• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

POLITIK

Dalam buku teks sejarah, seorang personaliti sejarah yang gua paling benci adalah Sultan Mahmud Shah. Bagi gua, dia adalah sultan yang bodoh, tidak adil, perasan tak hingat dan mudah dikencing dan dimanipulasi oleh musuh.

Semasa zaman pemerintahannya, dia membunuh orang tanpa usul periksa, perasan nak kahwin dengan Puteri Gunung Ledang (watak mitos rasa-rasa gua), dan merupakan penyebab empayar Melaka jatuh. Dia beruntung kerana mempunyai Tun Perak yang bijak sebagai Bendahara dan Hang Tuah sebagai laksamana. Kalau tak, dengan kerajaan Demak pun boleh tumbang.

Semua orang tahu apa akibatnya kalau sesebuah organisasi diketuai oleh pemimpin bodoh. Pemimpin bodoh tak fikir orang bawah melainkan dirinya sendiri dan kroni-kroninya. Pemimpin bodoh adalah punca budak-budak letak frasa 'a big fuck to all politicians' atau 'POLITIC S.U.C.K.S' (stail mengada-ngada) di ruang 'political view' dalam Facebook mereka.

***

EKONOMI

Dalam ekonomi, kronisme adalah virus. Virus tidak akan bertindak serta-merta. Simptom penyakit mungkin lambat kelihatan berbanding serangan bakteria, tetapi kesannya terhadap kesihatan sangatlah celaka. 

Mengapa hanya ada satu syarikat sahaja yang menyediakan perkhidmatan limosin di KLIA sedangkan ada tujuh syarikat berbeza yang menyediakan perkhidmatan limosin di lapangan terbang JFK? 

Mengapa hanya satu kedai sahaja yang boleh menjual top-up di Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan sehinggakan Celcom Centers pun tak dibenarkan menjual top-up?

Kronisme mungkin tak dapat dielakkan dalam ekonomi kapitalis tetapi boleh dikawal. Tanpa kronisme, persaingan meningkat. Bila persaingan meningkat, peniaga akan berlumba-lumba menawarkan harga dan servis yang terbaik. Yang untungnya pelanggan. Asalkan takda santau-menyantau antara peniaga lah, yang pastinya.

***

SOSIAL

Industri hiburan negara mungkin mempunyai banyak penyanyi, tapi kebanyakkan mereka takde kualiti. Cipta lagu pun tak reti, alih-alih mengharapkan M. Nasir dan Ajai. Lagu pun balik-balik pasal putus hati, cinta, cinta dan cinta. Bak kat Loque dalam lagu 'Tentang Tentang' - cinta sana, cinta sini, aku gila geli.

Gua rasa kita perlukan banyak lagu yang membawa mesej sosial macam lagu Monoloque atau Ana Raffali dengan Mior apa tah tu.

Selepas membaca resolusi Paan, gua tak sabar menunggu lagu Ku Pujuk-Pujuk Ku Bawa Lari versi K-Pop yang lebih radio-friendly untuk membuat debut di arena mainstream.Tapi, kita kena tunggu Paan kurus dulu, katanya.

Photo

Friday, December 31, 2010

pada 11:19 AM


Labels:
,
,
,

5 nyamuk:

Anonymous

December 31, 2010 at 12:19 PM
Permalink this comment

said...

lagu k-pop lagi best...

isu akademik x nk see in future ke bang? nak gak amik port. saya stdnt lagi.

December 31, 2010 at 2:44 PM
Permalink this comment

said...

ok kita tunggu paan kurus dulu:P

December 31, 2010 at 5:02 PM
Permalink this comment

said...

ak paling suka part politik..haha

December 31, 2010 at 5:59 PM
Permalink this comment

said...

Aku nak petik bahagian ekonomi.
Mari imagine kalau sistem elektrik Malaysia kita boleh pilih company apa kita nak pakai. Ni bukan baru, kat oversea pun pesen gini.

awwesome. bil nanti murah.

January 1, 2011 at 6:57 PM
Permalink this comment

said...

jngn naik barang lagiii!! mari2 doakannnnnn =.=

Popular Posts