• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Kalau balik kampung embah (nenek belah bapak) gua, lu orang kena berlatih. Berlatih membunuh nyamuk dengan satu jari dan tenang tika diserang konco-konconya yang mahu membalas dendam. Gua belajar ilmu ni bila selalu tengok embah.

Kalau orang lain, bila nyamuk hinggap ditamparnya nyamuk sekuat-kuat yang boleh. Bila terlepas, macam sawan babi gayanya. Tapi embah tenang. Dibiarnya nyamuk landing sedap-sedap dulu, kemudian ditenyehnya dengan jari telunjuk. Ada penjelasan logik kenapa teknik embah mustajab.

You see, mata nyamuk ni macam skrin heat detector. Depa mana boleh tengok kaler-kaler macam mata kita. Tapi mata depa boleh kesan haba. Boleh nampak kaler merah macam heat detector. Kalau lu orang tampar nyamuk tu gila babi, kulit akan panas. Itu pasal, nyamuk suka attack sampai boleh jadi sawan babi. Tapi dengan teknik tenyeh satu jari, kulit masih tenang sepoi-sepoi bahasa.Tak caya, try.

Baru-baru ni, kerajaan mengumumkan untuk try kaedah 'genetically-modified (GM) mosquitoes' untuk memerangi denggi. Ok, what the frak is this GM mosquitoes?

GM mosquitoes ni terdiri daripada nyamuk-nyamuk jantan yang dibiakkan dan telah diubah gennya dan kemudiannya akan dilepaskan ke persekitaran sasaran. Nyamuk jantan ini kemudiannya akan ber-woohoo (yeah, gua main The Sim) dengan nyamuk betina. Nyamuk betina beranak, tapi anaknya mempunyai gen yang akan membunuh dirinya sendiri ketika muda. Generasi muda nyamuk akan merosot jumlahnya, dan manusia hidup dengan harmoninya.

Kerajaan rancang nak test kat Bentong dan Alor Gajah dulu (haha, pindah la cepat-cepat). Tapi kenyataan terbaru dari Kementerian Kesihatan mengatakan kerajaan masih 50-50 pasal keputusan melepaskan nyamuk-nyamuk GM ni. Katanya, National Biosafety Board tengah menilai projek ni.

Gua tak lah pesimis sangat dengan kaedah biological control ni. Tapi, biarlah dikaji secara mendalam dahulu. The Cartagena Protocol on Biosafety mencadangkan tempoh kajian minimum 10 tahun sebelum apa-apa organisma yang GM digunakan secara komersial. 

Ingat, kerajaan takde rush nak guna nyamuk ni. Lagipun, best apa rotong-yogong bersihkan masjid, sekolah, dan taman perumahan? Boleh makan free.
  

Photo

Saturday, October 9, 2010

pada 11:23 AM


Labels:
,

15 nyamuk:

Anonymous

October 9, 2010 at 11:36 AM
Permalink this comment

said...

laa,lu main the sim ke? serius wa tak minat game tu. heee

October 9, 2010 at 11:40 AM
Permalink this comment

said...

tak amek port ehh.
gua ni, kalau ada nyamuk. abis kuno gua pasang lingkar ubat nyamuk. moden sikit pakai spray.

October 9, 2010 at 12:09 PM
Permalink this comment

said...

Tetiba aku ksian kat spesis nyamuk..hahah

October 9, 2010 at 12:59 PM
Permalink this comment

said...

Holy shit! The same method was used by my mom since I was able to breathe in this world man! Aku ingat mak aku je selalu buat mcm ni. Worldwide eh bunuh nyamuk guna jari telunjuk? Ok, jom ke facebook buat fan page sekarang juga!

Anonymous

October 9, 2010 at 1:08 PM
Permalink this comment

said...

woohoo? haha pandai dh ko ea skang....

aku pun main the sims jugak..

GM nyamuk? kalau untuk kebaikan, ape salahnya.mane la tau lepas nie orang dah tak main dah bela2 kucing parsi ke ape. orang style buat nyamuk GM jadi binatang peliharaan. murah pun murah. xyah nak beli frikies, whiskas bagai. bagi je sedut darah sndri kat nyamuk peliharaan tu.. berak kencing pun xyah nak pening dok pikir.

October 9, 2010 at 1:21 PM
Permalink this comment

said...

gua x pnah dgr lg pasal gm.

said...

Alahai.. Muda-muda dah mati.. Tak sempat berbakti.. Tapi bagus gak, terpelihara keselamatan kita ye dak.. :p

October 9, 2010 at 2:07 PM
Permalink this comment

said...

2 kali gua gelak baca entry lu ni..ade lah 2 part lawak tuh.haha


lu jawa ker?
embah utk panggilan nenek org jawa kan??

abg ipar gua jawa tu pasal gua tanya

October 9, 2010 at 2:08 PM
Permalink this comment

said...

1 more,pastikan nyamuk2 tuh bukan gay..kalau gay mesti die x carik nyamuk betina so die sndri isap darah..

lagi parah

October 9, 2010 at 4:43 PM
Permalink this comment

said...

wah..bunuh diri waktu muda.sounds interesting buat nyamuk2 tuh.kah kah kah..

nice, aku suka ko tulis ok!

October 9, 2010 at 8:59 PM
Permalink this comment

said...

wahhh..baru perasan comments pon nyamuk..ko bapak nyamuk kan??

October 9, 2010 at 8:59 PM
Permalink this comment

said...

wahhh..baru perasan comments pon nyamuk..ko bapak nyamuk kan??

October 9, 2010 at 11:20 PM
Permalink this comment

said...

seyes shit lu lawak bro.. kah kah kah

October 10, 2010 at 10:18 AM
Permalink this comment

said...

@ rara nasiha
haha..gua main sebab game lain dah khatam jer..

@ kuwe
spray ngan ubat nyamuk takat halau je. ni bunuh terus beb.

@ fndrocka
mungkin lu ptt tubuhkan grup facebook 'selamatkan nyamuk kita'

@ paan ovrtd
aku cop jadi bendahari.

October 10, 2010 at 10:23 AM
Permalink this comment

said...

@ erine roslan
haha..yang lu kesiankan nyamuk pehal?

@ zam.enol.arep
well, now you do

@ FarhanaDr
haha...yup. tapi kena kaji betul2 dulu la nak guna pun.

@ LUMUT
dah bape kali dah gua bgtau gua jawa. haha.

@ LUMUT
hahaha. gua rasa nyamuk ambik pengajaran kisah kaum lut.

@ FaizalSulaiman
keep reading, will ya?

@ iyllienaz
haha. gua x sedar sampai la lu bgtau.

@ hamzah ian
heya, stranger..

Popular Posts