dekan fakulti gua yang tak bagi gua postpone test masa mak gua sakit yang berada di no.1."
"Gua takde hal kalau depa nak jadi hobo, tak nak kerja atau tak nak mandi. Itu gua tak kisah. Tapi bila senang-senang, duduk-duduk nak duit - Fuck you. Nak duit, pergi kerja. Do something. Kutip trash cans, boxes, metals, whatever. Kalau terasa hidup tu pointless sangat, nak adrenalin rush, nak feel alive balik, steal something."
"Gua respek pakcik buta yang main keyboard dan harmonika di pasar malam. Gua respek makcik yang susah-susah jaga anak kecik miskin macam mana pun. At least, dia tak buang-buang anak. Gua respek hobo di Amerika yang rajin usung shopping cart, kutip tin, kotak dan botol dari trash bins. Gua respek anak-anak yatim piatu yang menyanyi dalam filem Tiga Abdul tu."
"Dan gua respek semua orang yang ada kerja."
"Ya. Gua aware dengan sindiket mintak sedekah sekarang ni. Benda ni bukan baru. Dari zaman Oliver Twist lagi dah. But how can we tell which one is a syndicate and which one is not? So, elok kita berbaik sangka je. Asalkan mereka bekerja, mereka berhak diberi upah. Pakcik sakai tadi boleh fuck off."
"Dan, meminta sedekah bukan satu pekerjaan."
7 nyamuk:
January 12, 2011 at 5:00 PM
Permalink this comment
agree!
do something or be useless rest of ur life..
sometimes memang kesian giler kowt tgk mereka2 ni tapi fikir logik ada yg tak laa cacat mane pun nk jadi peminta sedekah.try la keje pape pun.jgn memilih.tak salah kutip tin botol pe jadah tu.usaha tu patot ade.ade lagi yang kurang ajar kite dh bagi die mintak lagi..oh demm kau!
January 12, 2011 at 5:33 PM
Permalink this comment
kalau yg mintak lagi tu, memang takde keikhlasan langsung untuk berjaya dalam karier permintakan sedekahan.
January 12, 2011 at 6:26 PM
Permalink this comment
yup. agree psl org buta yg usaha cari duit ngan main muzuik. atleast diorang ade usaha.
January 12, 2011 at 10:09 PM
Permalink this comment
aku pn setuju..
aku respek makcik yg dtg meja ke meja jual kerepek.
dia gigh dan ada usaha..tabik!
January 12, 2011 at 10:14 PM
Permalink this comment
"Apa jadah hari hol tu entah, gua berserah kepada ilahi."
serius klako statement ko nie. berserah pada Ilahi. LOL.
ye, kat shah alam pun situasi yang sama. kalau lepak mamak tu berjam-jam... dekat 5-6 pemintak sedekah dtg mintak duit, di temani oleh seorang yang ta k buta yang guide jalan untuk si buta. memang sindiket gile... aku mmg x kasi even seploh sen pun.
January 13, 2011 at 2:19 AM
Permalink this comment
nicely brought up into words, bro. good man.
January 14, 2011 at 11:23 AM
Permalink this comment
nenek aku pun selalu sebut "esk hari hol sultan johor"
aku rasa hol tu utk holiday lah.. tapi aku xpaham kenapa johor cuti hari tu..