• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Sehari Bersama TNC
Dipos oleh avid

Satu pagi yang hening, tika burung berkicauan riang dan unggas mula menari-nari (unggas menari, huh?) aku berjumpa TNC dan konco-konconya.

Sedang TNC tengah pung pang pung pang bersembang depan meja yang aku duduk bersama konco-konconya yang cuma menuruti, tiba-tiba TNC panggil aku.

"Ha, nama siapa ni?" ujarnya sambil mengurut-ngurut jambang ala ala Kareem Abdel Jabbar nya.

"Err...Ahmad Muzammil"

"Sapa nama Timbalan Naib Canselor UTM?". Pergh! Soalan maut ni. Bagi la aku soalan biokimia tapi please.....bukan soalan ni.

"Err...err....saya mintak maaf. Saya tak tau"

"Nama dia pun kamu tak tau?? Mana satu dia ni?" soalnya sambil bersandar di kerusi. Ewah-ewah....

"Encik la Timbalan Naib Canselor".

"Sapa nama Dekan Fakulti kamu?". Cabai. Soalan maut lagi.

"Err.....tu pun saya tak pasti".

"Sapa nama Naib Canselor UTM?"

"Ok.....nama dia Zaini Ujang". Nasib baik aku selalu baca kolum dia kat Berita Hairan.

"Sebut nama dia betul-betul....Prof. Dato' Dr. Zaini Ujang. Tu la. Nama jer pelajar UTM. Nama dekan pun tak tau. Sebagai pelajar......bla...bla...bla....."

Gua malu siot.

P/S: Ala, tanya la Syafique ke....Fadh ke....dorang pun tak tau gak. Weh, baik koma hapal nama ngan pangkat-pangkat dorang. Mana la tau masa grad nak ambik ijazah nanti ada orang tanya.

Photo

Tuesday, September 1, 2009

pada 10:38 AM


0 nyamuk:

Popular Posts