• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Cuti raya seminggu yang sudah gua manfaatkan sebaik-baiknya untuk beramah mesra dengan bapak gua. Gua ngan bapak takde lah kamceng sangat macam Jim dan bapanya (American Pie Sequel). Tapi gua paham. Bapak gua ambik pendekatan tradisional dalam mendidik anak-anaknya.

Tapi sejak gua dah besar bujang mengabihkan bogheh ajo, gua dapat rasakan bapa gua dah mula nak ngam sikit ngan gua. Setiap malam masa kami dihabiskan menjadi pengulas bahan berita Buletin Utama TV3. Gua kutuk BN sebab pikir-pikir lagi nak ambik Isa Samad tu jadi calon BN kat Bagan Pinang. Gua kata walaupun kes rasuah dia sudah lepas dan sudah pun dihukum, tapi gua merasakan BN terlalu drastik dengan cadangan menamakan Isa Samad sebagai calon. Bapa gua kalau mengutuk BN jangan ajak. Kopi seteko pun tak habis hujah-hujah dia.

Tapi, gua enjoy tengok berita dengan beliau.

Satu pagi, gua tanya pasal hasil tanaman serai beliau. Raut wajahnya seraya berubah. Susah katanya. Serai ada tapi pembeli takde. Jual kat pasar tak padan dengan skala tanaman bapak gua. Bapak gua tanam ada luas padang bola. Pernah cuba jual ke kilang membuat minyak wangi daripada serai, tapi bapak gua ditipu. Serai ambik, duit tak dapat. Gua tanya bape kilo kilang tu order. Bapak gua cakap ada 300 kilo. Gua terkejut tapi gua buat muka matang. Ingat, gua baru je masuk kelab dewasa ni. Mana ada orang dewasa terkejut beruk.

Gua bagi cadangan kat bapak gua. Mana ada orang dewasa dengar masalah orang pastu cakap "Sabarlah..." aje. Gua cadangkan bapa gua hantar serai tu ke FAMA. Bapak gua cakap FAMA lagi sengal. Beli hasil petani dengan harga murah dan hasil tanaman itu mereka buang ke dump site. Bapak gua intip sendiri katanya. Gua dah buntu. Takde cadangan lagi. "Sabarlah bapak...."ujar gua sambil menghirup Horlicks.

Photo

Wednesday, September 30, 2009

pada 8:15 PM


7 nyamuk:

September 30, 2009 at 9:47 PM
Permalink this comment

said...

aku suke tgk ank lelaki borak dgn bapak.
abg aku tak pernah cm ni pon.mesti bapak aku rindu nak rase mcm ni kalau terdgr cerita dr lelaki mcm bapak ko.sbb tuh aku plak yg cube jd macho borak2 ngan bapak aku.

September 30, 2009 at 9:56 PM
Permalink this comment

said...

Weh... suh bapak ko jd calon lah.aku vote!
ha3!

September 30, 2009 at 10:46 PM
Permalink this comment

said...

@ lumut
hahaha...ko mmg macho arr....! sembang pasal fashion ke?

@ anike
pas dah letak calon dah...kalo bapak aku org BN dah lama dh aku suruh....keh keh

October 1, 2009 at 12:00 PM
Permalink this comment

said...

aku suka tengok news dgn Abah juga~

macam2 boleh share dgn dia~

=)

October 1, 2009 at 1:13 PM
Permalink this comment

said...

anak yg baik. tahniah muzam.



ps : baru matang ye kau. rindu nak dgr suare mu. cehceh. ;p

October 1, 2009 at 1:19 PM
Permalink this comment

said...

@ zara
lagi2 kalo ada benda nak kutuk...hehe...

October 1, 2009 at 1:20 PM
Permalink this comment

said...

@ daffodil
rindu suara ko gak...hahaha....

Popular Posts