Seingat gua raya terakhir yang gua rasa paling best adalah masa gua darjah 6. UPSR dah abih. PSRA dah abih. Tinggal nak beraya dengan sewenang-wenangnya sahaja. Baju raya gua target kaler krim time tuh. Gua terdengar Suhada 6 Cemerlang tempah baju kurung krim tahun tu.
Pagi raya, orang tua sibuk bertakbir. Pakcik-pakcik yang biasa gua tengok pukul 1.30pm masih melepak kat kedai-kedai kopi Cina tiap-tiap Jumaat pun turut serta bertakbir. Baguslah. Kalau melepak jugak kat kedai-kedai kopi Cina pagi-pagi raya ni memang nak kena karate lah tu. Gua lepak dengan konco-konco gua.
"Raya ketiga kita kumpul kat rumah aku, OK? Mula-mula kita pergi Taman Damai dulu. Pastu Taman Kenangan. Pastu Taman Pertama. Last sekali Taman Berjaya," Haziq anak cikgu English tu mengutarakan arahan. Bukan cadangan.
"Lepas dapat duit raya kita lepak Aspa, amacam? Layan Counter Strike seround dua," Hanif Norhan bersuara.
Orait! Semua bersepakat. Kata putus telah dicapai.
*******************
Lepas gua masuk maktab setahun selepasnya, gua dah tak nampak budak-budak tu. Hanif Norhan entah ke mana. Fikri entah ke mana. Haziq dan Faiz entah ke mana. Gua tertanya-tanya. Dah takde baraan* lagi ke? Jadi, selama 5 tahun berikutnya gua lost contact dengan rakan-rakan sekolah rendah gua macam tu je. Dapat track kat Facebook dan Friendster pun ciput-ciput je. Awek-awek pulak tu. Sigh.
Buat rakan-rakan SDAL**, seriously gua tak kerek doh. Tak caya lu tanya Hafifi dan Fadzli. Dalam banyak-banyak member, dua ekor tu je la yang catch up dengan aku. Korang gi mana? Apsal masa reunion korang tak datang? Gua harap sangat kita boleh jumpa balik. Ramai-ramai. Yang dah kahwin tu bawak bini sekali.
Selamat Hari Raya 'Idulfitri. Maaf Zahir Batin khas untuk rakan-rakan SDAL 1996-2000.
* - istilah Bahasa Jawa untuk ziarah raya beramai-ramai.
** - Sekolah Doktor Abdul Latiff
Klasik Lewat 2000
Dipos oleh
avid
Tuesday, September 15, 2009
pada 2:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 nyamuk:
September 15, 2009 at 3:07 PM
Permalink this comment
bukan kau suke ke jumpe awek2 dekat facebook ngan friendster?
mane tau terjumpa Suhada plak,boleh beraya sedondon lagi tahun ni.hehe
September 15, 2009 at 4:19 PM
Permalink this comment
Rindu lak tyme kecik2.. Duet rayer aku habis kat CC gak. men red alert ngan CS. Satu Klang aku round! haha
September 15, 2009 at 5:00 PM
Permalink this comment
@ lumut
dah jumpa dia dah...keh keh
@ mute
ko mmg....duit ada bagi tokey CC....menabung la skit...hehe
September 15, 2009 at 8:30 PM
Permalink this comment
September 15, 2009 at 8:32 PM
Permalink this comment
Aslmualaikum.
oh..kejap je ms berlalu
smua dh besau..hehe
September 15, 2009 at 11:21 PM
Permalink this comment
salam,
tula salah satu disadvantage masuk mrsm/ sekolah asrama sejak form 1. balik rumah x de kawan dah.
September 15, 2009 at 11:50 PM
Permalink this comment
@ yusuf
pompuan je x besau2 dari darjah 6....keh keh...
@ sallehudin konon padahal kebe (hehe)
ko pun kene benda sama ke balik umah?