• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Jam 6 pagi. Matahari masih belum nampak kelibatnya. Burung-burung bagaimanapun sudah bertebaran berkicau-kicau mencari rezeki sesuap cacing. Ayam di hutan sebelah rumah bersahut-sahutan mengkokok. Malaikat banyak lalu kot. Ustazah gua cakap ayam berkokok masa subuh sebab nampak malaikat.

Gua masih enak terlena di atas toto sambil meyeluk kedua-dua belah tangan di celah kedua-dua paha gua. Sejuk. Sejuk-sejuk pun kipas masih ligat berputar pada speed '3'. Nak halau nyamuk. Pernah pakai ubat nyamuk tapi habis kena tendang gua sampai terbakar karpet bilik. Pernah juga pakai ridsek tapi nyamuk kampung ni bukan macam nyamuk iklan TV. Nyamuk TV nyah nyah semua.

Mak sibuk di dapur. Tak buat nasi goreng, tengah buat cekodok la tu. Tak pun lempeng. Paling cikai pun mak buat roti bakar. Tepat 6.15 pagi mak akan datang bilik, bukak lampu, kejut gua. Mak cuma panggil nama je, tapi biasanya gua boleh bangun. Bangun-bangun, gua termenung kejap. Ligat memikir hari ni hari apa. Hari ni ada PJK tak. Hari ni ada Kajian Tempatan tak. Kalau takde, semangat nak pergi sekolah tu 'down' sikit.

Siap mandi, dengan terketar-ketarnya gua menyarung baju sekolah. Tiap-tiap malam sebelum sekolah, mak seterika baju sekolah gua. Lengan dan bahu baju memang tajam lepas mak seterika. Tapi usaha mak agak sia-sia sebab balik sekolah, baju sekolah dah rupa baju menoreh. Kasut yang kapur putih memang legam. Tiap-tiap hari mak marah bila gua balik sekolah. Mak kata pergi belajar ke, pergi main. Gua tak pernah jawab.

Setiap kali sarapan, mak buat air teh manis. Sambil makan sarapan, fikiran gua menerawang rehat nanti nak main apa. Dan tiap-tiap hari jugak masa gua tengah sarapan ni, Radio Malaysia Selangor akan pasang lagu Lemon Tree. Gua sampai hapal walaupun tak tau lagu tu cakap pasal apa.

Lepas sarapan, dalam 6.45 pagi gua akan duduk di buaian samabil pakai stokin. Hari masih gelap. Dalam hati, gua menyumpah seranah Tun Dr. Mahathir sebab ubah time zone semenanjung Malaysia. Kalau tak, jam masih pukul 5.45 lagi. Boleh layan tidur lagi. 

Tepat pukul 7, jiran gua keluar. Tiap-tiap hari kita orang pergi sekolah bersama. Gua terus memanggil mak. "Mak...! Mak....! Nak gi sekolah ni...". Mak gua yang tengah menyiram bunga-bunga cepat-cepat lap tangan dengan kainnya. Gua salam, kucup tangan kasar mak. "Belajar rajin-rajin. Main-main kang, mak hantar sekolah hindu estet kang..". Mak selalu ada cara unik bagi gua semangat belajar. Lepas mak, gua dapatkan bapak gua yang tengah sedap layan blues hisap rokok sorang-sorang bawah pokok jambu. Gua salam cium tangan ayah. Kemudian ayah bagi duit belanja gua 50 sen.
***

Daripada zaman gua, sampai la zaman adik-adik gua sekarang ni rutin mak tak berubah langsung. Langsung. Pukul 5.30 bangun pagi, mandi, sembahyang, buat sarapan, pukul 6.15 kejut adik-adik gua pergi sekolah, menyapu halaman rumah, siram pokok bunga, salam dan sambung kerja rumah balik. Tak jemu-jemu. Padahal umur makin meningkat. Melihat mak gua bekerja, memasak, menyapu, mengemas rumah umpama seolah-olah melihat masa membeku. Penyapu lidi yang sama, kain baju yang sama, rutin yang sama. yang berubah cuma tempat dan masa. Tapi ada satu benda lagi yang tak berubah. 

Penghargaan gua terhadap jasa-jasa mak sejak dari gua lahir sampai sekarang. Selamat hari lahir, mak.

Photo

Wednesday, October 6, 2010

pada 8:26 PM


Labels:

8 nyamuk:

October 6, 2010 at 8:28 PM
Permalink this comment

said...

makcik...

terima kasih sebab lahirkan dan jaga muzam...

saya ada kawan yg bagus cam dia~

October 6, 2010 at 8:57 PM
Permalink this comment

said...

selamar hari lahir mak....

makcik x marah kan saya panggil mak?

sejuk perut mak kau mengandungkan kau.

rasa nak bagi mak kau baca je entry ni..mesti meleleh airmata terharu...

dan skrg aku rindu mak aku...

mak..=(

October 6, 2010 at 10:02 PM
Permalink this comment

said...

Hidup sekalian mak!

October 7, 2010 at 12:19 AM
Permalink this comment

said...

Selamat hari jadi mak cik!!

said...

mak, anak mak g kelas ari2 xpenah ponteng mak...

bagus anak mak...
selamat ari lahir makk

October 7, 2010 at 9:05 AM
Permalink this comment

said...

Mak aku pun gitu gak.sayang anak...melebihi anak syg diri sendiri.huhu

October 7, 2010 at 10:02 AM
Permalink this comment

said...

selamat ulang tahun emak avid!:))

Anonymous

October 8, 2010 at 2:52 PM
Permalink this comment

said...

aku suka entry ni. mak kau mesti bahagia kalau dapat baca.



_sarahmohamad_

Popular Posts