Cuti raya seminggu yang sudah gua manfaatkan sebaik-baiknya untuk beramah mesra dengan bapak gua. Gua ngan bapak takde lah kamceng sangat macam Jim dan bapanya (American Pie Sequel). Tapi gua paham. Bapak gua ambik pendekatan tradisional dalam mendidik anak-anaknya.
Tapi sejak gua dah besar bujang mengabihkan bogheh ajo, gua dapat rasakan bapa gua dah mula nak ngam sikit ngan gua. Setiap malam masa kami dihabiskan menjadi pengulas bahan berita Buletin Utama TV3. Gua kutuk BN sebab pikir-pikir lagi nak ambik Isa Samad tu jadi calon BN kat Bagan Pinang. Gua kata walaupun kes rasuah dia sudah lepas dan sudah pun dihukum, tapi gua merasakan BN terlalu drastik dengan cadangan menamakan Isa Samad sebagai calon. Bapa gua kalau mengutuk BN jangan ajak. Kopi seteko pun tak habis hujah-hujah dia.
Tapi, gua enjoy tengok berita dengan beliau.
Satu pagi, gua tanya pasal hasil tanaman serai beliau. Raut wajahnya seraya berubah. Susah katanya. Serai ada tapi pembeli takde. Jual kat pasar tak padan dengan skala tanaman bapak gua. Bapak gua tanam ada luas padang bola. Pernah cuba jual ke kilang membuat minyak wangi daripada serai, tapi bapak gua ditipu. Serai ambik, duit tak dapat. Gua tanya bape kilo kilang tu order. Bapak gua cakap ada 300 kilo. Gua terkejut tapi gua buat muka matang. Ingat, gua baru je masuk kelab dewasa ni. Mana ada orang dewasa terkejut beruk.
Gua bagi cadangan kat bapak gua. Mana ada orang dewasa dengar masalah orang pastu cakap "Sabarlah..." aje. Gua cadangkan bapa gua hantar serai tu ke FAMA. Bapak gua cakap FAMA lagi sengal. Beli hasil petani dengan harga murah dan hasil tanaman itu mereka buang ke dump site. Bapak gua intip sendiri katanya. Gua dah buntu. Takde cadangan lagi. "Sabarlah bapak...."ujar gua sambil menghirup Horlicks.
Sembang-sembang Bersama Bapa
Dipos oleh
avid
Wednesday, September 30, 2009
pada 8:15 PM
Apsal La Citer Congkak Jugak Ditayangnya....
Dipos oleh
avid
Gua malas nak tulih. Mood raya masih menebal.
Friday, September 25, 2009
pada 9:52 AM
Diari 1 Syawal Tahun 2008 Masihi
Dipos oleh
avid
5.30 pagi - Bapak gua kejut. Suruh teman dia pergi masjid katanya. Gua mengeliat tanda "Ala, ayah pergi sorang je la".
5.45 pagi - Gua mandi setelah katil gua diterbalikkan bapa gua. (Hiperbola. Gua bangun sendiri)
5.55 pagi - Gua pergi masjid berhampiran bersama-sama bapak gua dengan Kriss buruk bapak gua.
6.20 pagi - Selesai semayang Subuh. Imam bertakbir. Gua tongkat dagu sambil bersila sambil tidur.
6.45 pagi - Gua dan bapak gua balik rumah. Gua sambung tidur di sofa.
7.45 pagi - Gua bersarapan bersama keluarga. Ketupat, rendang ayam, kuah kacang dan rendang kerang. Gua melahap macam ketua puak Jahiliyyah.
8.10 pagi - Gua pergi masjid untuk Solat Sunat 'Idulfitri.
8.20 pagi - Konstentrasi gua bertakbir terganggu angkara budak-budak main mercun di luar masjid. Tempeleng laju-laju gak kang budak-budak ni.
8.30 pagi - Start semayang raya.
9.00 pagi - Gua dengar khutbah penuh bersemangat hasil rehat yang cukup .
10.00 pagi - Gua balik kampung naik motor. Bapak gua naik kereta. Kampung tak jauh sangat.
10.30 pagi - Gua sampai kampung. Gua layan ketupat dan rendang setibanya sahaja di kampung.
11.15 pagi - Gua lapar. Gua layan kuih raya pulak. Asam-asam pun kire juadah raya ek?
12.00 pm -Gua makan ketupat dan rendang ayam lagi. Mana boleh tinggal lunch.
1.30 pm - Lepas gua semayang Zuhur, gua tidur. Sepupu semua pergi tengok Mami Jarum kat TV3.
3.00 pm - Gua bangun tidur. Gua pergi bantai lemang dan serunding pulak.
4.00 pm - Gua pergi baraan naik motor dengan bebudak kampung gua. Pergi rumah orang makan-makan rendang dorang pulak.
6.30 pm - Gua balik untuk semayang Asar.
7.00 pm - Gua bantai lemang dan rendang kerang pulak.
8.00 pm - Gua tengok Buletin Utama dengan pakcik-pakcik sedara gua.
9.00 pm - Sepupu-sepupu gua tengok Pontianak Harum Sundal Malam. Gua sembang-sembang dengan member-member jamming gua.
10.00 pm - Gua bantai ketupat sejuk dengan rendang ayam.
11.00 pm - Gua main meriam palung member gua. Harga karbaid naik 20 sen sepeket. Bangkrap la industri membuat meriam macam ni.
2.00 pm - Gua balik rumah nenek gua. Curfew time.
P/S: Kita tengok mcm mana diari 1 Syawal gua tahun ni pulak..
Wednesday, September 16, 2009
pada 10:25 AM
Klasik Lewat 2000
Dipos oleh
avid
Seingat gua raya terakhir yang gua rasa paling best adalah masa gua darjah 6. UPSR dah abih. PSRA dah abih. Tinggal nak beraya dengan sewenang-wenangnya sahaja. Baju raya gua target kaler krim time tuh. Gua terdengar Suhada 6 Cemerlang tempah baju kurung krim tahun tu.
Pagi raya, orang tua sibuk bertakbir. Pakcik-pakcik yang biasa gua tengok pukul 1.30pm masih melepak kat kedai-kedai kopi Cina tiap-tiap Jumaat pun turut serta bertakbir. Baguslah. Kalau melepak jugak kat kedai-kedai kopi Cina pagi-pagi raya ni memang nak kena karate lah tu. Gua lepak dengan konco-konco gua.
"Raya ketiga kita kumpul kat rumah aku, OK? Mula-mula kita pergi Taman Damai dulu. Pastu Taman Kenangan. Pastu Taman Pertama. Last sekali Taman Berjaya," Haziq anak cikgu English tu mengutarakan arahan. Bukan cadangan.
"Lepas dapat duit raya kita lepak Aspa, amacam? Layan Counter Strike seround dua," Hanif Norhan bersuara.
Orait! Semua bersepakat. Kata putus telah dicapai.
*******************
Lepas gua masuk maktab setahun selepasnya, gua dah tak nampak budak-budak tu. Hanif Norhan entah ke mana. Fikri entah ke mana. Haziq dan Faiz entah ke mana. Gua tertanya-tanya. Dah takde baraan* lagi ke? Jadi, selama 5 tahun berikutnya gua lost contact dengan rakan-rakan sekolah rendah gua macam tu je. Dapat track kat Facebook dan Friendster pun ciput-ciput je. Awek-awek pulak tu. Sigh.
Buat rakan-rakan SDAL**, seriously gua tak kerek doh. Tak caya lu tanya Hafifi dan Fadzli. Dalam banyak-banyak member, dua ekor tu je la yang catch up dengan aku. Korang gi mana? Apsal masa reunion korang tak datang? Gua harap sangat kita boleh jumpa balik. Ramai-ramai. Yang dah kahwin tu bawak bini sekali.
Selamat Hari Raya 'Idulfitri. Maaf Zahir Batin khas untuk rakan-rakan SDAL 1996-2000.
* - istilah Bahasa Jawa untuk ziarah raya beramai-ramai.
** - Sekolah Doktor Abdul Latiff
Tuesday, September 15, 2009
pada 2:10 PM
Bonda, Masih Ingatkah Klasik 1999?
Dipos oleh
avid
Gua fed up. Gua jealous. Gua rasa dianak tirikan. Gua rasa macam ada garis-garis hitam kat belakang gua (sapa kuat baca komik Adik Cerdas Sin Chan tau la. Keh keh). Gua nekad malam ni. Azam gua jelas dan murni.
Satu benda pasti bila gua pergi sekolah hari Khamis adalah kerumunan rakan-rakan gua dari 5 Cemerlang sehingga 5 Usaha bersembang pung pang pung pang pasal wrestling malam semalam. Oleh kerana mak gua garang masa gua sekolah rendah dulu, gua tak pernah tengok TV lebih pukul 10 malam. Majalah Tiga yang itu hari pukul 10 tepat pun mak gua tak bagi tengok, lagikan WWF (sekarang WWE) yang pukul 11 malam tu. Sebab gua tak tengok WWF, gua tak boleh sembang pung pang pung pang dengan budak-budak yang tengok. Rasa macam nerd pun ada. Tapi tidak untuk malam ini. Malam ini gua nekad nak tengok.
**************
"Kenapa nak tengok gusti? Esok tak sekolah?"
"Cikgu Pendidikan Jasmani suruh tengok, mak."
Monday, September 14, 2009
pada 10:54 AM
Gua Sayang Bapa Gua
Dipos oleh
avid
"Selamat...Aidilfitri...kepada semua saudara saudari....Setahun..."
"Marilah pergi ke Hari Hari.."
Untuk pengetahuan semua, lagu-lagu di atas sangat bahaya dinyanyikan depan gua. Emosi gua boleh jadi tak stabil. Gua jarang emo-emo ni tapi sekali gua emo Zangief Street Fighter pun takut gua. Tapi itu masa gua darjah-darjah dulu. Masuk MRSM nanti gua rasa budak-budak sana tak main ejek-ejek nama bapak.
Wrong.
Selama 9 tahun bersekolah sejak Darjah 1 Maju, gua dah bergelumang dalam arena pertarungan ejek-ejek nama bapak. Nama bapak gua; Haari memang selalu jadi easy target rakan-rakan gua. Kalau nama bapak lu ada sound Jawa macam Suparman, Supardi, Mangun dan Inggam lagi la..Masa gua Form 2, Linkin Park tengah panas. Awek-awek pun layan LP. Budak surau pun layan LP. Rakan gua yang bapanya bernama Idris selalu kena :
"...You can run the race....the pace is too fast..." (lagu Forfeit The Game)
The race tu budak-budak selalu pronounce Deris. Deris Deris The Race. Satu hari, time gua nak makan malam kat Dewan Selera, gua ternampak dua senior gua bermesra-mesra.
"Tahir tahi!" jerit si A puas.
"Haa.....syeeemm!! " jerit si B pula pura-pura bersin.
Gua runsing memikirkan apa nasib gua berbapakan Pakcik Hasyim atau Pakcik Tahir.
Friday, September 11, 2009
pada 11:28 AM"Mil, ayah masukkan RM100 dalam akaun bank kau. Kau beli la baju raya kau sendiri, ok?"
Cantik. Boleh upgrade graphic card.
Thursday, September 10, 2009
pada 3:31 PM
Aku Dah Agak Dah
Dipos oleh
avid
Pagi itu seperti biasa. Aku melayari Google dahulu untuk mencari berita terkini pasukan bola sepak terkenal di dunia; Arsenal. Aku mengambil keputusan untuk mengklik Telegraph.co.uk. Sekilas lalu, aku terbaca berita tentang Chelsea yang didenda FIFA sehingga tidak dibenarkan terlibat dalam kedua-dua transfer window musim baru ini. "Padan muka," seraya hatiku berkata.
Puas berlayar di UK, aku membuka tab baru. Hajat di hati hendak melayari Facebook. Manalah tahu ada sorang dua awek tersangkut hendak masuk friends list aku. Tiba-tiba mataku terhenti di satu baris ayat di bahagian events. Reunion Ex-IR MRSM KK PMR 'O3. KK Dynamite! Seraya sebuah senyuman terukir di wajahku. Teringin berjumpa kawan-kawan lama. Kenangan bergaduh sesama sendiri tika kami bersiap untuk pementasan Macbeth meyerbu benak fikiranku.
Aku mengklik event yang dianjurkan oleh Suhana itu untuk mengetahui butir-butir lanjut itu. Venue acara itu akan diadakan di Lembah Klang.
Baru 5 orang mengesahkan kehadiran. WTF??
Ujian Penentu Siapa Rooockksss!! (UPSR)
Dipos oleh
avid
Bersempena UPSR yang dah pun menjelma ni, penulis blog ingin mengucapkan selamat berjaya dan selamat berhari raya dengan sewenang-wenangnya.
Gua ada adik tengah amik UPSR ni. Kepala besar. Bijak. Kuat makan. Suruh makan sayur tak nak pulak. Gua doakan adik gua dapat 5A. Gua tak nak adik gua sekolah kat tepi jalan Klang - Teluk Intan tu. Situ banyak kanak-kanak tipu mak kata nak beli buku sekolah padahal pergi main Counter Strike dan hisap rokok. Hisap Surya lak tu.
Kepada adik-adik Darjah Enam seluruh Malaysia:
Orang kata ala...UPSR bukan penting macam SPM pun. Lu dapat 5A pun bukan kompen lu dapat keje doktor. Betul. Tapi aku cakap...Ala...ala...lu gi mampus la! Wa dapat 5A nanti duit raya berganda la...!!
Sebenarnya, UPSR ni penentu institusi sekolah menengah mana lu masuk nanti. Kena masuk SBP ke, maktab ke...tak ke bagus... Nanti lu belajar bercampur dengan budak-budak rajin. Bila lu berkawan dgn dorang, lu pun rajin. Bila lu rajin, lu nak dapat undi untuk jadi BWP (macam menteri kat MRSM la) pun senang. Budak-budak konfiden ngan lu. Awek pun usha lu. Bila lu rajin, lu perform time exam. Lagi ramai awek usha lu.
Senang kata UPSR ni penentu awek lu masa abis sekolah nanti. Amacam?
Wednesday, September 9, 2009
pada 11:11 AM
Beruang Koperasi
Dipos oleh
avid
Dalam banyak-banyak spesies mamalia, aku paling takut pompuan. Pompuan asing. Buat apa aku nak takut dengan opah aku.. Pompuan ni bahaya. Boleh wat laki cool macam aku jadi gabra. Kalau cakap ngan budak pompuan, mata aku mesti lari pergi tengok alam sekitar punya lah. Tengok pokok-pokok berkicauan riang, tengok pelangi tersipu-sipu malu berkongsi keindahannya dan tengok pak cik janitor mop lantai pakai penyapu lidi. Eye contact aku ngan pompuan memang fail.
Tapi itu tidak menghalang hormon testeoron aku untuk menjalankan amanahnya. Sejak dari Darjah Dua, aku ada crush. Farahin (nama sebenar) namaya. Kelas Dua Abu Bakar. Masa upper form (F4, F5) lak crush ngan Beruang Koop (nickname sebenar gadis itu). Budak kelas aku gak.
Satu benda pasti pasal crush ni adalah you are the one who got crushed. Betul.. Farahin kata aku gila. Trauma kena reject tu memang sangat berjasa dalam penglibatannya menghalang aku daripada confess kat Beruang Koop 7 tahun kemudian.
Setahun selepas SPM, aku ada crush lagi. Gampang betul. Makwe SMS ni dah la cun. Tapi aku gamble. Kena reject pun aku pasrah je. Lagipun macam la dia tak tau lelaki skang makin sikit. Kahwin ngan gay kang baru tau. Aku gamble.
Happily ever after.
P/S: Beruang Koop kat Czech Republic skang. Wat medic. Good for her (Good luck, pal!). Farahin tak tau ke mana.
Saturday, September 5, 2009
pada 11:40 AM
Sahur Malam Tadi
Dipos oleh
avid
Appetizer : Teh Tarik
Main Dish(es) : Nasi Goreng Thai
Dessert : Dunhill sebatang
Skang pukul 3.23pm. Perut aku kata sahur malam tadi solid.
Friday, September 4, 2009
pada 3:12 PM
Kepercayaan Tahyul a.k.a Superstitious
Dipos oleh
avid
Aku ada musuh. Namanya Test. Kadang-kadang dia saja je tukar nama jadi kuiz. Bapak Test namanya Exam. Datuk Test lagi la aku tak ngam. Orang panggil dia Final Exam. Adik Test pun macam celaka gak. Pop Kuiz orang panggil dia sebab dia ni fan MJ.
Seluruh anak beranak Test ni memang celaka. Kalau aku jumpa, dah takde senyum-senyum dah. Tu sebab aku sentiasa ready dengan senjata aku, Pilot Shaker 0.5. Ramai gak orang tak suka kaum kerabat Test ni. Tapi senjata mereka lopek. Staedler 2B lah.. Xiacao 0.5 lah... Pilot Shaker 0.7 lah...
Gila babi merepek. Biasa sebelum exam ni, aku ada satu rutin. Aku akan cuba tidak bersarapan. Aku suka perasaan menjawab kertas peperiksaan dengan perut yang berorkestra. Kruk...krek...kruk...krek.... Mampus la orang sebelah. Perut aku, bukan perut dia.
Masa aku lower Form (F1, F2, F3), budak kelas aku, Kordi (bukan nama sebenar. Serius!) suka pakai pensel tekan lopek Darjah Enam dia setiap kali exam/test/quiz. Dia kata pensel tu terlibat dalam kejayaan 5A UPSR nya. Masa aku Upper Form (F4, F5) lak, Harimau (bukan nama sebenar) akan pakai baju putih sekolah jenama Canggih setiap kali exam. Pernah sekali, baju tu dah masuk dalam baldi dah. Kira nak basuh malam tu la konon-kononnya. Tapi pagi esok ada exam Sejarah. Pagi esoknya, beliau ambik baju tu dari baldi dan terus menyarungnya. Berkedut seribu pun lantak lah. Bau hamis jangan cite lah. Makwe kelas nampak pun, gamble. Janji dapat B Sejarah.
Amacam? Seram tak?
Thursday, September 3, 2009
pada 11:14 AM
Lu Jumpa Pak Cik Ni Lu Tempeleng Ala Ramadhan Skit
Dipos oleh
avid
Bagi koma yang jahil pasal pak cik ni, ni la pak cik yang mengaku dia ni Rasul yang diutuskan untuk orang Melayu. Ngaku Surah Yasin diturunkan kepada dia. Putar belit ayat Al-Quran supaya kacip ngan ajaran sesat dia. Gilo.
Pengikut dia bukan runcit-runcitnya pengikut macam peminat Chelsea. Artis pun ada jadi pengikut dia weh. Masa pak cik ni didakwa di mahkamah, pengikut-pengikut dia sanggup ponteng keje nak beri sokongan kat pak cik ni di mahkamah. Ada sorang makcik ni (tua lebih kuang macam opah aku kat Bagan Datoh) siap jadi macam budak-budak lagi depan kamera wartawan semata-mata nak bela Rasul nyanyuk dia. Gini la lebih kuang dialog mak cik tu.
"Rasul kita dah janji kita syurga....ha....ha....rasul kamu dah janji kamu syurga ke???"
Wartawan blank. Mati akal nak jawab.
"Haa...hahahahaha....dia sendiri pun tak tau dak?" ujar makcik tu sambil disambut derai ketawa pengikut-pengikut yang lain (yang banyaknye makcik-makcik).
Well, hu ha hu ha kite pun, nampak pakcik ni tempeleng dia skali. Jangan lupa flag blog pak cik ni skali: Blog Pak Cik Kahar . Korang klik kat Hated/Violence.
P/S: JAIS wat apa? Hack la blog dia, sengal......
Wednesday, September 2, 2009
pada 12:28 PM
1Malaysia? What a bloody joke. We're already one.
Dipos oleh
avid
Sambut merdeka masa puasa ni macam....
1. Makan nasi ayam menyedari kat peti ais ada KFC.
2. Pakai WifiUTM sedangkan bapa anda tokey Cyber Cafe.
3. Log in Friendster sedangkan member sume dah lari ke Facebook.
4. Sokong Man Utd meskipun kelab itu kurang ternama.
5. Beristinjak menggunakan batu sedangkan air ada.
6. Naik kereta K-roll sedangkan kereta Wan ada.
7. Bersembang pasal Liverpool dengan Ong Hang Chee.
8. Berniaga MLM siap cakap lebat akan backup orang bawah padahal dia sendiri terkapai-kapai.
9. Makan McD biarpun menyedari duit kat bank ada RM50.53 sahaja.
10. Menyambut hari lahir ketika Hari Raya IdulFitri (ramai orang salah anggap Aidilfitri. Idulfitri maa...)
Tuesday, September 1, 2009
pada 11:09 AM
Sehari Bersama TNC
Dipos oleh
avid
Satu pagi yang hening, tika burung berkicauan riang dan unggas mula menari-nari (unggas menari, huh?) aku berjumpa TNC dan konco-konconya.
Sedang TNC tengah pung pang pung pang bersembang depan meja yang aku duduk bersama konco-konconya yang cuma menuruti, tiba-tiba TNC panggil aku.
"Ha, nama siapa ni?" ujarnya sambil mengurut-ngurut jambang ala ala Kareem Abdel Jabbar nya.
"Err...Ahmad Muzammil"
"Sapa nama Timbalan Naib Canselor UTM?". Pergh! Soalan maut ni. Bagi la aku soalan biokimia tapi please.....bukan soalan ni.
"Err...err....saya mintak maaf. Saya tak tau"
"Nama dia pun kamu tak tau?? Mana satu dia ni?" soalnya sambil bersandar di kerusi. Ewah-ewah....
"Encik la Timbalan Naib Canselor".
"Sapa nama Dekan Fakulti kamu?". Cabai. Soalan maut lagi.
"Err.....tu pun saya tak pasti".
"Sapa nama Naib Canselor UTM?"
"Ok.....nama dia Zaini Ujang". Nasib baik aku selalu baca kolum dia kat Berita Hairan.
"Sebut nama dia betul-betul....Prof. Dato' Dr. Zaini Ujang. Tu la. Nama jer pelajar UTM. Nama dekan pun tak tau. Sebagai pelajar......bla...bla...bla....."
Gua malu siot.
P/S: Ala, tanya la Syafique ke....Fadh ke....dorang pun tak tau gak. Weh, baik koma hapal nama ngan pangkat-pangkat dorang. Mana la tau masa grad nak ambik ijazah nanti ada orang tanya.