• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Ini berdasarkan pengalaman 21 tahun gua berurusan dengan scene tandas di Malaysia. Dan dengan menyumpah, gua maksudkan dengan menyebut perkataan-perkataan yang sememangnya suatu perkara yang taboo bagi para serbanistas tetapi tipikal bagi warga muda yang menjadikan Pulp Fiction sebagai filem kegemaran seperti gua.

#1 Lantai basah

Gua tak tahu apa orang lain rasa, tapi bagi gua lantai tandas yang basah adalah sesuatu yang menggelikan kerongkong gua. Yeah. Yeah. Gua tahu lantai basah bermakna tandas tu baru dibersihkan. Masalahnya, perlu ke disiram satu tandas dengan air sebanyak-banyaknya? Tak boleh ke isi air dalam baldi, letak pewangi sikit dan mop supaya lantai cepat kering?

Kenapa perlu membazir air? Kenapa perlu bagi satu tandas banjir? Kenapa perlu bagi tandas lagi lembab? Nak ternak E. Coli apa? Yang paling tak tahan, tandas basah sebasah-basahnya pun, masih bau busuk jugak!

#2 Tiada penyangkut pakaian

Satu lagi masalah yang biasa dijumpai di tandas cangkung. Jangan salah paham. Gua suka tandas cangkung. Tandas cangkung adalah punca gua mempunyai sistem pernajisan badan yang cekap. 

Tapi, kebanyakkan tandas cangkung tak sediakan penyangkut seluar. Menyebabkan gua terpaksa lipat jeans gua dan letak atas pam. Bila gua selesai berbisnes dan ingin menyarung seluar, gua diserang panik lantaran pernah suatu ketika dulu henset, kunci dan duit syiling gua masuk dalam lubang jamban.

Korang tak pernah merasa azabnya menyelamatkan telefon RM90 dari nodaan air najis. Terima kasih Tuhan kerana bagi gua tangan kiri.

#3 Kepala paip murah

Nak tahu apa masalahnya dengan kepala paip murah? Kepala paip murah mengeluarkan air yang memercik-mercik secara ganas. Kalau korang perasan di sinki, kepala paip yang bagus akan mengeluarkan air yang berbuih-buih dan tidak memercik-mercik lalu membasahkan pakaian.

Masa gua sekolah rendah dulu, siapa-siapa yang balik tandas dengan baju basah, semua orang akan ejek: "Yeekkkk...kencing kat lantai...". 

#4 Iklan

Gua takde masalah kalau iklan tu buat elok-elok kat MS Publisher, print dan tampal elok-elok. Tapi, masalahnya semua iklan ni ditulis dengan permanent marker dengan ejaan salah dan tatabahasa yang menggambarkan pengiklan tidur di kelas English.

Memanglah semua iklan tu memasarkan benda yang sama. Bimbo, bohsia, bohjan, pelacur dan ubat membesarkan zakar. Ye la. Takkan nak buat iklan kerepek ubi pedas pulak kat tandas. Tapi tulis la kemas-kemas dengan tatabahasa dan ejaan betul.

Gua rasa sangat terganggu bila orang eja 'gigolo' sebagai 'jigolo'. Cuba tengok di tandas lelaki Hentian Rehat Seremban untuk contoh.

#5 Hand dryer

Sebagai seorang pelajar yang pernah ada crush terhadap guru Biologi, gua sedia maklum penggunaan hand dryer jauh lebih menggelikan berbanding tisu untuk mengeringkan tangan. Hand dryer bukan sahaja mahal berbanding tisu, malah ia juga menjadi sarang penternakan bakteria tandas yang keji seperti E. Coli.

Haba dari hand dryer meningkatkan humidity dalam tandas, menyebabkan tandas suatu persekitaran yang selesa bagi bakteria untuk bermutasi.

Dan sebagai halwa mata, terimalah tandas di CBGB - tempat kelahiran punk rock! (Kredit)

Jadi, apa pulak sebab korang menyumpah di tandas?

Photo

Friday, January 28, 2011

pada 9:53 PM


Labels:
,
,

16 nyamuk:

January 28, 2011 at 10:15 PM
Permalink this comment

said...

weekks! geli...haha..kamon lahh...jaga tndas mcm jaga bilik tidur tak ley ker...hadoyay...neway nice topik ^_^

January 28, 2011 at 10:27 PM
Permalink this comment

said...

aku pantang masuk toilet yg ada balak terapung kt bowl tu..mmg aku menyumpah smpai malam laa jawabnyaaa..

January 28, 2011 at 10:29 PM
Permalink this comment

said...

haha~ nama pon tandas d malaysia! bayar 30 sen belom tentu service baek. mentaliti org kita ni ptt ubah, aku setuju utk point 2...siyes masalah bsr xde pnyangkut

January 28, 2011 at 10:40 PM
Permalink this comment

said...

@ z
haha. bilik tidur kau pergi.

@ aNiS tHe BumbleBee
lol @ balak..nice simile you got there!

@ ~naddy~
berhati-hati lah agar henset tak jatuh jamban.

January 28, 2011 at 11:54 PM
Permalink this comment

said...

haaa.samelahh.aku pun suke yg cangkung.geli kowt nk guna public punye yg dudok tu.ntah bape juta bakteria ade aku pun tak nak tau..aishhh

lagi 1 kau lupe psl flush die yg slalu ntahpape..grr

January 29, 2011 at 12:14 AM
Permalink this comment

said...

seriously???
xtau plak pasal #5 tu..
so, tq 4 da info..

January 29, 2011 at 12:14 AM
Permalink this comment

said...

Oh God aku paling tak suke kalo tandas banjir.
Nak pijak lantai pon kene angkat seluar bagai.
Disgusting!
Say yes to tandas cangkuk!
Hahahaha!

January 29, 2011 at 12:16 AM
Permalink this comment

said...

aku kalau bab2 tandas ni mmg memilih..aku rela tahan dr buang kalau tandas tu x menepati citarasa aku..palaing haram kalau tandas kena bayar tp xbersih..aku pernah suruh menachi tu pulangkan duet aku balik pasal aku xlalu nak guna tandas..

January 29, 2011 at 12:49 AM
Permalink this comment

said...

ak kerap kali masuk tandas awam
sebab ak byk travel naik bus
so, klu tandas tu ada ciri2 nazak, kotor, najis bermaharajalela dalam lobang tandas, hancing, ak rela keluar balik
tahan selagi mampu,haha
tp kdg2 kena gak paksa diri klau xde choice
bukan demand / cerewet, tp kurang selesa

ak peliknya, nape la byk sgt no phone kat dinding dan pintu tandas
lagi satu, kreatif gak diorang lukis gambor yg ghairah kat dinding kan?
budak seni lukis gamaknya,haha

nice entri bro

January 29, 2011 at 4:57 AM
Permalink this comment

said...

@ farahmoque
aku ada pikir nak letak pasal flush yang tak menjadi tp aku rasa masalah tu tipikal. haha.

@ orked
spread the words, you canary. hehe.

@ judiene
tandas cangkuk tu kena cangkuk sabit kat bontot baru boleh berak ke?

@ msteddy
hahaha..berdedikasi betul kau mintak balik duit tu!

@ penaberkala
haha..tu la pasal..pandai je depa lukis penis.

Anonymous

January 29, 2011 at 9:15 AM
Permalink this comment

said...

BILA air tak ada dan aku sedar air tak ada lepas aku dah berak. gua nak basuh pakai ape bai? argh! tisu pun tisu lah

January 30, 2011 at 8:11 PM
Permalink this comment

said...

Gua menyumpah pasal gua memang dilahirkan untuk menyeranah. Haha! Cool tak gua?

January 31, 2011 at 1:24 AM
Permalink this comment

said...

weh sangat btol ape yang kau tulis. tapi yang buat aku lagi menyumpah bila orang tak flush. wei geli tau tak. mane ntah otak diorg ni. hanginnnn~

February 1, 2011 at 1:00 AM
Permalink this comment

said...

Hahaha.
Typing error la bro.
Tandas cangkung actually.
Kalo nak kena cangkuk baru boleh berak tu dah kes berak berdarah dah tu.
Hahahaha..

February 1, 2011 at 3:09 AM
Permalink this comment

said...

cmne plak kalau hose dah guna tak gantung blek kat tmpt nya??aku lemah btol laa..tau tak kotor..blom lagi yang brendam akibat banjir.aishhh

February 1, 2011 at 2:28 PM
Permalink this comment

said...

tempat penyangkut! paham paham la perempuan, mana nak gantung seluar, mana nak gantung handbag. dan paip air bersepah atas lantai. ergghhh. dan sebelum guna toilet mesti cek dulu ada air ke tak.

Popular Posts