• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Menonton perlawanan bola sepak di TV merupakan acara wajib bagi peminat bola sepak yang rata-ratanya lelaki dan makwe kepada peminat bola sepak tersebut. Dan korang mungkin akan jumpa beberapa golongan penonton perlawanan bola sepak di TV yang korang rasa nak terajang. Ini mungkin antara golongan-golongan tersebut.

#1 Mat Afrika

Gua gelar golongan ni 'mat afrika' sebab perangai mereka sebijik macam budak-budak Afrika masa tengok bola malam-malam Sabtu di blok asrama gua. 

Biasanya, sebelum perlawanan mereka akan provok budak-budak team lain sekuat yang boleh. Gaya dah macam duduk stadium dah. Bila team dia score, dia akan berdiri depan TV, depangkan tangannya dan angguk-angguk kepala macam dia yang score. Babi sungguh perangai. Menyusahkan orang yang nak tengok balik replay goal tu.

Bila team dia kalah, dia emo tak tentu hala. Bukannya nak diam. Tendang-tendang kerusi, maki -hamun depan TV dan maki-hamun kawan/awek/isteri lepas kalah. Korang patut tengok apa reaksi budak Ghana UTM bila Luis Suarez block a certain goal pakai tangan masa World Cup lepas. Habis barai henset gua.

Yang tak Afrika tapi buat perangai ni, tetap Mat Afrika.

#2 Budak-budak 'Lame'

Golongan bola ni tengok bola macam tak nak tengok bola. Biasanya terdiri dari budak-budak yang tak berapa nak minat bola tapi terpaksa tengok sebab merasakan dirinya lame kalau tak tengok bola. Biasanya terdiri dari budak-budak chess. Haha.

Masa orang tengah tengok bola, masa tu la dia nak SMS makwe dia. Masa tu la dia nak main game hensetnya. Masa tu la dia nak tanya 'ofsaid' tu apa. Bila gol, golongan ni la yang akan mula-mula tanya:

"Sape score? Sape score?"

Americans are lame


#3 Orang Tua

Ni lagu satu golongan annoying. Biasanya, orang tua ni kenal 'star' team yang dia sokong je. Yang main defend semua dia tak ingat.

Masa orang tengah tengok bola, masa ni la dia nak kutuk player-player zaman sekarang mata duitan la, tahan bola tak betul la, budak-budak zaman sekarang untung la, Ghani Minhat la, Mokhtar Dahari la, Mehmet Durokovic la..

#4 Budak-budak Neutral

For fuck's sake, pick a side! Budak-budak macam ni nampak peaceful, composed, cool as cucumber masa tengok bola sebab dua-dua team dia tak sokong. Jadi, dia banyak gelak je bila tengok menber-membernya bertekak. Mana-mana team yang kalah pun, dia tetap win. 

Gua selalu masuk dalam golongan ni bila gua tengok Liga BBVA Sepanyol. Hahaha.

# Budak-budak FM

FYI, FM adalah singkatan kepada Football Manager, sebuah game simulasi pengurus kelab bola sepak yang popular. Peminat game ini sangat arif dengan nama pemain-pemain dan segala taktik dalam bola sepak.

Biasanya, masa perlawanan bola sepak, mereka akan bising pasal aspek taktikal dan perpindahan pemain. Suruh midfield closing down la, push-up la, pressing la, move into channel la. Haha. 

Disebabkan pengetahuan bola sepak nya yang superior, member-member yang lain akan senyap je. Mungkin kagum atau mungkin menyampah pasal tengok bola pun ada commentary track apa? Dan ini memang perangai gua. Hahaha.

p/s: For FM fans, I think Rajagobal played 4-1-3-2 formation last night with two forwards moving into channels every time the midfield players get a ball. Didn't you guys think the same?

Photo

Thursday, December 16, 2010

pada 12:32 PM


Labels:
,

16 nyamuk:

December 16, 2010 at 12:46 PM
Permalink this comment

said...

aku paling benci yang #4
aku paling menyampah yang #1

tapi sangatlah setuju dengan huraian yang lain.

December 16, 2010 at 12:54 PM
Permalink this comment

said...

Gua neutral. Mungkin. Ataupun gua end up bukak tumblr masa orang tengah tengok bola. Pasal, walaupun rumah gua astro beyond, akak gua terlalu bijak dalam melanggan channels untuk tontonan. Blame me instead sebab takde usaha nak tengok kat mana2. Haha!

December 16, 2010 at 1:14 PM
Permalink this comment

said...

haha.

sapiq rahim semalam mc je aku rasa.
cume set jadik 'box to box mid'.
mamat sorang lagik tu 'anchor man'..
focus passing 'both flanks'.
kunalan 'cut inside'.
amirul hadi 'hug touchline'.
haha

ape-ape pon.
yang penting malaysia 2-0 vietnam.
oyeah!!

mamat belakang aku semalam selamba tuduh budak no24 tu ashraf muslim.
lepas tu sibuk-sibuk dapat mesej adik dia kat stadium cakap dah gol, astro lambat.
kepala hotak dia.

December 16, 2010 at 1:35 PM
Permalink this comment

said...

kalau fvret team, aku sokong tipically mcm penyokong lain,kalau bukan team fevret, aku jadik neutral.hahaha..

December 16, 2010 at 6:03 PM
Permalink this comment

said...

golongan yg #1 tuh mcm haram. menyampah okayyy! balik negara sendiri la weh. *emo tbe2. haha.

December 16, 2010 at 7:24 PM
Permalink this comment

said...

aku tak boleh tengok bola kat public..memang haruu..ahahaha..tp selalunya jadi neutral a..pe dalam hati simpan kemas2.kah3

Anonymous

December 16, 2010 at 7:31 PM
Permalink this comment

said...

gua lepas ni nak try la no 1. jadi minah afrika. macam seronok je bagi orang lain bengang. haha

December 16, 2010 at 9:52 PM
Permalink this comment

said...

ada lagi dude yg lu tertinggal tapi maybe lu tak pernah jumpa kot..yg ni memang type gua menyampah sangat2..makwe2 yg buat2 minat bola sebab ada player2 hensem tahap nak mati macam ronaldo, torres, beckham etc. Peh...gua memang menyampah. Ckp psl bola habuk pun tak tahu...huhuhu

said...

ak bole dikatakan x tgk bola sgt..pe tah lg knl player..haha..tp bila ak tgk bola, ak suka tgk game je tp xde la mencarut x tentu psl..huuh

Anonymous

December 17, 2010 at 12:59 AM
Permalink this comment

said...

Okayy, tak tergolong :P

December 17, 2010 at 7:44 AM
Permalink this comment

said...

Aku jenis mudah berdebar tgk bola.takde nak komen2 taktikal sangat..mencarut pandai sikit2 je.pastu tak kiralah mana2 game pun..akan try pik salah satu side.

December 17, 2010 at 9:48 AM
Permalink this comment

said...

#1 serius macam lahanat kalau ada afrika ni.tapi gua cakap bukan 'golongan'. ni betul betu punya afrika.

#4 gua selalu dalam ini juga. sebab tu gua cool. kahkah.

#5 fak.

December 17, 2010 at 10:30 AM
Permalink this comment

said...

@ mr.clive
i see

@ paan
akak kau mmg kejam x langgan espn

@ i'msosupernotcool
betul beb!!

@ FaizalSulaiman
sama la beb

@ f.a.r.a.h
mmg betul. duduk malaysia jaga perangai la weh..haha

@ rara nasiha
sila jangan. saya merayu.

December 17, 2010 at 10:31 AM
Permalink this comment

said...

@ koyuki
aku aware dgn minah camni. haha. mungkin aku x tulis sbb aku x penah lepak ngan golongna camni kot.

December 17, 2010 at 10:33 AM
Permalink this comment

said...

@ a little less conversation
budak2 no. 4? haha

@ dobot
good for ya

@ fndrocka
attitude yg mengagumkan

@ kuwe
haha..cool macam timun beb

December 17, 2010 at 11:23 AM
Permalink this comment

said...

Ermmm.
Aku maybe dalam kategori 'Budak-budak Lame'.
Hahahaha.

Popular Posts