Trivia:
1. Gennaro Gattuso (AC Milan) sentiasa membaca buku Dostoevsky di jamban sebelum perlawanan.
2. Kolo Toure (Man City) sentiasa memastikan dia adalah orang terakhir yang keluar dari dug-out setiap kali selepas half-time.
3. Adrian Mutu (Fiorentina) sentiasa memakai spender terbalik setiap kali sebelum perlawanan.
Pagi itu gua bangun awal sikit. Gua terus bangun mencapai tuala gambar beruang dan berjalan malas-malas menuju ke bilik air. Macam biasa, kat dapur dah bising-bising sikit. Bunyi mak gua tumbuk cili untuk masak nasik goreng.
Selesai mandi, dengan terketar-ketarnya gua kutip baju dan seluar gua dan masukkannya ke dalam mesin basuh. Kemudian, gua berlari-lari masuk ke bilik sambil memeluk badan yang kesejukkan. Gua buka lampu bilik dan serta-merta adik gua terjaga.
Terus gua bukak almari pakaian 6 kaki dan gua capai baju sekolah gua. Sambil menyarung pakaian, mata gua tertumpu ke adik gua yang sedang tidur dalam posisi sujud. Terus gua capai tuala gua dan campakkannya ke kepala dia.
Gua mulakan pagi itu dengan sepinggan nasik goreng dan secawan teh yang gua hirup satu dua kali sahaja. Selesai bersarapan, gua sarung stokin. Kelihatan bapak gua tengah menghirup udara rokok di atas buaian di luar rumah. Selesai memakai stokin, gua masuk ke dalam rumah semula. Mata gua liar mencari mak.
Gua cari di dapur. Takde. Di bilik. Takde. Di jamban. Takde. Di luar balik. Takde. Aiseh, suey betul la detik hati gua. Sedang gua keliling rumah macam orang sakit otak, gua dikejutkan oleh suara mak.
"Kau buat apa keliling ke hulu ke hilir cenggitu?"
"Orang nak salam"
Lantas gua kucup tangan mak. Kemudian gua salam bapak gua dan terima duit belanja. Kebiasaannya gua dapat lima kupang, tetapi hari ini special sikit sebab gua akan ke sekolah di Sekinchan untuk mewakili sekolah dalam pertandingan hafazan al-Quran. Bapak gua menghulurkan sekeping duit syiling berwarna emas kepada gua.
***
Sepanjang perjalanan pulang menaiki bas, fikiran gua melayang. Melayang mencari sebab macam mana gua boleh lupa surah Al-Bilad padahal gua dah hapal dan berlatih surah tu berpuluh-puluh kali sebelum ni. Hiruk-pikuk sorakan team nasyid yang menang no.2 di belakang bas tidak gua hiraukan.
Gua check ritual kemenangan gua bermula dari bangun pagi. Ritual yang gua amalkan setiap kali gua menyertai pertandingan untuk menang.
Gosok gigi. Check. Pakai tali pinggang kain. Check. Nasi goreng. Check. Pakai stokin belah kanan dulu. Check. Salam tangan mak dulu. Check. Kemudian, salam tangan ayah. Check. Apa yang gua tak buat?
Wait a minute!
Damn...patut la. Gua lupa sembahyang subuh pagi tadi.
15 nyamuk:
January 31, 2011 at 10:42 PM
Permalink this comment
hahaha.. padahal itu yang penting sekali.. dah bangun mandi semua, boleh lupa solat subuh plak.
January 31, 2011 at 11:00 PM
Permalink this comment
biase
January 31, 2011 at 11:15 PM
Permalink this comment
hahahahahaha. nice one!
January 31, 2011 at 11:33 PM
Permalink this comment
the minute ko kate pasal lupa surah tu aku da taw dah mesti x solat subuh pg tu ni! =p
January 31, 2011 at 11:36 PM
Permalink this comment
haha! bikin spoil la ko nih, lupa smbgyg plak..adehhh~
February 1, 2011 at 12:12 AM
Permalink this comment
Alahaiii. Sayang sekalii.
February 1, 2011 at 1:12 AM
Permalink this comment
"Kau buat apa keliling ke hulu ke hilir cenggitu?"
"Orang nak salam"
Hahaha, cute!
:P
February 1, 2011 at 2:49 AM
Permalink this comment
dapatku agak ape sebabnya..hahahaha
the point is kalau kite ingat DIA, DIA ingat kite juga:)
February 1, 2011 at 8:50 AM
Permalink this comment
aik? boleh lupa? selalu ponteng ke?? keh3
February 1, 2011 at 10:07 AM
Permalink this comment
Pesen tak jaga hati ni la dia.
Hahahahahaha!
February 1, 2011 at 1:30 PM
Permalink this comment
belajar dari kesilapan kan?
biasa la tuh
pergh, wakil hafazan tuh
hebat2, kagum
February 1, 2011 at 6:33 PM
Permalink this comment
hahaha camne leh lupa smayang bro?
takpe la. bukan kau sorg je sll kalah dalam pertandingan hafazan. aku pun sama. 2 tahun berturut2 aku masuk, dan 2 tahun berturut2 tu jugak lah aku tak pernah menang.
tapi aku tak ingat aku sembahyang subuh ke tak sebelum pergi bertanding. errrrr... maybe itu juga punca kekalahan aku kowt.
February 2, 2011 at 7:51 PM
Permalink this comment
zing!
February 14, 2011 at 11:48 PM
Permalink this comment
nicely organized...
January 18, 2013 at 5:51 AM
Permalink this comment
I could not resist commenting. Perfectly written!
My site :: GFI Norte