• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Are you freakin' kidding me???

Sebagai rakyat Malaysia yang mahukan yang terbaik untuk negara, gua lagi suka refer diri gua sebagai rakyat Malaysia berbanding orang Melayu Malaysia. Maka, oleh sebab itulah gua agak kritikal dengan golongan ultra-Melayu seperti budak-budak PERKASA, geng-geng Biro Tatanegara dan orang-orang Melayu yang bermati-matian memperjuangkan ketuanan status 'Bumiputera'.

Source: FOA

Okay. Gua dah dapat rasa budak-budak keyboard warriors, ultra-Melayu dah start nak hentam gua. Chillax. Hold your horses. Bagi gua masa untuk terangkan pendapat gua.

Mengikut pemahaman gua, kontrak sosial yang telah ditanda-tangani oleh wakil semua kaum di Malaysia mempersetujui bahawa golongan Bumiputera adalah golongan yang diberi keutamaan dalam pembangunan kerana golongan ni yang paling ketinggalan antara kaum-kaum lain.

Niat asal kerajaan pada masa itu adalah untuk bagi peluang golongan Bumiputera untuk catch up dengan kaum-kaum lain dalam bidang ekonomi khususnya. Dan untuk memberi keyakinan orang Melayu yang hilang setelah dijajah selama lebih 400 tahun.

Sampai sekarang, kontrak sosial ni masih diteruskan dan alhamdulillah peristiwa 13 Mei tidak lagi berulang. Bangsa Melayu semakin bijak, berkeyakinan dan ramai yang sudah berjaya. Meskipun orang Melayu masih bukan kuasa dominan dalam ekonomi Malaysia, orang Melayu perlu akui bahawa mereka sudah jauh berkeyakinan dan berani berbanding 53 tahun yang lepas.

Untuk pengetahuan semua, ekonomi Malaysia masih berada di takuk yang sama sejak tahun 1990 - tahun pelancaran Wawasan 2020. Kita masih berada di kelas 'middle upper income' dengan pendapatan perkapita sekitar USD8260 - berbanding USD15500 untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. (Baca)

Dude, yang ghairah sangat nak jadi negara maju ni apahal?

Well, jadi negara berpendapatan tinggi bermakna korang akan menikmati kualiti dan taraf hidup yang lebih tinggi. Korang takkan dapat gaji permulaan RM2000 dengan bekerja sebagai jurutera. Korang takkan dapat servis broadband yang slow macam siput, takkan kerja 60 jam seminggu untuk gaji RM3000 sebulan dan akan dijanjikan kenaikan pangkat berdasarkan produktiviti kerja korang.

Yelah...gaji naik pun kalau harga barang naik, apa guna beb?

Masa ni la Bank Negara kena bertindak untuk mengawal kadar inflasi negara. Kenaikan gaji sebanyak 10% sepatutnya boleh meningkatkan 'purchasing power' korang sebanyak 5%. (Baca) .Korang akan jadi kaya 'sikit' dari sebelum ini. Hati-hati. Jumlah 'sikit' ni besar nilainya bagi golongan proletariat.

Sekarang kita dah tau kenapa pentingnya jadi negara berpendapatan tinggi. 

Gua rasa sudah sampai masanya semua orang Malaysia bekerjasama, berganding bahu untuk memajukan negara.

Sudah sampai masanya kita hapuskan kronisme. Sudah sampai masanya kita mengamalkan sistem meritokrasi dalam beberapa bidang tertentu, bukan sistem kuota. Sudah sampai masanya kita liberalisasikan ekonomi. (Baca). Sudah sampai masanya kita berhenti berkata "aku Melayu, lu Cina, ko India".

Dude, ko cakap senang la..Melayu dah la makin terkebelakang dalam pendidikan dan ekonomi. Ni kalau diserahkan kuasa politik, apa lagi yang kita ada?

To all pessimist out there, do me a favor please. Would you please jump off a cliff already? And to all racists out there, masa korang sekolah agama dulu pernah belajar tak pasal 'husnus-zann' dalam subjek Akhlak? Yang buruk sangka kat orang lain apahal? Buang lah prejudis terhadap kaum lain. Grow the fuck up.

Gua cuma berharap untuk sementara, kita lupakan ketuanan Melayu, status Bumiputera and all that shit. Bila kita terlalu obses dengan semua tu, seolah-olah kita akan layu terkulai tanpa kuasa sosio-politik. Semua ni menggambarkan seolah-olah kita paranoid dengan kemungkinan kehilangan kuasa. 

Mana keyakinan kita, beb?

Photo

Thursday, December 2, 2010

pada 8:03 PM


Labels:
,
,
,
,

17 nyamuk:

Anonymous

December 2, 2010 at 8:14 PM
Permalink this comment

said...

aku tak berapa pandai sangat nak bhujah pasal ekonomi negara dan kontrak sosial tapi apa yang kau cakap ada betulnya.

mempertahankan hak bangsa melayu padahal bangsa melayu tu tetap jugak hidup merempat dan miskin gila b.a.b.i.

konsep bertuankan melayu tapi bangsa sendiri lifestyle dah mengalahkan orang putih. orang putih pun kalah.

tapi aku kadang2 risau jugak monopli bangsa lain dan diskriminasi yang bakal di hadapi oleh bangsa melayu kalau diorang di beri hak sama rata.

kadang2 aku rasa untuk tujuan pembangunan atau untuk naiktaraf ekonomi negara, benda yang kau cakap nie perlu.

but looking at another point of view supaya bangsa melayu tak jadi macam singapura yang menumpang di negara sendiri, aku rasa perlunya jugak orang-orang yang mementingkan hak bangsa melayu tu sendiri.

December 2, 2010 at 8:43 PM
Permalink this comment

said...

dude...every inch of every angle still we stand the struggle...i mean..the heck with the system n politic is...we suffer.Still...

i suck at politics, dont mind me..

December 2, 2010 at 8:47 PM
Permalink this comment

said...

status 'menumpang' tu might be a little harsh. let's switch to 'minority'. haha.

yes. orang melayu singapura mungkin duduk di negara yang diperintah oleh orang cina. but we have to admit, kebajikan dorang sbg minoriti tak diabaikan pemerintah. aside from loss of pride for not being the boss on their own land, they're all peachy and fine.

problem kat malaysia ni, kita takut nak berkongsi kuasa dengan kaum lain atas rasa paranoid takut2 suatu hari nanti cina akan jajah kita.

aku nak seru semua orang supaya buang rasa paranoid ni la sebenarnya.

December 2, 2010 at 8:48 PM
Permalink this comment

said...

@ koyuki
the harder we come the harder we fall. ingat tu.

December 2, 2010 at 10:43 PM
Permalink this comment

said...

agreed on this.

kita terlalu takut untuk hilang kuasa.
itu buat kita takut untuk bersaing.

dan takut untuk bersaing buat kita kekal dalam takuk yang sama.

December 2, 2010 at 10:47 PM
Permalink this comment

said...

pergh.. tak tau macam mana gua nak respond..

lu cakap macam orang tua dude tapi gua baca je..

ada betul apa lu kata ni.. gua sokong juga.. ada sambungan lagi ke tak?

December 3, 2010 at 12:41 AM
Permalink this comment

said...

tu ape yg gwa nampak gak.

org melayu takut bersaing
sebab dah selesa.
selesa sebab kuasa politik ade dekat orang melayu.
comfort zone yang membuatkan depa malas.

ini la masalahnya bila ade kuasa sikit.
lupa diri lebih.

December 3, 2010 at 12:41 AM
Permalink this comment

said... This comment has been removed by the author.

December 3, 2010 at 12:41 AM
Permalink this comment

said... This comment has been removed by the author.

December 3, 2010 at 2:33 AM
Permalink this comment

said...

kita ni slalu rasa kita selamat.pentingkan diri sendiri tu macam dah satu kmestian.yang mementingkan diri sendiri tu aku hairan dan pelik.sanggup mengenepikan hak orang lain demi kepentingan diri sendiri.
ape aku komen nih?aishh..

kita amalkan konsep 1 malaysia.tapi kita takot nak bkejasama dgn kaum lain.boleh je kan kalau bkejasama..kalau ada sifat hormat antara satu sama lain takde ape yang mustahil.selagi pemikiran kita secara individu tak diubah memang tak berubah la kita.


tepuk dada tanya selera.bukan orang lain yang akan lead negara ni kalau bukan kita sendiri.

sekian bebelan aku..grr

December 3, 2010 at 8:14 AM
Permalink this comment

said...

@ i'msosupernotcool
ditto on that, dude

@ hamzah ian
haha...tgk ler kalau ada org buat aku marah, aku tulis lg...

@ Hellioz
my point exactly

@ farahmoque
no, you did great. konsep 1malaysia kita takat kat mulut je.

December 3, 2010 at 8:58 AM
Permalink this comment

said...

nice entri, padat dengan informasi
pandangan ko cukup hebat,respect for u
congratz bro, u have a wonderful mind
klu lah rmai org yg dpt berfikiran mcm nih, sah2 la takde dh isu racist

racist tu kalau melampau-lampau, mual jugak rasanya
nnt byk kesan buruk drpd kesan baik
the main point is, trust
tp tak dpt dinafikan, mmg susah utk percaya terutama org dari berlainan bangsa dan agama
tp, at least the way we react with them biarlah sesuai dan tidak jadikan mereka selaku musuh ketat

be friend with them, for sure we'll know them better

stop racist!
biarlah bermula dari kita :)

December 3, 2010 at 10:36 PM
Permalink this comment

said...

paling benci bila statement 'bumiputera' sbb aku xleh masuk uitm mase abes spm dulu sbb aku bukan bumiputera..sbb ayah aku cine even mak aku malay..
benci giler okey sampai aku kene ambik form 6 nk masuk university..

saya xpndai nak komen2 tapi siyes nak cakap..kadang2 org melayu sendiri yang menjahamkan melayu then sikit2 nak cakap..melayu.melayu..
apa ada pada bangsa sampai nak paranoid dengan bangsa lain??

bak kate my dad..die suke menggunakan istilah islam berbanding istilah melayu..sbb org islam xsemestinya melayu..cine pon ade islam..india pon begitu..even my dad muslim..tp diskriminasi sgt2 okey sbb my dad chinese..nak mintak tu xdapat..nk buat ni xdapat..xsuke okey!!


saya rasa..semua manusia patut dilayan sama adil..sama rata..sbb duni ni sementara..kat dalam kubur pon..tuhan tnye apa agamamu..bukan bangsamu..kn??

mmg saya melayu dan berbangga jadik sebahagian dari melayu..tp tu bukan alasan tuk bersenang lenang dan menidakkan hak bangsa lain..paranoid..kritik sana sini..

huh..sekali sekali..xsalah buangkan sekejap sikap ketuanan melayu dalam diri..kn??

December 4, 2010 at 8:15 AM
Permalink this comment

said...

@ nurbadiah
you're gonna be a damn good lawyer. solid point exactly. make sure you gimme your business card.

December 6, 2010 at 10:30 PM
Permalink this comment

said...

phewwww!! lega ada anak muda yg berfikiran seperti kamu.hidup mesti struggle.baru boleh jadi kuat!!!

December 14, 2010 at 5:38 PM
Permalink this comment

said...

wow!!!
entri yang amat menarik...
kalao semua rakyat malaysia berbangsa melayu berfikiran sebegini dan jika mereka melakukan dan berusaha seperti ini. memang tidak akan ada perkara-perkara yang racist-racist ni....
tapi aku xde komen pon bebenonyer... hhehehehe just akan ade entri pendapat peribadi plak nanti....

April 9, 2011 at 11:03 AM
Permalink this comment

said...

melayu pandai cakap je.

action = zero








*nak konfiden? always standby dunhill sekotak dalam poket. kah kah

**dalam dunia aku kenal 2 jenis org je.org baik or org jahat. tu je..

Popular Posts