• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Khamis itu hari, hari ngundi. Gua ingat pilihan raya tahun ni ada panas sikit daripada tahun-tahun lepas. Ada simbah-simbah cat kat moto orang, spray-spray bilik persatuan orang, lompat-lompat parti. Yang lain semua sama. Khamis ngundi, Selasa baru gantung poster. Poster semua black and white. Potostet. Tak true langsung. Habis gempak pun susun poster-poster bentuk nama calon besor-besor.

Sehari sebelum gua undi, gua dapat SMS list nama calon puak apa-jadah-tah. Disebabkan effort lain macam puak tu, gua undi 6 calon paling hensem/jelita dari puak depa. 4 calon lagi sengaja gua undi dari puak lain sebab gua tak nak semua kerusi kena sapu oleh puak sama. Lu bayangkan kalau perwakilan Dewan Rakyat semua orang satu parti. Pembangkang sangat-sangat diperlukan. Kalau tak, yang pegang kuasa ingat semua depa betul.

Gua syak politik kampus jadi mandom sebab takde sudut pidato. Zaman bapak gua belajar kat IPM, bapak gua cerita sudut pidato ni memang fenomena. Ibrahim Ali siap pernah kena tangkap ISA lagi. Kat situ, student bercakap pasal dasar kerajaan. Hal ehwal dunia. Hal Selangor menang Piala Malaysia. Makwe-makwe pun usha suami idaman kat situ. Brader-brader usha makwe kat situ. Gua desak bapak gua apakah bapak gua pun usha makwe gak kat situ tapi beliau menafikannya atas alasan "ah, buang karen je".

Sejak AUKU diperkenalkan, sudut pidato lesap. Student duduk bilik bucu-bucu baca buku. Kutuk kerajaan pun tengok line dulu. Hal ehwal dunia pun simpan sorang-sorang. Rajin baca tau la. Tak rajin baca, memang tak tau la. Citer Selangor kena belasah Perak dek hatrik Laszlo Repasi pun simpan di sudut hati. Industri usha-mengusha makwe pun terbantut. Tak hairan la ramai brader-brader usha makwe kat kafe dan library sahaja. Stail iklan Sunsilk tu. Dalam kelas, nak kena konsentret pulak.

Sekarang dah boleh balik. UM dah ada sudut pidato dah. UTM gua tak tau bila. Bila ada sudut ni, baru la calon pilihan raya boleh berkempen. Baru la gua boleh undi calon yang bole janji upgrade court takraw dan futsal. Calon yang boleh buang bonggol yang melampau-lampau banyaknya. Apa jadah simpang sebatu lagi, jalan straight pun nak pasang bonggol? Rosak bearing gua, pak gad nak bayor? Lagi penting, senang gua nak jual hotdog gua nanti.

P/S: Semalam gua tengok berita. Brader AdukaTaruna kena tangkap. Ceh, apa punya perangai la kutuk orang mati. Sedekah Al-Fatihah pun ada baiknya.

Photo

Saturday, January 30, 2010

pada 6:10 PM


Pagi itu, gua bangun awal. Bunyi crot cret crot cret selipar jepun Ciko memecah keheningan. Gua bukak pintu bilik. Ciko buat muka epilepsi tergigil-gigil keluar bilik air. Gua bukak seluar sukan ke-3 gua dan pakai tuala. Kadang-kadang, malas nak basuh gua pakai je buat tidur. Tido pakai boxer kang, sia-sia Maher lantik gua jadi Rakan Surau, sebuah badan keagamaan berprestij kat sekolah gua. Makwe pun tak berani flirt dengan budak-budak Rakan Surau ni.

Habis mandi, gua capai kain pelikat yang bapak gua sedekah. Masa bapak gua bagi, bau badan bapak gua pun kuat lagi kat kain tu. Gua pakai kain. Kemudian, gua pakai baju sekolah. Seluar nanti gua tukar lepas sarapan. Lagipun, apa jadah semayang subuh pakai kemeja, seluar siap ngan tie nyer? Sekular gila. Tak Rakan Surau la macam ni.

Dari asrama ke surau, jauh. Sepanjang berjalan ke surau gua boleh nampak pak cik toreh getah kat estet getah sebelah kanan jalan. Dulu masa baru masuk, gua ingat hantu apa la ada lampu bergerak-gerak. Tabah penoreh-penoreh ni. Kalau takde penoreh,bole bangkrap industri membuat ubat nyamuk lingkar.

Sampai surau, gua tengok baru bape kerat sampai. Ada sorang budak junior duduk bucu sebelah kanan. Tengah baca Quran. Ciko duduk belakang. Tengah refresh ayat hafazan. Gua nampak sign kepala Maher suruh gua azan. Gua patuh. Gua on amplifier. Gua on mikrofon. Gua dehem-dehem sedas dua. Gua baca-baca sikit sebelum azan macam bilal masjid kampung gua. Lalu gua azan.

Gua azan ada style Turki itu hari. Style Masjid Biru zaman khalifah Uthmaniyyah punya. Sampai haiya-ala-ssolah gua tarik ada dalam 20 harakat. Lenggok-lenggok taranum hijjaz pun dah keluar dah masa ni. Gua asyik dalam keheningan dan kesyahduan salju subuh. Gua feel beb. Gua feel.

Habis azan, gua baca doa habis azan. Maher datang dekat gua.

"Mana assolatu-hairum-minann-naum ko?"

Keh keh. Gua cuba buat muka kiut sebelum gua dipecat.
 

Photo

Monday, January 25, 2010

pada 9:23 PM


Hari ni genap setahun blog gua hidup. 23 Januari tahun lepas, gua bukak blog ni masa tengah lari dari program tabligh. Masa tu, dah ramai budak kelas gua dah ada blog. Kimi dengan blog stail Princess Diary-nya, Dayana dengan blog sinikalnya, Toha dengan blog syurga download-nya, Bye dengan blog 4-flat nya, Himdayah dengan blog suka-ati-aku-nak-update-bila nya dan K-roll dengan blog membebel-stail-mak-nenek nya.


Gua taknak kalah. Jadi gua buat gak. Niat gua nak cari kawan kat dunia blogger. Mana tau esok lusa gua boleh mintak tolong kat depa. Gua malas nak state satu-satu blogger yang gua kenal sepanjang satu tahun ni. Kang bila gua tak sebut, depa merajuk. Satu benda yang gua nak bagitau depa ni, gua follow depa ni sebab blog depa ada something distinctive yang gua dapat setiap kali gua baca blog depa. Bermakna, blog depa unik. Tu sebab pentingnya be-your-true-self attitude masa menulis blog.



Dua bulan pertama gua dalam blog, entri gua pendek-pendek. Gua masih tercari-cari stail yang paling gua selesa bila menulis. Tu sebab bila gua tengok balik entri lama tu, gua rasa nak minum racun rumpai je masa dua bulan tu. Mac dan April gua tak menulis sebab wifi kolej macam kuih pau atas peti ais rumah gua. Kejap ada kejap takde. Berukben gua tak layan.


Masuk bulan Mei dan Jun, gua langsung tak pandang blog. Masa tu gua tengah practical training kat Thailand. Internet cam gampang. Patut la indeks komposit Thailand masih bawah 800 mata. Balik practical training, gua mula aktif. Internet kolej cemerlang. Masa ni la gua buat banyak kawan blogger.


Gua tulis berdasarkan apa yang gua rasa, tengok, hidu, jilat dan raba-raba. Everything that revolves around my life. Masa gua buat entri pasal bola, ada budak kompelin tak suka gua buat entri bola. Tak kena sasaran kot gamaknya. Tapi, gua hantu bola. Apa cerita? Jadi, bila nak tulis pasal bola, gua lepas geram kat Sokernet. Ada satu artikel gua masuk situ. Terus Malaysia dapat emas Sukan Sea baru ni.


Gua juga dapat tahu lecturer gua pun baca blog gua dan budak-budak kelas lain. Dr. Halim, kalau lu baca blog gua sekarang ni, gua nak lu tau gua berterima kasih sangat-sangat sebab baca. Bila nak kahwin? 


Harapan gua, gua nak blog ni hidup sampai gua nazak. Gua harap koma pun sama. Jangan sebab follower sikit, komen entri sikit, koma give up. Jangan kompelin takde idea. Takde idea, pergi keluar bilik, pergi merayap. Pergi lihat dunia dan manusia. Banyakkan bergaul dengan orang. Jangan bergaul sesama clique je. Banyakkan membaca. Banyakkan berfikir daripada bersembang pung pang Fasha Sanda Nur Kasih semua. Comprende?

Photo

Saturday, January 23, 2010

pada 11:40 AM


Membebel Macam Mak Nenek
Dipos oleh avid

Hari ni gua nak tulis stail blogger perempuan.

Macam yang gua cakap, weekdays pagi petang siang malam gua bizi. Kalau pagi ada kelas, malam gua buat assignment. Kalau pagi takde kelas, gua membuta. Setiap masa yang terluang gua habiskan dengan main riff bass payah-payah sampai epidermis jari gua jadi tebal macam kulit ibu jari kaki. Penat je gua mandi susu tiap-tiap hari.

PC rosak-pada-masa-yang-salah gua, dah lama gua tinggalkan. Gua kena teruskan hidup. Ikut hati nak buang ke parit je, tapi memandangkan duit mara bakal masuk hujung bulan nanti, gua tangguh dulu. Bila gua kaya nanti, gua nak kasi lembu makan graphic card gua. Motherboard tu gua nak kisar sampai jadi serbuk sebelum diberi makan ayam.

Ah, untuk pengetahuan gua dah start bersukan semula. Tiap-tiap petang ada je orang turun main. Gua perasan perut gua dah mula menonjolkan otot-otot yang bakal mengghairahkan isteri gua satu hari nanti. Tak perlu jogging. Tak perlu berbasikal satu utm. Cukup la 3 set game kompetitif sepak takraw setiap hari. Ah, gua baru tahu killer team gua petang tadi main gitar. Boleh buat band nih.

Hal keluarga. Gua cukup tak puas hati kat makcik gua yang tak habis-habis membandingkan adik gua dengan anaknya. Mak gua panas tapi malas nak cari gaduh. Kang dilibasnya dengan penyapu lidi cuci longkangnya, herot mulut kang. Jadi gua nasihatkan makcik tu untuk berhenti mocking mak dan adik gua. After all, it's not the end of the world if you're not gaining admission in some top-rated boarding schools. Amalina 20A SPM tu bukan sekolah asrama pun.

Photo

Friday, January 22, 2010

pada 10:13 PM


Muqadimah: Entri ni adalah extension untuk entri Enulwanie ni.

Gua syak dek penangan Ana Raffali, Yuna, Hana gitaris band Couple (bekas vokalis Lucy In the Loo), Koyuki dan Patti Smith, ramai makwe dah minat main muzik. Sebelum ni tak ramai. Dah ada anjakan paradigma dalam masyarakat kita. Sebelum ni, brader-brader kira biasa sangat la main gitar untuk makwe masing-masing. Tapi lepas ni makwe-makwe pulak bole main gitar untuk brader masing-masing. Kah kah. Gua tak bole imagine.

Gua cerita gitar dulu. Bagi beginner gua sarankan sedia bajet dalam region RM200-300 untuk gitar akustik. Terutama kat makwe-makwe. Sebab, gitar bawah RM100 mmg ada tapi gitar Kapok la. Gitar ni kalau makwe-makwe main kompem give up punya. Tali dia sangat-sangat menyakitkan jiwa. Keras. Sakit tangan. Sesuai untuk brader-brader beginner je. Tangan perempuan biasa lembut (kecuali tangan mak gua). Dapat blisters karang, menangis. Lagipun tak manis makwe-makwe bersidai main gitar Kapok lepak kat simpang jalan sampai maghrib. Jatuh harga hantaran nanti.

Selain gitar, koma bole try main bass guitar. Beza bass dengan gitar ni adalah sound dia. Kalau gitar ni pontianak mengilai, bass ni raksasa gelak ho ho ho. Kalau gitar ni Yamaha RXZ, bass ni lebih kepada Honda/Kriss bunyinya. So, basically bass bunyinya lebih rendah sebab bass main note yang rendah.

Apa koma ingat takde bassist makwe-makwe ke? Chua band Kotak (Indonesia) tu kemain cun lagi. Charlotte Cooper (The Subways)...Kim Gordon (Sonic Youth beb!). Main bass memang la tak macho sebab takde goreng-goreng macam masa bridge lagu, tapi kalau koma memang betul-betul berminat main bass tak mustahil koma bole buat bass solo macam dalam lagu Man Overboard (Blink 182), Maxwell Murder (Rancid) dan Another One Bites The Dust (Queen). Belanja bass lagi mahal sebab jarang bassist pakai bass akustik. Bassist terus beli letrik punya siap dengan amplifier. Tapi anggap la peralatan muzik ni pelaburan jangka masa panjang koma. Macam kasut. Baju. Kebaya. Rantai emas. Subang intan.


Chua dari band Kotak dalam satu persembahan semasa parti hari lahir gua.


Main drum gua tak sarankan bagi makwe-makwe. Sebab drummer perempuan yang gua kenal semua pancit main lagu punk rock. Tangan perempuan senang letih. Lagi la nak pukul hi-hat laju-laju. Elok main recorder.

Main muzik sebenarnya bagus untuk otak kanan. Tu sebab orang muzik ni kreatif. Malah orang muzik juga selalu dapat awek-awek hot. Keh keh. Kalau awek main muzik gua tak pasti pulak. Koma bayangkan seorang jurutera bioproses yang bekerja kat Asahi Kasei, gaji steady RM5k sebulan, naik MPV superb yang bumbung atas bole bukak katup, jawab call pakai set bluetooth kat telinga dan bole main bass? Fuh..Avid Gunner. Berangan nombor satu!

Photo

Sunday, January 17, 2010

pada 1:57 PM


Mak bapak mesti nak anak yang baik. Mana ada mak bapak nak anak bakar rumah, pecah pinggan, pergi cyber cafe pakai baju sekolah semua. Semua mak bapak nak anak yang baik-baik. Cuma terkadang tafsiran 'baik' bagi setiap ibu-bapa tu lain.

Ada mak bapak kata anak baik tu jenis mendengar kata. Mak kata duduk, dia duduk diam-diam hujung bucu rumah. Mak kata baca buku, dia bawak keluar buku teks Pendidikan Jasmani dan baca. Mak kata jangan keluar main. Hujan. Dia tak keluar main. Duduk rumah baca buku cerita Sang Kancil Yang Bijak.

Ada sesetengah mak bapak kata anak yang baik tak menyusahkan orang tua. Katanya: "Aaahhh...koma buat la pape. Janji jangan kacau abah nak tido.." Ataupun: "Habis sekolah koma lepak cyber cafe sampai mama balik kerja ek..." Biasa budak-budak yang dapat mak-bapak macam ni selalu berlagak kat sekolah. Pakai baju sekolah, kolar mesti nak tegak punya. Seluar lipat sebelah. Kasut nak Converse. Lagi rabak lagi cool.

Bila anak degil, tak dengar kata, dipukulnya..Pukul lak depan orang ramai. Konon ibu-bapa yang tegas. Biar gua bagitau satu benda. Kepala hotak opah ang punya tegas!

Normal bagi budak untuk bermain. Bermain adalah salah satu cara budak untuk belajar. Dengan bermain, sinaps dalam kepala hotak anak-anak mereka menjadi aktif sekaligus membentuk banyak linkage yang kemudiannya menjadikan otak makin aktif dan kreatif. Itu sebabnya, kalau budak nak main kena bagi. Jangan larang tak tentu hala. Dan jangan bagi anak-anak main berlebih-lebih tak tentu hala. Kena terapkan disiplin sikit. Itu sebab budak banyak main biasanya pandai.

Kalau budak buat salah, jangan sekali-kali marah dia depan orang ramai. Kalau tak nak tengok dia jadi rebel teenager, jangan buat. Slow talk dengan budak tu dan bagitau elok-elok. Bukanlah memanjakan namanya kalau buat camtu. Tu namanya lu memahami psikologi budak-budak.

Lagi satu, jangan biasakan budaya memberi hadiah kepada budak. Kalau adik puasa 30 hari, papa bagi duit raya banyak. Kalau akak dapat no.1 dalam tiap-tiap exam, akak mintak apa-apa pun papa bagi. Sesekali takpe. Banyak kali namanya lu dalam proses membesarkan seorang kapitalis yang materialistik. Budak takkan merasa kepuasan buat/capai sesuatu dari segi mental (puas sebab dapat beat anak Cina dsb), sebaliknya dari segi material je.

P/S: Entri adalah hasil pembacaan dan umpatan terhadap seorang makcik yang memekak kat anaknya tengah-tengah kedai. Come on la, makcik..

Photo

Saturday, January 16, 2010

pada 4:35 PM


Yazid Paragon
Dipos oleh avid

Mukadimah: Entri dibuat atas permintaan Yazid Paragon yang nak merasa mencapap.Err..Yazid Paragon dah tak single lagi.

Masa gua Form 4, gua ada sorang classmate yang sasa. Namanya Yazid Paragon. Badan ada macam Brock Lesnar. Kalau koma pergi ke bilik pelajar-pelajar normal dan separa normal kat sekolah gua, buku-buku sepah, spender atas katil, cadar tak stress bekas megi tak basuh adalah pemandangan biasa. Tapi, tak di bilik Yazid Paragon. Biliknya kemas 24/7. Bawah katil diletaknya dumbbell-dumbbell dari 2kg hingga ke 25kg. Milo Nestum kemas dalam locker. Spender tak basuh cepat-cepat dibasuhnya lalu disidai di tingkap buat tatapan penghuni Aspuri sebelah.

Rutin pelajar normal dan separa normal sekolah gua lepas kelas/prep adalah tidur, bersembang pung pang pung pang, makan megi atau sambung homework kelas. Tidak bagi Yazid Paragon. Masa-masa yang ada digunanya untuk mengangkat dumbbell. Lepas 10 kg, ditambahnya 5 kg lagi. Rutin ni dah start masa Form 2 lagi kata Yazid Paragon. Tu sebab badan dia ada macam raksasa gua tengok. Tapi Yazid Paragon ada satu kelemahan paling gampang gua pernah dengar bagi seorang taf. Yazid Paragon takut kucing. Satu sekolah tahu.

Satu malam, masa supper gua dan rakan-rakan duduk makan sambil kutuk-kutuk Yazid Paragon. Yazid Paragon pun ada sekali kat meja tu. Mukanya tawadhuk kena kutuk member-member. Mula-mula Haadi Goyang kutuk Yazid Paragon:

"Sebagai seorang ahli bina badan, saya perlu pantas! Kuat! Tapi apabila kucing...ah! Terlepas!"

Sekor-sekor gelak terbahak-bahak keluar air mata. Gua dah sakit perut gelak. Babi nya Haadi Goyang. Boleh pulak tiru iklan Shieldtox. Yazid Paragon pasrah mendengar. Lepas tu, Amar Naldo pulak kutuk:

"Sebagai seekor kucing, saya perlu pantas! Kuat! Tapi apabila Yazid...ah! Terlepas!"


Sumpah Yazid taf macam ni..


Sekor-sekor gelak jatuh kerusi. Sumpah gua gelak keluar air mata sampai terjatuh kerusi. Dewan makan jadi huru-hara. Haadi Goyang gelak tumbuk-tumbuk meja. Anas Toyed gelak campak-campak biskut. Budak-budak junior meja sebelah usha pelik. Makcik dewan makan geleng kepala tengok kami hilang akal. Hadeii, Amar Naldo...gampang la lu buat lawak....

Photo

Wednesday, January 13, 2010

pada 12:48 AM


PC gua barai tak boleh nak on lepas gua main cabut-cabut lupa nak pasang balik kat mana. PC gua memang dah berjasa. Gua menang EPL, Champions League dengan skuad Arsenal dari 2006 sampai 2009. Gua harungi badai-badai Perang Dunia Pertama di Normandy, Austria dan Germany. Gua main winger kiri untuk FC Osasuna, FC Valencia dan Arsenal sampai gua jadi legend. Gua conquer seluruh Kerajaan Red Soviet Army satu malam je. Begitu berjasanya PC gua.

Biasa masa lunch, gua bungkus nasi makan depan PC sambil tengok cerita. Kadang-kadang How I Met Your Mother. Kadang-kadang The Big Bang Theory. Kadang-kadang Gary Unmarried. Lepas tersadai kenyang, gua layan Solitaire sambil minum milo ais. Bahagianya hidup.

Tengahari tadi, gua dah kucar-kacir. Nasi dah beli. Milo dah standby. PC tak idup-idup. Gua duduk, bukak polisterin nasik, gaul-gaul kuah kari rata-rata biar kena ke semua nasik sambil tangan gua menyelak buku Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang gua campak entah mana-mana atas meja. Selakan gua terhenti ke bab hegemoni Barat. Gua baca. Peh, habis makan nasi dah dua bab gua baca.

Photo

Monday, January 11, 2010

pada 7:08 PM


When I was a little tot, music is my savior. Always have and always will. I was born with a really strict and orthodox mom. So. a lot of my time was spent in my room trying to deceive my mom that I was studying (Sorry, Mom. Haha). Instead of studying, I went to my dad's car and listened to the whole album of Iklim; my own version of Gun N Roses. I listened to it over and over again. Before I know it, my dad got pissed knowing his cassette tape was damaged. And he sure knew who he's going to blame. Hehe. What? Why are you guys looking at me?

Starting from that moment, I was very fond of music. I watched and I went through a lot of transitions in music. From walkman to discman. Discman to iPod. Cassette tape to CD. MP3 128kbps to flac. The transitions are so fast that makes you looks like a complete idiot if you asking someone what .flac is. And these rapid transitions give people so many options that they might feel too overwhelmed over the availability of so many choices. In future, things will remains the same because people likes wowing at new things.

People love MP3 and Internet for a lot of reasons. Basically, people love telling and showing off their music interest to other people. With a wide range of network in the Internet, we can share our MP3s to other people around the world. Well, of course it leads to inevitable illegal downloading and eventually we can listen to a bunch of artists; moaning and pleading to music fans to stop illegal downloading. Ironically; these illegal downloading activities have risen up their popularity across the globe in a blink of eye!

So, instead of moaning about the inevitable illegal downloading, CD's piracy and stuff, these musicians need to improve their showmanship in live performances and eventually they will have a large fan base that will committed to buying their original records! So, I expect illegal downloading and CD piracy activities won't disappear completely as long as the Internet is exists. Maybe by enforcing a strict law against CD piracy,these activities could be diminished.


CD Piracy is rampant but illegal downloading is on the rise.


For those who are into international musicians, they are likely unable to follow their favorite band/artist on tour. Time constraints, money depletion are to be blamed. But, maybe in future these artists should consider broadcasting their live shows up on the Internet (their official website) for unlucky fans viewing with a considerable streaming fee. That way, I would never have to break the bank to catch up with The Strokes concert in Tokyo. I could just lying in my bed with my boxer on and dancing with myself all night long.

It would be a major plus if the artists follows the trend of future themselves. For example like tweeting. A lot of artists have started tweeting about their daily life thus making them a much more cooler than artists who didn't. The fans will feel like they were much more closer with their idols. Don't be surprised if your favorite artist started to make it public at Facebook or Myspace just like Tila Tequila does.


No wonder she makes over 31.5 million views on her Myspace page.
Who doesn't love a girl with tattoo?


This entry is written for Blog-A-Trend contest by HP.

P/S: Have some say? Think mine is idiot? or maybe awesome? or maybe beyond awesome? Share with us what do you think about the future of music generally. Yeah, anything!




Photo

Sunday, January 10, 2010

pada 11:22 AM


Sepanjang 20 tahun hidup gua, gua belajar satu benda. Manusia kalau nak berubah memang kejap. Gua tak tau dari ceruk mana gua dengar paradigma ni. Haa..hambik ko...paradigma gua bagi. Gua tak telan sangat doktrin ni masa gua mula-mula dengar dulu. Tapi sejak gua nak jejak masuk era bapak-bapak baru-baru ni, gua mengaku. Memang betul.

Masa gua Form 2, gua respek sama sorang senior gua ni. Brader ni biro agama sekolah gua. Kira orang undi sebab brader ni jenis sopan-sopan, pergi kelas pakai songkok,tak ejek nama bapak orang. Memang suci. Sampai la insiden brader ni kena gantung sekolah lepas kantoi pecah masuk rumah warden, brader ni sekarang dah serupa mamat shuffle masa gua tengok Pesbuk dia.

Masa gua Form 4, ada sorang brader senior ni. Gua dengar cerita dari member gua, masa dia Form 3 dia selalu lead sesi Qiamullail kat surau sekolah. Siap buat budak nangis-nangis lagi masa menerangkan azab Allah kat akhirat kalau menderhaka ngan mak bapak. Masuk Form 5, kena gantung seminggu sebab curi bra dan panties budak perempuan.

Sampai sekarang, gua tak tau gua dah berubah banyak mana. Yang gua pasti, dah bape tahun gua tak baca Al-Mathurat tiap-tiap petang lepas Asar. Dah bape tahun gua tak jadi imam semayang. Surah Al-Waqiah pun ingat-ingat lupa. Perut makin seksi. Darjah ke-rockers-an makin tinggi. Darjah bangun Subuh meranap kebabom. Aiseh..gua nak bermetaformosis balik. Haa...hambik ko..metaformosis gua bagi.

P/S: Trying to sort my life out.

Photo

Thursday, January 7, 2010

pada 4:27 PM


Esok sekolah bukak. Adik gua yang paling kecik naik darjah 3. Yang habis UPSR hari tu, mak gua paksa masuk sekolah biasa dulu. Adik gua berkeras nak duduk rumah tengok ESPN sepanjang hari sementara tunggu tawaran masuk asrama. Hari tu gua tolong check kan placement adik gua kat SBP. Babi, tak dapat. Kedekut betul kerajaan. Gua tolong buatkan rayuan. Gua letak URL blog gua kat borang rayuan dia, kot-kot akak kementerian yang kenal blog gua lulus terus borang rayuan tu.

Story masa gua daftar masuk sekolah asrama masa Form 1 gua dah cerita. Memalukan betul. Ni story masa Form 4 pulak.

Masa gua Form 4, gua pindah sekolah dari Jelebu ke Taiping. Gua pilih Taiping sebab gua dengar makanan dewan makan kat situ sedap. Itu je. Taiping dari rumah gua ada la dalam 2.5 jam perjalanan. Macam biasa, mak gua mesti nak ikut gua mendaftar. Jadi, gua, bapak dan emak gua bertolak dari rumah lepas subuh. Sampai kat Taiping dalam pukul 10 nak ke pukul 11.

Sampai je sekolah tu, bapak la.. Bukan kemain kereta yang parking kat situ. Merz 5 series ada. Takat Honda tu berlambak. Toyota bersepah. Kereta paling cikai selain kereta Proton Saga 1987 bapak gua kat situ pun Waja. Gua mengaku gua dah jadi segan. Gua tak tau la bapak gua rasa macam mana. Masa tu gua rasa macam nak bagi bapak gua Celica 2 bijik je. Satu untuk bawak berjalan, satu untuk buat langgar orang.

Bapak gua parking sebelah MPV apa jadah gua tak ingat. Babi, loaded gila budak-budak sekolah sini, gua pikir. Gua syak MARA dah hilang akal. Kata sekolah untuk orang luar bandar.

Tiba-tiba, gua nampak sebuah teksi. Nombor plat teksi start ngan huruf HC. Sah dari Pahang. Masa teksi tu berhenti, gua nampak sekor mamat keluar. Tak lama kemudian, maknya keluar. Gua tengok maknya cakap-cakap kat pakcik teksi tu suruh pakcik teksi tu tunggu depa mendaftar. Peh, gua lagi beruntung rupanya. 

Photo

Sunday, January 3, 2010

pada 12:26 PM


Petang tadi gua telepon adik perempuan gua kat KMPP. Tak pernah-pernah gua telepon dia sebelum ni. Tapi, petang ni lain. Gua nak jadi abang yang penyayang meskipun sambal belacan buatannya tak pernah-pernah gua puji. Asam jawa banyak sangat la. Kalau asam jawa cukup, belacan hangit la. Kalau belacan tak hangit, buat sikit sangat la. Goreng ikan jangan cerita. Minyak hinggap tangan setitik pun nak pakai plaster.

"Apahal tiba-tiba call ni?". Gua dah agak. Mesti pelik.

"Ala...aku nak habiskan kredit je. Tinggal bape sen je ni...Weh, pointer sem 1 ko bape ek?"

"4. Nape?"

"Perghh...ganas gila.." Dalam hati gua rasa kerdil, jeles dan rasa nak stadi 24 jam je lepas ni.

"Ko dah isi borang masuk U kan? Apa course 1st choice ko?"

"Sains Kesihatan..aku mintak kat UiTM Shah Alam. Nanti boleh la jadi jururawat ke, medical assistant ke..."

Ni la budak melayu. Dapat 4 flat, nak jadi jururawat.

P/S: Sebenarnya gua respek budak ni. Masa dapat result SPM dia punya menangis mengalahkan orang hilang anak. Dahsyat gak kepala otak dia meskipun tak reti buat sambal belacan.

Photo

Friday, January 1, 2010

pada 5:17 PM


Popular Posts