• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Gua mengaku kalau gua bukan kat rumah, gua jarang bersarapan. Tapi gua kena mengaku sarapan di rumah (yang disediakan oleh mak) tak sama dengan sarapan yang dibeli. Kalau beli, alih-alih pun mesti nasik lemak, roti canai, kuih sikit-sikit. Tapi kalau di rumah, ada sesetengah benda tu kita tak boleh beli (takde orang jual etc.). 

Jadi, ini lima menu sarapan rare yang tak pernah dijual orang sehingga menyebabkan gua rindu - sampai nasik lemak pun gua dah rasa macam selipar.

#1 Lempeng

Kredit

Apa yang best: Gua tak sure budak sekarang kenal ke tak apa jadahnya binatang lempeng ni. Lempeng ni paling dekat gua boleh kaitkan adalah dengan pancake. Diperbuat daripada apa, tak pernah gua ambik tahu. Tapi rasanya manis. Teksturnya hampir sama dengan apam balik cuma takde inti. Mengenyangkan dan menurut mak gua, mudah dibuat.

Kenangan: Masa zaman 90-an dulu, susu pekat F&N ada buat iklan. Dalam iklan tu, depa bubuh susu pekat atas lempeng dan makan dengan rakusnya. Masa ni scene makan lempeng dengan susu memang tengah 'kick'.

#2 Cekodok pisang

Kredit

Apa yang best: Pisang masak yang dilecek-lecek (masa ni mak gua lecek pakai botol sos) dan digoreng dalam minyak panas. Rasanya memang rasa pisang lah. Teksturnya lembut di dalam tapi garing di kulitnya. Saiznya bergantung kepada pembuat cekodok tersebut. Mak gua selalu buat besar fish ball sebab senang gua nak 'ngap' main campak-campak dalam mulut.

Kenangan: Cekodok pisang sedap dimakan panas-panas. Masa panas tu, mula lah terkial-kial nak memegang. Bila dah pegang, tangan terasa panas nak mampus lalu gua campak cekodok tersebut dalam mulut. Mulut pula panas. Nak mengunyah pun terkial-kial sambil mata berair-air. Lepas tu, buat lagi benda sama. Bodoh.

#3 Jemput-jemput/ Cucur

Kredit

Apa yang best: Dianggap saudara cucur udang yang tak ada udang, jemput-jemput turut dijamu dengan sos. Sesetengah orang buat jemput-jemput, depa buat leper-leper. Tapi mak gua suka buat bulat-bulat stail cekodok pisang juga supaya lambat sejuk. Rasanya sama macam cucur udang. Teksturnya lembut dengan garing di kulit. Mengandungi ikan bilis, sayur kucai dan kadang-kadang orang letak dadu kentang.

Kenangan: Iklan tepung cucur Adabi.

"Kami dah pulang mak buat cucur, mudah saja tambah air, adun sebati goreng dan sedia, tepung cucur Adabi dah sedia. Ayah suka lemak manis, Tok suka ikan bilis, kami nak lagi! Bolehkah cepat?"

"Boleeeh...dengan Tepung Cucur Adabi" - (si emak tersenyum manis, si anak-anak menghulur pinggan)

"Adaabiii....!"

#4 Nasik goreng belacan

Kredit

Apa yang best: Bagi gua, ini sarapan yang mudah, senang dan cepat. Lagi-lagi dengan berlambaknya peket-peket pes nasik goreng sekarang ni. Tapi, gua paling suka pes buatan rumah. Cili padi, bawang putih, bawang merah, belacan, garam, air asam jawa - tumbuk sampai lumat. Gaul dengan nasik putih yang tak habis makan malam semalam. Makan panas-panas, berair mata sambil hirup kopi yang panas lagi tu.

Kenangan: Bawak bekal nasik goreng ke sekolah untuk dimakan masa rehat. Tapi masa rehat, gua sibuk bermain bola. Sampai balik sekolah, nasik tak terjamah. Mak marah. Duit belanja habis beli ais krim asam boy untuk digonggong sambil berbasikal balik rumah di kala tengah hari yang terik. Bodoh.

#5 Biskut kering cicah kopi

Kredit

Apa yang best: Kadang-kadang mak gua sakit. Kadang-kadang tepung habis untuk buat lempeng dan cucur. Kadang-kadang, minyak masak habis. Minyak yang ada pun dah berapa kali recycle sampai tengik jadinya. Jadi, biskut kering dan kopi lah sarapan gua itu hari. Simple. Ta kisah la biskut kapal, biskut mayat ke. Walaupun tak lah sesedap cucur, ke-kaw-an kopi menjadi penawar duka hati.

Kenangan: Tengah sedap-sedap mencicah, biskut jadi lembik dan masuk dalam kopi. Cuba kaut pakai jari but sweet lord! Panas gila! Last-last, hirup kopi sikit-sikit sampai habis. Dan biskut yang tertimbus dapat ditemui semula. Korek pakai jari masuk dalam mulut. Happy morning.

Please don't tell me you guys eat those cereal bullshits pagi-pagi.

Photo

Monday, January 17, 2011

pada 8:35 AM


Labels:
,
,
,

21 nyamuk:

January 17, 2011 at 10:58 AM
Permalink this comment

said...

hahaha..aku suka entry ko ni, bro!!

aku still orang kampung yg makan all those bekfes neh.kenyang dowh!!hehe

January 17, 2011 at 11:22 AM
Permalink this comment

said...

haha..aku perlukan sekotak besar cereal untuk puaskan nafsu makan aku pagi2..

January 17, 2011 at 11:22 AM
Permalink this comment

said...

nenek aku suka buat lempeng jugak..tp xsama mcm lempeng kau..lempeng kami nipis n tawar jek. cicah dgn asam pedas or kuah lemak..sedap gila..

January 17, 2011 at 11:24 AM
Permalink this comment

said...

i see. nenek kau buat lempeng stail org dulu2 tu. yang makan dengan parut kelapa tu. aku tak pasti pulak apa mak aku tambah sampai jadi manis.

January 17, 2011 at 12:09 PM
Permalink this comment

said...

Wahhh macam ni ye anak kg. pure breakfast?

Hehe, i had breakfast like this bile balek kg.je tp tu pn nasik lemak jugak LOL!

January 17, 2011 at 12:30 PM
Permalink this comment

said...

kat umah aku, pg2 dah hidang nasi - siap lauk pauk bagai.nama pon dok negri jelapang padi.hehe!~
coq kodok, cok udang, lempeng mak aku buat mkn petang...
slalunya yg dpt mkn bekfes sedap2 ni mak depa suri rumah..ada masa nk buat. "seb baek mak aku suri rumah" :)

January 17, 2011 at 12:50 PM
Permalink this comment

said...

damn. biskut kering cecah milo sedap ohhh. and those cucur ikan bilis sangat buatkan selera terbukak bila pagi2. nice entry! :D

terus terasa nak masak. haha

January 17, 2011 at 1:04 PM
Permalink this comment

said...

@ natra
aku rasa kampung aku ngan faizal kot sarapan cenggini. haha.

@ ~naddy~
mak aku kerja jugak dulu. rilek je dia buat cekodok pisang. dan betul gak kata kau, benda ni kadang2 org makan petang. haha.

@ farah
lebih2kan bila masak cucur tu.

January 17, 2011 at 1:21 PM
Permalink this comment

said...

semua ni antara yg aku paling rindu...

mn nk cari dh skg?

bebudak skrg byk benda best yg dorg tk dpt rs...kesian

Anonymous

January 17, 2011 at 1:27 PM
Permalink this comment

said...

makanan ni bukan setakat breakfast jer... layan muvi malam2 pun boleh aku bantai skali biskut kering dgn kopi. HAHA

January 17, 2011 at 1:32 PM
Permalink this comment

said...

lazatnyaaa.... sometimes miss semua makanan ni sebab dah jarang2 buat...

January 17, 2011 at 3:09 PM
Permalink this comment

said...

Memang makanan ruji aku la ni time breakfast.
Huhu.
Aku paling suke cekodok pisang tu, hahaha, all time favourite!

:D

Anonymous

January 17, 2011 at 4:23 PM
Permalink this comment

said...

menu menu tu mmg biasa buat bila kat rumah je... kat kedai tak de jual. tapi last week baru jek buat lempeng makan dengan sardin.

Anonymous

January 17, 2011 at 5:26 PM
Permalink this comment

said...

huahuahua..

lempeng aku tak pernah makan.

cucur tu pun xmkn sb ada ikan bilis.

tapi yang lain memang terbaik. dulu masa kecik2, masa aku duduk dgn opah aku, ade la breakfast style kampung nie.

sekarang, sejak duk uma sendiri, aku breakfast roti gardenia, planta, twiggies, squiggles, dan jenis2 roti2 yg lain.

kecuali weekend je mak aku belikan nasi lemak. huuuu~~

January 17, 2011 at 8:40 PM
Permalink this comment

said...

ko memang terbaik laa..semua tu ak memang makan time breakfast and petang2, malas nak buat food lain..

January 17, 2011 at 10:37 PM
Permalink this comment

said...

lempeng pon ade dah kt hotel skang...
siap jdik dessert lg..
tp dorg buh aiskrem dlm lempeng.. cara jgk..

top5 yg mmg slalu di mkn.. thumbs up bro..

January 18, 2011 at 11:17 AM
Permalink this comment

said...

@ yusuf
betul bro. kalau mak bapak dah jenis membeli je, memang takkan merasa la benda2 ni.

@ naqib
haha..kalau kau layan lempeng sekali malam2 memang gua saspek la..

@ ezanoor
last time aku makan lempeng...time darjah enam kot..

@ judiene
main ngap2 campak mulut tak?

@ hana
terbaik la rumah kau.

January 18, 2011 at 11:23 AM
Permalink this comment

said...

@ erine
girl, kau dah miss dua nikmat dunia kat situ.

@ iyllienaz
simple, mengenyangkan and worth every penny, huh?

@ orked
haha..hotel apa? seri malaysia? tapi aku rasa pelik kot kot aiskrim makan dengan lempeng.

said...

ye lah.. apa2 pon masakan mak sendiri juga yang terbaik..

*Teringat lepas sekolah, tengok bawah tudung ada ikan kembung goreng, sambal belacan, kari ikan.. slurp!.. dah cukup menggoda selera.. Minum air panas.. cecah biskut mayat.. alahai.. miss the old days.

February 16, 2011 at 2:08 AM
Permalink this comment

said...

memang x mrase makan2 mcm nie...
dulu tyme skola rendah bli breakfast kt kedai lua skola....
2 pun kire breakfast+lunch....
balik je umah, ade nasi lemak n mee goreng ayah bli utk breakfast pagi 2...
last2 aku mlantak sume makanan 2...
save duit blanje skola....
hihihiiihi

April 11, 2011 at 11:33 PM
Permalink this comment

said...

terbaik ah.aku dah lama tak makan semua tu.rindu air tangan mak.*sobs

Popular Posts