• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

5.30 pagi - Bapak gua kejut. Suruh teman dia pergi masjid katanya. Gua mengeliat tanda "Ala, ayah pergi sorang je la".

5.45 pagi - Gua mandi setelah katil gua diterbalikkan bapa gua. (Hiperbola. Gua bangun sendiri)

5.55 pagi - Gua pergi masjid berhampiran bersama-sama bapak gua dengan Kriss buruk bapak gua.

6.20 pagi - Selesai semayang Subuh. Imam bertakbir. Gua tongkat dagu sambil bersila sambil tidur.

6.45 pagi - Gua dan bapak gua balik rumah. Gua sambung tidur di sofa.

7.45 pagi - Gua bersarapan bersama keluarga. Ketupat, rendang ayam, kuah kacang dan rendang kerang. Gua melahap macam ketua puak Jahiliyyah.

8.10 pagi - Gua pergi masjid untuk Solat Sunat 'Idulfitri.

8.20 pagi - Konstentrasi gua bertakbir terganggu angkara budak-budak main mercun di luar masjid. Tempeleng laju-laju gak kang budak-budak ni.

8.30 pagi - Start semayang raya.

9.00 pagi - Gua dengar khutbah penuh bersemangat hasil rehat yang cukup .

10.00 pagi - Gua balik kampung naik motor. Bapak gua naik kereta. Kampung tak jauh sangat.

10.30 pagi - Gua sampai kampung. Gua layan ketupat dan rendang setibanya sahaja di kampung.

11.15 pagi - Gua lapar. Gua layan kuih raya pulak. Asam-asam pun kire juadah raya ek?

12.00 pm -Gua makan ketupat dan rendang ayam lagi. Mana boleh tinggal lunch.

1.30 pm - Lepas gua semayang Zuhur, gua tidur. Sepupu semua pergi tengok Mami Jarum kat TV3.

3.00 pm - Gua bangun tidur. Gua pergi bantai lemang dan serunding pulak.

4.00 pm - Gua pergi baraan naik motor dengan bebudak kampung gua. Pergi rumah orang makan-makan rendang dorang pulak.

6.30 pm - Gua balik untuk semayang Asar.

7.00 pm - Gua bantai lemang dan rendang kerang pulak.

8.00 pm - Gua tengok Buletin Utama dengan pakcik-pakcik sedara gua.

9.00 pm - Sepupu-sepupu gua tengok Pontianak Harum Sundal Malam. Gua sembang-sembang dengan member-member jamming gua.

10.00 pm - Gua bantai ketupat sejuk dengan rendang ayam.

11.00 pm - Gua main meriam palung member gua. Harga karbaid naik 20 sen sepeket. Bangkrap la industri membuat meriam macam ni.

2.00 pm - Gua balik rumah nenek gua. Curfew time.

P/S: Kita tengok mcm mana diari 1 Syawal gua tahun ni pulak..

Photo

Wednesday, September 16, 2009

pada 10:25 AM


1 nyamuk:

September 16, 2009 at 3:08 PM
Permalink this comment

said...

soalannya..
berapa kalikah sipenulis yg katilnya sudah diterbalikkan melantak rendang di hari raya??

haha..
aku nak lemang..

Popular Posts