• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Aku ada musuh. Namanya Test. Kadang-kadang dia saja je tukar nama jadi kuiz. Bapak Test namanya Exam. Datuk Test lagi la aku tak ngam. Orang panggil dia Final Exam. Adik Test pun macam celaka gak. Pop Kuiz orang panggil dia sebab dia ni fan MJ.

Seluruh anak beranak Test ni memang celaka. Kalau aku jumpa, dah takde senyum-senyum dah. Tu sebab aku sentiasa ready dengan senjata aku, Pilot Shaker 0.5. Ramai gak orang tak suka kaum kerabat Test ni. Tapi senjata mereka lopek. Staedler 2B lah.. Xiacao 0.5 lah... Pilot Shaker 0.7 lah...

Gila babi merepek. Biasa sebelum exam ni, aku ada satu rutin. Aku akan cuba tidak bersarapan. Aku suka perasaan menjawab kertas peperiksaan dengan perut yang berorkestra. Kruk...krek...kruk...krek.... Mampus la orang sebelah. Perut aku, bukan perut dia.

Masa aku lower Form (F1, F2, F3), budak kelas aku, Kordi (bukan nama sebenar. Serius!) suka pakai pensel tekan lopek Darjah Enam dia setiap kali exam/test/quiz. Dia kata pensel tu terlibat dalam kejayaan 5A UPSR nya. Masa aku Upper Form (F4, F5) lak, Harimau (bukan nama sebenar) akan pakai baju putih sekolah jenama Canggih setiap kali exam. Pernah sekali, baju tu dah masuk dalam baldi dah. Kira nak basuh malam tu la konon-kononnya. Tapi pagi esok ada exam Sejarah. Pagi esoknya, beliau ambik baju tu dari baldi dan terus menyarungnya. Berkedut seribu pun lantak lah. Bau hamis jangan cite lah. Makwe kelas nampak pun, gamble. Janji dapat B Sejarah.

Amacam? Seram tak?

Photo

Thursday, September 3, 2009

pada 11:14 AM


2 nyamuk:

September 3, 2009 at 12:02 PM
Permalink this comment

said...

weh..
aku suke ah cara penulisan ko..
best dan senang hati je aku baca..
leh wak aku tersenyum...=)

aku minat gila basketball..
mmg layan nba la..
kau pon layan ker?
hee

September 3, 2009 at 1:29 PM
Permalink this comment

said...

hehe..tq

layan arr..san antonio spurs!
fav player : manu ginobili, steve nash

Popular Posts