• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Cikgu Biasa Yang Luar Biasa
Dipos oleh avid


Ini adalah pengalaman saya ketika belajar di sebuah sekolah rendah luar bandar di Selangor. Selama 2 tahun berturut-turut, saya belajar di sebuah kelas 'target 5A' (konon-kononnya la) yang dihuni 42 murid. Sedangkan kelas yang 'bukan target 5A' dihuni sekitar 30 lebih murid sahaja.

Dalam kelas yang besar sebegini, tak dinafikan kelas kami lah yang paling bising bila tiada cikgu. Bila ada cikgu pun kelas kami bising juga. Oh, lupa. Guru kelas kami ketika kami belajar di kelas 5 dan 6 Cemerlang adalah Puan Sharifah.

Ketika itu, tugas guru sangatlah berat dan banyak. Tiap-tiap pagi, guru kelas kena salin nama murid satu-persatu dalam buku kedatangan. Kasihan Cikgu Sharifah. Dah la kelasnya ada 42 budak. Kena tulis nama satu-satu. Tambah memilukan, perangainya yang gemarkan kecomelan makin membebankan tugasnya bertambah apabila beliau siap hias-hias buku kedatangan pelajarnya dengan highlighter, colour magic bagai.

Selain itu, Cikgu Sharifah juga bertanggungjawab menceriakan kelasnya. Ye la. what do you expect kalau kita suruh budak 11 tahun hias kelas? Mau nya dikerat gambar N'sync dan ditepek kat dinding kelas. Jadi, Cikgu Sharifah lah yang buat pinggan-pinggan kertas tulis tarihk hari jadi kami sorang demi sorang. Dan dia jugak lah yang tepek pinggan-pinggan tu kat dinding kelas sorang-sorang.

Kadang-kadang, bila ada cikgu lain yang pregnant, Cikgu Sharifah lah yang pergi substitute mereka. Kasihan kami bila melihat Cikgu Sharifah yang terpaksa mengajar Pendidikan Seni sedangkan pada hari-hari biasa beliau mengajar Sains. Ianya bagaikan melihat Albert Einstein mengajar membuat kerepek ubi pedas. Kontra sungguh.

Selain itu, Cikgu Sharifah juga merupakan guru penaung Persatuan Puteri Islam, Persatuan Sains, rumah Biru dan jurulatih pasukan bola jaring sekolah. Natijahnya, Cikgu Sharifah kena tulis buku laporan tiap-tiap persatuan yang dinaunginya, dan kena buat kertas kerja tiap-tiap kali pasukan bola jaring sekolah nak keluar bertanding.

Ini tak termasuk tugas beratnya demi memastikan 42 murid 'target A' nya mencapai gred sasaran A dalam subjek Sains UPSR. Dah la masa ni Digimon tengah 'naik'. Makin berat tugasnya untuk meyakinkan anak-anak muridnya supaya tumpu perhatian semasa kelas Sains, bukannya 'battle Digimon' senyap-senyap bawah meja ketika kelas berlangsung.

Bagi guru-guru biasa dan normal, mereka akan komplen hal ini kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenai hal ini. Mujurlah, Cikgu Sharifah ni seorang yang luar biasa. Segala tugas dibuatnya dengan gemilang. Kalau Cikgu Sharifah bukan luar biasa?

***

Gua sokong cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Besides, teachers are being underpaid for loads of work they are doing right now.

p/s: Saje je kalah pagi tadi..hehe

Photo

Tuesday, December 14, 2010

pada 7:25 AM


Labels:
,
,
,

8 nyamuk:

said...

Sudah la wei!

Dah kalah cukup!

Ha ha ha.

Ok2, serius. aku sokong gak isu ni~
=)

December 14, 2010 at 7:49 AM
Permalink this comment

said...

sebab adik aku nanti ada dua orang yang jadik cikgu.
aku sokong.

pasal kalah tu memang cilake.
nasri suppose kene main on left side dari awal.
no way he can beat evra.
and clichy is one hell of a bad bad performer.

still,
in Arsene we trust!

Anonymous

December 14, 2010 at 10:03 AM
Permalink this comment

said...

i RESERVE MY COMMENT!

December 14, 2010 at 10:14 AM
Permalink this comment

said...

A'ah kan, saje je bagi satu gol tu. Hahahaha!

T-T

December 14, 2010 at 2:11 PM
Permalink this comment

said...

kah kah kah kahlah..

December 14, 2010 at 7:33 PM
Permalink this comment

said...

aku nak plagiat dah tu email dekat berita harian. kehkeh.

Bagus sungguh cikgu sharifah. Paling bagus dia boleh tahan perangai awak.

dulu kelas sains saya ada bakar bakar roti. ingat buat makan. rupanya buat pemerhatian. jadah apa benda kan dah membazir.

Anonymous

December 14, 2010 at 11:49 PM
Permalink this comment

said...

hahaha budak pandai dowh. kelas target 5A. fuiyoh

December 15, 2010 at 1:40 AM
Permalink this comment

said...

perghh..sayang cikgu sharifah banyak banyaklah cmni..superwoman..hahaha

Popular Posts