• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Ampun Tuanku. 18 tahun duduk Selangor, patik tak terlepas dari membuat kesalahan di bumi Selangor. Well, at least that's what I think.


#1 Nyanyi lagu negeri Selangor versi derhaka


"Allah bantutkan usia Tuanku
 Rakyat baling batu
 Rakyat buli Tuanku

 Bahagia selama-lamanya
 Aman dan sentosa
 Kalau Tuanku tak adaaaaaaaaa......"



Zaman patik sekolah dulu, patik adalah antara penyanyi tetap lagu negeri versi ini semasa perhimpunan sekolah. Disebabkan lirik ni hanya diketahui oleh budak-budak lelaki darjah 5 dan 6 sahaja, maka seringkali nyanyian kami ditenggelami oleh nyanyian dari budak-budak skema yang lain. 


Biasanya sambil menyanyi ni, kami tak boleh mengelak dari gelak sebab seriously, lirik ni memang lawak dan catchy. 


Apa yang menariknya, lirik ni diketahui oleh majoriti budak sekolah Selangor dari zaman patik sampai lah sekarang. Barangkali terpengaruh dengan semangat 'God Save The Queen' Sex Pistols gamaknya. Ampun Tuanku.


#2 Tak mengaku anak negeri Selangor meskipun dah merempat nak dekat 18 tahun di Selangor


Yang ni memang patik tak boleh nak terangkan. Patik lebih senang mengaku sebagai anak Perak sebab Perak merupakan negeri tanah tumpah darah patik. Perak negeri tempat patik lahir dan patik berbangga dengan segala isi pelusuk negeri Perak. 


Kalau orang tanya "tuan hamba asal mana?", patik akan jawab "Perak" tanpa ragu-ragu. Kalau patik lahir di Highbury pulak, patik akan jawab "utara London" serta-merta. Ampun Tuanku.


#3 Tak menyokong sebarang team sukan dari Selangor


Team bola Selangor memang klasemen dari dulu lagi. Tapi, patik tak terpengaruh mahupun teruja menjadi peminat pasukan bola sepak Selangor kerana patik cenderung menyokong pasukan 'dark horses' seperti pasukan negeri kelahiran patik; Perak.


But, if it makes you feel any better, patik sentiasa menyokong pemain keturunan Jawa di pasukan Selangor. Ampun Tuanku.


#4 Mempertikaikan status negeri maju Selangor


Tahun 2005, Selangor diisytiharkan sebagai negeri maju pertama di Malaysia. Patik yang duduk di wilayah paling hulu di Selangor sangat-sangat lah tak setuju. Supermarket paling gempak kat tempat patik adalah Billion. 7-11 pun takde lagi masa tu. Internet pun RM2 sejam lagi. 


Bila patik besar, barulah patik paham yang Sabak Bernam tak ubah macam Texas di Amerika Syarikat. Kalau Texas di-urban-kan oleh arus modenisasi seperti di Chicago, maka hilanglah identiti ke-Amerikaan Amerika Syarikat.


Ampun Tuanku.


#5 Mempersoalkan birthday Sultan Selangor yang selalu jatuh pada hari yang dah memang cuti dah


Oh silap. Ini kesalahan bapak patik, bukan patik. Dia menghabiskan 30 minit bersarapan bersama keluarga di pagi Sabtu yang cemerlang dengan mengomel pasal benda ni. Ampun Tuanku.


Walau apapun salah patik, Tuanku...patik tetap sayang Selangor dan patik suka duduk di wilayah bawah junjungan Tuanku sebab ianya aman sentosa, permai, hijau dan tenang.


p/s: Enak dibaca sambil diiringi muzik Butterfingers - Daulat Tuanku.

Photo

Saturday, December 11, 2010

pada 11:29 AM


12 nyamuk:

December 11, 2010 at 11:35 AM
Permalink this comment

said...

kah kah kah..
lu dah derhaka nih..

said...

Dengan ini beta mengarahkan lu pindah segera ke.. Ke mahligai beta!!! Muahahaha.. :p

Meh meh berkenalan dengan beta.. Mana tahu jatuh chenta.. Bukan jatuh chenta dengan beta derr.. Dengan negeri beta daa.. :p

December 11, 2010 at 12:11 PM
Permalink this comment

said...

Muahahaha...gila kelakar entry ni...
part lagu tu yang tak menahan..
sampainya hati nak nyanyi mcm tu... =P

Nwy, sy juga orng Perak...
Perak no 1 =D

December 11, 2010 at 12:46 PM
Permalink this comment

said...

Lalang habis! Hahaha!

December 11, 2010 at 12:56 PM
Permalink this comment

said...

@ hamzah
ampun tuanku

@ paan
mana ada!

December 11, 2010 at 1:59 PM
Permalink this comment

said...

ko merempat kat selangor..ok lagi tu, yg member aku sah2 anak jati selangor..tapi gedik nak mengaku budak penang..ish..bnyk sungguh org selangor murtad negeri..lalala

December 11, 2010 at 2:42 PM
Permalink this comment

said...

kejam sunggguh lagu tuh...
pandai betul tukar2,,
tapi sekali myayi rasa macam best pulak

Anonymous

December 11, 2010 at 8:52 PM
Permalink this comment

said...

hahahahaha kiut gile.

sepp sikit aku pun oghang PERAK!! haha

kalau sultan selangor titah perintah kau di buang daerah, aku pasti Sultan Perak sedia menerima kau.

=))

December 11, 2010 at 9:51 PM
Permalink this comment

said...

saya pegawai kementerian dalam negeri, hm. inilah dia ye penghianat bangsa, tak masuk perkasa, dan benci barisan.


hm. bila free? saya nak book tempat untuk masukkan awak dalam ISA ni.

kah kah kah kah!

Anonymous

December 11, 2010 at 10:04 PM
Permalink this comment

said...

gua sokong team selangor bila dorang menang je, kira gua derhaka jugak tak?

December 12, 2010 at 8:26 AM
Permalink this comment

said...

@ erin azizan
hahaha...ye kot..

@ erine roslan
hypothetical high five!

@ sastraboy
adeh...ISA je...

@ rara nasiha
durhaka!

December 13, 2010 at 3:33 AM
Permalink this comment

said...

Daulat Tuanku...~

Popular Posts