• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Kredit

Sesudahnya sembahyang Jumaat di Masjid Mustafa Mahmoud yang terletak di pinggir sebelah barat bandar Cairo, Nasser al-Sherif, 24, kelihatan gelisah. Matanya liar mencari kawannya. Ini merupakan protes jalanan pertama dalam hidupnya.

"Saya datang sini cuma nak cakap tidak," katanya. "Bila keadaan jadi ganas, mungkin saya akan balik."

Sana-sini, orang ramai berkumpul di luar masjid. Kurang 10 minit, mereka akan berarak menuju ke jambatan Kasr al-Nil dan seterusnya berkumpul di Liberation Square yang terletak di hujung jambatan. Sebuah tempat di mana mereka akan bergabung dengan kumpulan penunjuk perasaan yang lain.

Rata-rata mereka nampak bersemangat. Khutbah jumaat pada hari itu seumpama minyak yang membakar api semangat perjuangan mereka. Semangat menentang pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak. Khatib memuji gerakan revolusi mereka. Mana tidaknya, khutbah itu tidak dikarang awal-awal oleh kerajaan seperti di Malaysia.

Ibrahim al-Missiri, 36, melihat kerumunan pada hari itu yang turut disertai dua pelakon terkenal Mesir. "Ini adalah kelas rakyat yang tak pernah bersuara sebelum ini," katanya. "Saya nak hak mengundi saya."

Mereka berarak secara aman ke jambatan Kasr al-Nil. Antara dalam kerumunan itu termasuklah tiga anak muda. Dua daripada mereka bekerja di pusat hubungan pelanggan untuk laman sesawang Expedia dengan gaji $400 sebulan.

"Kami dah tak tahan kena rompak dengan kerajaan," kata Al-Bilal, 23. "Kami nak mengawal keadaan pula."

Sambil berarak, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan slogan anti-Mubarak dan menyeru ke balkoni penduduk setempat untuk menyertai mereka. Anggota polis rusuhan yang menjangkakan protes kumpulan itu sudah menuggu awal-awal di hujung jambatan. Mereka sudah bersedia dengan meriam air, gas pemedih mata dan cota mereka.

Kumpulan itu terus mara ke jambatan meskipun sudah diberi amaran polis rusuhan. Tetapi langkah mereka diganggu oleh tembakan meriam dan ledakan gas pemedih mata. Atef Badr, 28, berpaling kepada kumpulan itu dengan tangisan - bukan kesan dari gas pemedih mata, tetapi hatinya tersentuh. "Saya merayu!" dia menjerit. "Anda semua di belakang, sila mara ke hadapan."

Liberation Square samar-samar kelihatan di tengah-tengah puluhan kereta berperisai dan kepulan asap di jambatan itu. Apabila silinder gas pemedih mata ditolak ke tepi jambatan dek angin, kumpulan itu mara sambil bersorak, "Gulingkan Mubarak!" sebelum berundur semula akibat lontaran silinder gas pemedih mata di hadapan mereka.

Apabila gerakan mereka dihentikan sekali lagi, Ziad Ali tertanya-tanya sekiranya perarakan itu akan berjaya. "Saya dah 35 tahun; dia dah jadi Presiden sejak saya 5 tahun," katanya. "Saya harap kami akan berjaya."

Seorang lelaki muda berteriak kepada kumpulan itu dengan bullhorn, mengatakan mereka boleh berundur tetapi mereka tidak boleh menyerah. Rakannya berjaya memanjat dan berdiri di atas kereta berperisai yang menyekat laluan jambatan itu. Kumpulan itu lantas bersorak dan terus mara. 

Kumpulan polis itu berundur. Mereka tidak lagi kelihatan menakutkan di mata penunjuk perasaan. Moral mereka di tahap rendah. Beberapa anggota mereka mula menanggalkan pakaian seragam mereka dan berlari menyertai kumpulan penunjuk perasaan tersebut.

Tidak semena-mena, sekumpulan polis datang mengambil alih keadaan dari bawah jambatan dengan menaiki bot. Mereka memukul sesiapa sahaja yang tidak berlari. Nadine Sherif berjalan di kalangan orang awam yang cedera. Dia kelihatan lemah. "Saya harap dia dapat mesej kami," katanya. "Dia tidak diperlukan lagi."

Pada hujung petang, polis berjaya mengambil alih semula jambatan tersebut. Keadaan kembali tenang. Kelihatan beberapa pegawai polis menghidupkan api rokok, berehat dan bersembang dengan sebilangan penunjuk perasaan, menyangkakan kerja mereka selesai.

Mereka silap. Berlabuhnya malam, para penunjuk perasaan akhirnya berjaya mengambil alih jambatan tersebut. Dan mereka perlu berterima kasih kepada Mohammed Bouazizi, seorang penjual buah tanpa lesen di Tunisia untuk kejayaan ini.

*Untuk insight yang lebih, singgah ke galeri ini.

Photo

Monday, January 31, 2011

pada 2:57 AM


Labels:
,
,
,

6 nyamuk:

January 31, 2011 at 6:31 AM
Permalink this comment

said...

rakyat mungkinlah nak bersuara..jadik sampai mcm tu sekali.

ps:negara kita pun sama jugak, kan..

thanks for sharing

terbaik la ko adapted citer ni!tepok tepok!!!!

Anonymous

January 31, 2011 at 7:46 AM
Permalink this comment

said...

adoyai!
pemerintah sekrg makin kejam!

January 31, 2011 at 8:57 AM
Permalink this comment

said...

sekarang susah nak cari leader yang ada "totality".

January 31, 2011 at 10:06 AM
Permalink this comment

said...

salam solidariti dari Malaysia buat mereka.

"people shouldn't be afraid of their government, the government should be afraid of their people"

January 31, 2011 at 12:18 PM
Permalink this comment

said...

pesanan utk gov seluruh dunia.."promise only wut u can deliver, then deliver more than u promise"
~baru aman dunia

January 31, 2011 at 2:08 PM
Permalink this comment

said...

@ faizal
negara kita lain beb. orang kita dah kena mind fucked dengan berita hantu toyol rogol khinzir kat harian metro. bab2 itu je la depa berdemonstrasi.

@ lelaki ini
kau pun pemimpin universiti kau kan? ambik sbg pengajaran.

@ fyzal
ni bukan soal nak cari pemimpin yang sempurna. ni soal pemimpin lemah yang tak mengaku lemah.

@ paan
yes, they should. selagi rock n roll masih wujud kat muka bumi ni, selagi tu lah akan ada manusia yang berjiwa rebel.

@ naddy
that's just perfect. kau sampaikan apa yang aku nak sampai dalam satu ayat je.

Popular Posts