• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers


Gua mengaku gua taklah bermoral sangat walaupun belajar sekolah agama selama 5 tahun dan belajar pendidikan Islam selama berbelas-belas tahun.

Sepanjang gua belajar di sekolah agama, gua tak pernah ambil pusing pun apa yang gua baca, diajar dan hapal. Bagi gua, akhlak adalah subjek yang senang score semata-mata. Gua tak pernah baca buku teks Akhlak dan menghayati isi kandungannya macam buku The Tipping Point. Gua baca semata-mata kerana PSRA. Lagipun, buat apa nak study benda yang common sense? Baik gua study Tajwid.

Jadi terus terang gua katakan akhlak gua banyak dibentuk melalui pemerhatian dan pengalaman hidup gua. Bukannya buku. Bukannya papan hitam.

Dalam buku teks Akhlak, gua kena membantu orang yang susah.

Tetapi pengalaman gua mengajar orang susah ada dua jenis. Pertama, orang yang susah kerana malas. Kedua, orang yang betul-betul susah walaupun dia tak malas.

Orang susah yang pertama iaitu orang susah yang pemalas adalah orang yang mengharapkan belas kasihan orang ramai meskipun seluruh tubuh badannya sihat untuk bekerja. Orang macam ni memang gua tak pandang langsung. Kau nak duit, kau cari kerja. Badan kau sihat lagi, fikir gua.

Orang susah yang kedua pulak ialah orang susah yang memang betul-betul susah. Dah la susah, anak sakit pulak. Dah la susah, kurang upaya pulak. Dah la susah, kena aniaya pulak. Orang macam ni baru gua hulur berapa-berapa yang gua ada.

Tetapi pengalaman mengajar gua tentang sebahagian kelompok orang susah yang kedua ni. Ada orang susah ni dipaksa mengutip sedekah oleh orang kaya. In a sense, mereka ni sebenarnya bekerja. Tetapi hasil pekerjaan mereka diserahkan kepada bos mereka. Mereka tetap miskin, bos mereka makin kaya.

Jadi gua tak tolong budak-budak tahfiz yang mintak derma. Bagi gua kalau betul mereka nak bina pusat tahfiz, sepatutnya ustaz-ustaz mereka yang patut buat kerja mintak derma itu.

Bila dah jadi macam ni, gua dah tak ikut ajaran Islam. Gua dah mula memilih siapa yang perlu gua nak bantu. Pakcik jual tisu dan main muzik tepi jalan? Gua bantu. Pakcik sempurna tubuh badan merempat tepi jalan? Gua tak bantu. Mengapa gua tak bantu? Sebab gua ada prinsip.

Apabila gua melihat video di atas ni, gua mula melihat kembali kredibiliti moral gua. Apakah betul tindakan gua? Apakah betul prinsip yang gua pegang selama ini? 

Apa yang gua belajar dari video di atas adalah, prinsip yang gua pegang does not matter. What matter is, how attentive I am towards their situation. Tak kiralah orang susah pertama ke..kedua ke..apa yang penting adalah gua perlu memberikan perhatian dengan mendengar cerita mereka dahulu. 

Apa yang orang susah perlukan bukanlah duit semata-mata. Mereka perlukan seseorang untuk mendengar supaya mereka tahu mereka tidak keseorangan.

That's a sign worthy of dollars

Photo

Saturday, March 15, 2014

pada 9:28 PM


Labels:
,
,
,
,
,


"Saya berhasrat untuk memenangi Hadiah Nobel"

Seorang pelajar pasca-graduan dari Universiti of Lagos, Chibuihem Amalaha membuktikan homoseksualiti adalah salah melalui kajian saintifik dari perspektif fizik, kimia dan matematik.

Photo

Wednesday, March 5, 2014

pada 4:17 PM


Cerita Orang Bisnes Makanan
Dipos oleh avid

Semasa gua bersekolah di sebuah sekolah asrama di Negeri Sembilan (Tingkatan 1-3), hari yang gua paling tunggu-tunggu adalah hari Jumaat. Menu makan tengah hari setiap Jumaat adalah nasi ayam, ais krim kotak dan air sirap. Menu makan pada hari lain boleh dilupakan. Tetapi disebabkan gua bukan anak orang kaya, gua telan juga apa yang mak cik dewan makan masak.

Dewan makan itu terkenal dengan macam-macam kes. Ada kes bihun goreng lipas. Ada kes kuah kacang lauk katak. Murtabak plaster luka (bukan plaster luka baru ya). Bubur kacang merah dengan ulat putih kecil berenang-renang di dalamnya. Ayam tidak masak. Nasi tak cukup. Udang berbau. Sotong berbau dan lembik.

Sampaikan tahap, kalau anda dapat ayam tak masak tak payah bising buat laporan la. Benda dah biasa sangat.

*****

Bulan ini genap setahun gua terlibat dalam bisnes makanan. Lebih tepat lagi, genap setahun gua terlibat dalam bisnes kantin sekolah. Dalam masa setahun ni, gua banyak belajar beberapa perkara dalam penyediaan makanan bagi 1000 orang.

Semasa gua mula-mula masuk berkongsi modal dalam perniagaan ini, hasrat gua cuma satu. Menjadikan kantin gua 100% berlainan dengan dewan makan sekolah gua di Negeri Sembilan tu. 

Gua pastikan tiada nasi semalam yang dimasak semula. Gua pastikan kuah laksa dimasak baru setiap hari. Gua pastikan stok ayam disimpan secara sistematik dan digunakan sebelum berbau. Gua check semua hidangan di bilik guru makan sebelum dijual. Gua pastikan stor gua bebas dari lipas dan tikus.

Kalau ada nasi lebih, gua galakkan pekerja bagi lebih kepada pelajar. Kalau ada kuih lebih pun sama. Kalau ada air yang berlebihan, jangan simpan. Buang sahaja. Kalau ada ayam yang mempunyai telur lalat (akibat cara menyimpan yang salah), gua bagi kucing sahaja. 

Semuanya kerana gua tak nak budak-budak sekolah ni merasa apa yang gua rasa selama tiga tahun di Negeri Sembilan dahulu.

*****

Daripada apa yang gua belajar, bisnes makanan mempunyai margin yang rendah. Maksudnya untung jual nasi goreng tidaklah setinggi untung menjual emas. Tetapi untung yang sedikit itu berulang beratus-ratus kali dalam masa 1 jam. Dalam masa sejam, anda mungkin boleh menjual 1 unit rantai emas dan memperoleh untung RM150. Tetapi dalam masa sejam, anda boleh menjual 300 pinggan nasi goreng dan masih memperoleh untung yang sama kalau tidak lebih.

Apa yang gua nak katakan adalah; bisnes makanan boleh untung besar. Dengan pengurusan logistik bahan mentah yang cekap, anda boleh untung lebih lagi. Anda tak perlu main tipu dalam bisnes makanan.

Anda boleh untung walaupun anda tak habis nasi yang anda jual. Anda boleh untung tanpa kitar semula makanan yang anda jual tak habis semalam. 

Jadi persoalannya, mengapa ada lagi peniaga yang jual nasi lemak cup B, telur 1/4, timun senipis-nipisnya dan 3-4 helai ikan bilis pada harga RM2? Mengapa ada lagi orang yang menjual sandwich yang intinya tak disebarkan ke seluruh roti (kerana intinya terlalu sedikit)? Mengapa ada lagi peniaga yang menjual kerepek ikan bilis pada harga RM6 sepaket?

Satu akta perlu digubal bagi mengelakkan kejutan di awal pagi kepada penggemar nasi lemak. Kandungan nasi lemak perlu didedahkan kepada pengguna atau hukuman buang negara dikenakan kepada peniaga.
 
Mengapa mereka ini wujud? Alangkah baiknya jika mereka elok-elok kerja kerajaan dan biarkan orang yang ikhlas sahaja berniaga. Tempiasnya kena kat aku juga.

Photo

Monday, March 3, 2014

pada 10:05 PM


Labels:
,
,
,
,

Disebalik kecoh-kecoh (hype) di Liga Super sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, bola sepak Malaysia masih tak ke mana sebenarnya. Sesiapa yang mengikuti bola sepak era awal 90-an pernah menikmati kemeriahan yang sama seperti sekarang. Kontroversi Tony Cottee, kehadiran Chris Kiwomnya, Laszlo Repasi dan Karl Heinz Weigang sama sebenarnya dengan kontroversi JDT dengan T-Team dan kehadiran Pablo Aimar, Luis Figuera dan Luis Cesar Jimenez. Prestasi pasukan kebangsaan Malaysia era 90-an dengan sekarang juga tak ke mana.

Ada sebabnya.

#1 - Pembangunan akar umbi yang tidak berstruktur

Biar gua jelaskan. Katakan ada seorang budak 7 tahun bernama Ramli. Sejak dari tadika lagi Ramli selalu memerhatikan abang-abang besar bermain bola di padang taman permainannya sambil bermain jongkang-jongkit. Kemudian, Ramli masuk darjah satu. Ketika itulah Ramli mula bermain bola sepak. Ramli bermain semasa kelas PJK, semasa cikgu takde di kelas dan selepas balik sekolah agama.

Semasa darjah 4, Ramli menghadiri sesi pemilihan skuad bola sepak sekolahnya. Ramli terpilih. Ramli mewakili sekolah di peringkat MSSD. Semasa darjah 5, Ramli mewakili daerah di peringkat MSSN. Semasa darjah 6, Ramli mewakili negeri di peringkat MSSM.

Apabila Ramli masuk ke sekolah menengah, Ramli sentiasa mewakili sekolah sehingga ke Tingkatan 5. Semasa di sekolah menengah, bakat Ramli menjadi kebanggaan sekolahnya. Ramai budak perempuan mintak kapel dengan Ramli. Walaupun Ramli berbakat besar, kadang-kadang je Ramli dapat mewakili daerah kerana pemilihan peringkat daerah dibuat oleh cikgu sekolah lain. Ramli tak pernah mewakili negeri kerana daerahnya selalu tersingkir awal semasa MSSN.

Selepas SPM, Ramli menganggur dan menjadi rempit di malam dinihari.

In parallel universe, Ramli plays for Man Utd apparently

Bandingkan dengan senario ideal bagi Ramli.

Ramli bermain bola sepak sejak darjah satu. Mewakili sekolah semasa darjah 4. Ketika Ramli dalam darjah 4, Ramli pergi ke pemilihan akademi bola sepak Sabak. Di daerah Sabak Bernam, ada dua akademi; Sabak dan Sungai Besar. Persatuan Bola Sepak Selangor ada juga buat pemilihan di Shah Alam, tapi dia pergi ke pemilihan akademi bola sepak Sabak kerana lebih dekat dengan rumahnya. Semasa di akademi, Ramli berlatih setiap hari selama 3 jam bermula jam 3 petang. Ramli tak pergi sekolah agama kerana akademi bola sepak Sabak ada buat kelas agama 3 jam pada hujung minggu anjuran JAIS.

Setiap tahun, Ramli mewakili sekolah dan akademi bola sepak Sabak. Selepas habis MSSD pada bulan Mac, Ramli mewakili akademi bola sepak Sabak dalam Liga Tunas Bola Sepak Selangor. Acara bola sepak dalam MSSN dan MSSM dimansuhkan. Liga Tunas Bola Sepak Selangor lebih kompetitif. Persaingan antara akademi Sabak dan Sungai Besar sehangat Newcastle dan Sunderland. Akademi Petaling Jaya pula akademi bola sepak paling terkaya di Selangor. Ada 56 akademi semuanya di Selangor; masing-masing mewakili DUN di Selangor.

Apabila umur Ramli menginjak 13 tahun, Ramli terus mewakili akademinya di Liga Remaja Bola Sepak Selangor pula. Apabila Ramli berumur 17 tahun, Ramli ditawarkan sesi pemilihan oleh Persatuan Bola Sepak Perak selepas direject oleh Persatuan Bola Sepak Selangor kerana fizikalnya yang kurus. Kawan-kawan Ramli yang tak dapat apa-apa tawaran terus bermain dengan akademi Sabak dalam Liga FAM.

#2 - Tidak mematuhi The 10,000 Rule

Dalam situasi ideal, Ramli bermain dalam Liga Tunas, Liga Remaja Selangor sejak berumur 10 tahun. Kemahiran teknikal Ramli setaraf pemain professional. Mengikut The 10,000 Rule, sesorang perlu berlatih selama 10,000 jam untuk membolehkannya menjadi pakar dalam bidang yang beliau berlatih. Ramli berlatih 3 jam sehari, 5-6 hari seminggu selama 7 tahun. Setiap tahun, Ramli bermain lebih 30 perlawanan setahun.

RvP practises 10,000 touches everyday since he was 9 at SBV Excelsior

Tetapi dalam senario bola sepak Malaysia ketika ini, Ramli hanya bermain maksimum 18 kali setahun. Itupun kalau Ramli mewakili sekolah, daerah dan negeri, bermain semua perlawanan dalam kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir di MSSD, MSSN dan MSSM. Belum kira kalau-kalau Ramli tercedera, pasukan tersingkir awal dan macam-macam lagi faktor yang tidak boleh dikawal (nenek meninggal, kucing beranak etc).

Buku-buku seperti Gold Mine Effect (Rasmus Ankersen) dan Outliers (Malcolm Gladwell) menjelaskan mengapa banyak pemain bola sepak berbakat berasal dari Brazil, banyak pelari jarak jauh dari Ethiopia dan banyak pelari pecut dari Jamaica.

#3 - Sikap orang Melayu dan Cina selepas peristiwa 13 Mei

Agak radikal sebenarnya idea ni. Apa kena mengena 13 Mei dengan bola sepak?

Selepas peristiwa 13 Mei, 'keamanan' Malaysia tercipta dengan orang Melayu mengukuhkan kuasa mereka dalam politik supaya mereka kekal menjadi 'tuan' di Malaysia dan orang Cina seboleh-bolehnya mengelak dari bertentang muka dengan orang Melayu. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tadaa...! Takde gaduh-gaduh lagi.
 
Cuba perhatikan. Pada mulanya gua salahkan sekolah vernakular sebagai punca orang Cina tak ramai main bola sepak. Tetapi gua silap. Selepas lepak dengan pak guard SJKC, gua dapati budak-budak Cina main juga bola sepak di padang sekolah mereka. Mereka sertai juga bola sepak MSSD (walaupun mereka selalu jadi kena belasah sekolah-sekolah lain).

Tetapi cuba perhatikan pula padang-padang taman perumahan atau mana-mana padang bola sepak awam. Hanya budak Melayu dan India yang rajin bermain. Budak Cina cepat-cepat balik rumah bila budak Melayu turun padang (seperti apa yang gua perhatikan semasa kecil dahulu).

Malaysia bukannya seperti di Amerika Syarikat. Di US, Brooklyn, Detroit dan Baltimore merupakan kawasan majoriti kulit hitam. New England kawasan orang kulit putih. El Paso, Texas kawasan orang Hispanic. Di Malaysia, di mana ada orang Melayu mesti ada komuniti orang Cina. Tiada komuniti Cina bermakna orang Melayu tiada bengkel motor, kedai runcit dan kedai hardware.

Ini bermakna, orang Cina pasti akan bertemu dengan orang Melayu sekurang-kurangnya sekali sehari. Tetapi mengapa mereka tidak turun padang bermain bola? Kerana mereka tidak berminat. Mengapa mereka tidak berminat? Kerana dari kecil mereka ditakut-takutkan oleh ibu bapa mereka, saudara mereka, kawan sebangsa mereka, kerajaan dan orang Melayu sendiri.

Jadi secara tidak langsung sentimen prejudis post-1969 ini telah menyingkirkan bakat-bakat bola sepak dari 27% populasi Malaysia secara automatik. Sedih kan?

Baca entri ini untuk buktikan hipotesis gua : Yong Kuong Yong

Photo

Thursday, February 27, 2014

pada 4:02 PM


Labels:
,
,
,

Alkisah ceritaranya macam ni.

Pada satu hari, ada sekumpulan pedagang menjual produk kecantikan yang diberi nama Double Stemcell Phytoscience. Nama produknya sangat mewah (fancy) sampai tak sempat diterjemah kepada bahasa Malaysia. Kumpulan pedagang ini memperkenalkannya kepada rakyat jelata. Rakyat jelata memperkenalkan produk ini kepada saudara-maranya pulak. Lama-lama, produk ini menjadi produk hangat kerana rakyat berfikir - "Kalau produk ni dah ramai orang beli, mestilah produk ni power. Lagipun sang penghibur jelata; Umie Aida pun pakai produk ni".

Tak lama kemudian, ada seorang cendikiawan yang sedang merantau di negara orang mengkaji produk ini. Cendikiawan ini berkata produk ini tidak seperti yang dikhabarkan. Produk ini mengelirukan rakyat jelata, katanya. Rakyat jelata berpecah belah. Sang raja nyenyak bersemayam di istana.

*****

1. "Beri apa yang mereka mahu"

..adalah cogankata pedagang. Sebagai pedagang, suka hati merekalah nak jual apa. Orang nak sampah, si pedagang jual lah Harian Metro. Orang nak jadi bodoh, si pedagang jual lah Utusan. Orang nak mati cepat, si pedagang jual lah rokok. Pendek kata, lantak lah apa yang si pedagang ni nak jual apa. Dah itu yang orang nak.



2. Kapitalisme adalah hutan belantara.

Kapitalisme adalah hutan. Jika anda mahu hidup dalam hutan, anda perlu bijak. Anda perlu tahu membezakan racun dan makanan. Jika anda lebih bijak lagi, anda potong pokok di hutan dan jualnya untuk sebuah kondo mewah. 

Dalam ekonomi kapitalis yang kita bernafas sekarang, anda perlu bijak sebelum membeli. Jika anda tidak pasti dengan sesuatu produk, buat kajian. Internet kan dah ada. Beli telefon besar-besar tapi tak manfaatkan untuk menambah ilmu. Patutlah anda tertipu. Dalam situasi macam ni lah pentingnya penguasaan Bahasa Inggeris. Bukan semua maklumat boleh dapat dalam Bahasa Malaysia. Tengoklah jumlah karya ilmu yang diterjemah ke bahasa Malaysia. Terlalu sedikit jika dibandingkan dengan bahasa Indonesia. 

Jadi nak tak nak, anda kena kuasai bahasa Inggeris. Kalau tak, anda akan mati di hutan.

3. Bagi sesetengah orang hujah sains tak boleh lawan dengan taqlid buta mereka.



Anda bagilah seberapa banyak bukti empirikal yang saintifik, mereka akan jawab dengan dalil - tiada yang mustahil dengan kuasa Allah. Mereka ini golongan berbahaya. 

Mereka perlukan mukjizat, karamah, kejaiban untuk mengukuhkan kepercayaan mereka. Bagi mereka sunnatullah tidak mencukupi. Kehadiran partikel Higgs-Boson belum meyakinkan mereka untuk mempercayai kewujudan Tuhan mereka. Mereka perlukan timun yang tertulis kalimah Allah, pokok yang sujud, awan yang berbentuk keris, lembu yang ada kalimah Allah di badannya dan benda-benda magis seperti mayat yang bertukar menjadi babi semasa dikebumikan.

4. Mereka masih percayakan sistem MLM/piramid

Gua tak salahkan mereka mencari rezeki dengan sistem ini. Lagipun kita hidup dalam ekonomi kapitalisme. Mereka boleh berbuat apa-apa sahaja yang mereka mahu dengan duit mereka.

Jika produk ini dihentikan jualannya, yang paling teruk kena adalah orang-orang downlinenya. Dan biasanya orang-orang downline ni lah yang paling ikhlas berniaga. Niat mereka wajar dihargai dengan hasil jualan yang lumayan. Cuma yang tak bestnya, orang atasannya (upline) turut memperolehi hasil lumayan dari orang bawahannya. Tak kira macam mana lumayan hasil jualannya, orang atasannya tetap lebih kaya darinya.

5. Mereka tak mahu belajar dari sejarah

Sebenarnya, produk ini tak ubah macam kes tauge kencing, kapsul minda dan macam-macam lagi produk yang orang beli/boikot tanpa berfikir. Dalam kes stem cell ini, semua orang yang pernah belajar subjek Biologi tahu bahawa sebarang sel, tisu dan organ dari organisma lain tidak boleh dipindahkan sewenang-wenangnya ke organisma lain. 

Dalam kes pesakit Talasemia, sel tulang sum-sum waris pesakit perlu serasi (paras antigen leukositnya) dengan pesakit. Jika sel tulang sum-sum ibunya tidak serasi, ibunya tidak boleh menderma dan melakukan transplan walau sesayang mana pun dia terhadap anaknya. 

Apatah lagi melakukan transplan stem cell tumbuhan kepada manusia! Lagi satu, nak pakai produk ni kena buat transplan ke? Tak kan? Kalau tak pakai transplan, maknanya stem cell tu dah mati la....

Photo

Friday, February 21, 2014

pada 10:26 AM


Labels:
,
,
,
,
,
,
,




Sudah 4 bulan Ahmad menjadi ketua kelas 3 Cemerlang. Ahmad ingatkan bila dia masuk darjah 3, dia boleh berlari-lari keliling kelas semasa cikgu pergi mesyuarat. Dia ingatkan dia boleh menyertai liga lawan pemadam yang dianjurkan oleh Ramzul semasa darjah 2 dahulu. Dia ingatkan dia boleh melepak di bawah pokok pisang sebelah kantin dan bersembang pasal wrestling yang dia tidak minat pun. 

Tetapi sekarang, Ahmad tidak boleh lagi.

Ahmad sudah menjadi ketua kelas. Entah mengapa Cikgu Kamariah terus melantiknya menjadi ketua kelas tanpa proses demokrasi. Ahmad terasa hak-haknya sebagai seorang kanak-kanak dicabul oleh seorang wanita tua.

Setiap pagi, Ahmad tiba di kelasnya pada pukul 7 pagi. Setibanya dia di kelas, dia akan memadam papan hitam dan menepuk-nepuk pemadam papan hitam di dinding luar kelasnya untuk menyingkirkan habuk kapur.

Kalau ada orang yang tak sapu sampah mengikut jadual tugas yang ditampal di belakang kelas, Ahmad kena menjadi garang kepada orang tersebut. Pada usia 9 tahun, memarahi kawan supaya mereka berbuat kebaikan adalah sangat tak cool. Mengajak mereka curi pemadam di kedai buku adalah cool

Sepertimana biasa pada hari Isnin, semua murid berhimpun di dataran untuk perhimpunan. Tetapi kerana Ahmad ketua kelas, dia kena duduk paling hadapan barisan sekali. Ahmad sedih. Dia tidak dapat main baling-baling batu kecil ke tudung budak perempuan. Dia tidak dapat menyanyikan parodi lagu Negeri Selangor dimana dalam satu liriknya berbunyi "Rakyat baling batu, bawah duli Tuanku".

Tetapi perhimpunan pagi hari itu lain sikit. Cikgu Fauziah Ibun mengumumkan bahawa hari ini ada pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas. Kelas yang menang akan dapat hadiah. Ahmad berhenti mendengar selepas perkataan 'hadiah'. Ahmad membayangkan yang liar-liar. Kelas 3 Cemerlang ada carpet. Kelas 3 Cemerlang cuti seminggu. Kelas 3 Cemerlang dapat pergi rombongan ke Cameron Higland percuma.

Sejam sebelum waktu rehat, semua guru berada di bilik mesyuarat. Mungkin itulah sebabnya Cikgu Fauziah Ibun membuat pertandingan tersebut fikir Ahmad 15 tahun kemudian. 

Semasa cikgu-cikgu bermesyuarat, Ahmad perhatikan tiada siapa pun yang ambil port pasal pertandingan itu.  Kelas 3 Maju tengah huru-hara. Kelas 3 Rajin tengah battle Digimon. Budak darjah 5 berlari-lari sepanjang koridor. Budak darjah 6 lepak di tandas ramai-ramai.

Ahmad memerhatikan kelas pimpinannya. Lantai tak bersapu. Langsir herot-berot. Meja cikgu senget. Meja murid berterabur bila Ramzul dikejar Syafikah yang hanya mahukan bekas penselnya balik. Ahmad tidak pandai menjerit. Jadi Ahmad cuba menyelesaikan hal itu dengan tangannya sendiri. Literally.

Ahmad tidak marah apabila budak-budak kelasnya tak tiow dengan pertandingan tersebut. Tetapi Ahmad marah apabila tiada budak-budak kelasnya yang mahukan hadiah tersebut. Ahmad menghalakan kemarahannya dengan mencapai sebatang penyapu di belakang sudut kanan kelas.

Disapunya kelas sehingga tiada habuk dan sampah kelihatan di lantai. Dengan kaki-kaki orang disapunya sekali. Kemudian, Ahmad mengelap tingkap pula sebelum mengemaskan meja cikgu. Disusunnya bunga di atas meja cikgu seperti yang dia lihat maknya selalu buat. Selepas itu, Ahmad menyusun satu demi satu meja budak-budak kelasnya. Disusunnya buku mereka kemas-kemas di bawah meja. Susunan meja juga diperkemaskannya. Zarina yang conscience nya tinggi tak macam budak-budak kelas lain membantunya menyapu lantai kelas yang kembali kotor selepas Radhiatun membuat sampah pemadam.

Sampai waktu rehat, Ahmad puas hati melihat keadaan kelasnya. Kemas, bersih dan teratur. Ahmad dan Zarina menyusun kerusi cantik-cantik sebelum keluar rehat.

***

"Kamu semua gotong-royong bersihkan kelas ke tadi?"

"Tak. Ahmad sorang yang sapu kelas semua" balas Zarina kepada Cikgu Kamariah.

Ahmad menikmati Apollo Chocolate Wafer seperti tidak mendengar apa yang Cikgu Kamariah tanya. Budak-budak 3 Cemerlang yang gampang tidak menolong Ahmad juga turut menikmati Apollo Chocolate Wafer yang dimenangi kelas 3 Cemerlang.

Photo

Saturday, February 15, 2014

pada 3:30 PM


Labels:
,
,
,

Gua tak ingat siapa yang beritahu gua pasal ini; atau mungkin gua dapat tahu dari filem, drama mahupun sinetron tetapi ianya masuk akal bagi gua. Secara metaforikal apatah lagi literal.

Semasa kecil, gua suka menonton Mighty Morphine Power Rangers. Setiap Sabtu pukul 5.30 petang di TV2, gua akan terkangkang depan TV sebelum pergi ke padang bermain bola sebaik rancangan habis.

Credit

Ramai yang mengatakan kepada gua (kebanyakkannya orang dewasa) yang cerita Power Rangers boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk menyalahgunakan dadah. Dalam kes Power Rangers ni, morfin (Walaupun seingat gua, tak pernah pula gua tengok Billy, Jason, Kimberley, Trini dan Tommy cucuk morfin dan buat muka high sebelum berlawan). 

Gua masih ingat saat yang paling gua nanti-nantikan adalah saat 5 Power Rangers ini bergabung membentuk robot mega 'Zords' yang kemudiannya menghancurkan raksasa jahat dan sisa-sisa kewujudannya. Ketika menonton saat-saat indah ini, gua mengetap-ngetap gigi sambil menghayun penumbuk di udara. Kadang-kadang gua bermimpi gua adalah Power Rangers Biru (Tommy) menyeksa raksasa jahat dengan melambat-lambatkan kematiannya. Muahaha.

*****
Goetz1.jpg
Credit

Pada tanggal 22 Disember 1984, Bernhard Goetz meninggalkan apartmennya di Greenwich Village, Manhattan dan menuju ke stesen subway di 14th Street & 7th Avenue. beliau membeli tiket no.2 menuju downtown NY dan duduk di sebelah 4 remaja berkulit hitam. Ada lebih kurang 20 orang di dalam koc tersebut tetapi masing-masing duduk berjauhan dengan 4 remaja tersebut.

Salah seorang remaja itu menegur sapa Goetz. "Apa khabar?". Kemudian remaja itu menyambung. "Beri saya $5 sekarang". Remaja kedua datang dan berdiri di hadapan Goetz. Remaja ketiga menyeluk poket jaketnya seolah-olah ada senjata api di dalam poketnya.

"Korang nak apa?" Goetz bertanya lagi. "Bagi kami $5!" ulang remaja pertama sambil tersenyum. Entah macam mana, senyuman remaja itu membuatkan Goetz bengang. Goetz mencapai senjata Smith & Wesson 38 incinya dan menembak 4 orang remaja tersebut bergilir-gilir tanpa membunuh mereka. Ketika remaja keempat mengerang kesakitan di atas lantai koc, Goetz berjalan ke arahnya dan berkata "Kau nampak okay je. Nah sebijik lagi" sebelum menembak tulang belakang remaja terbabit dan menyebabkannya lumpuh seumur hidup.

*****
Beberapa tahun yang lepas, gua menonton sebuah video Youtube seorang remaja yang dibelasah orang kampung setelah kantoi mencuri duit tabung masjid. Video bermula dengan remaja terbabit terbaring di atas jalan raya dengan tangannya diikat. Mukanya berdarah. Remaja tersebut meraung kesakitan sambil memohon ihsan orang kampung yang menangkapnya. "Sakit bang....sakit....sakit bang...". Gua tiada rasa simpati langsung terhadap budak itu. Bagi gua, padan muka dia.

Tetapi keadaan berubah apabila ada seorang penduduk kampung yang berkali-kali menyuruhnya senyap menghayunkan kakinya dan memijak kepala remaja itu di atas jalan tar. Lagilah kuat remaja itu meraung kesakitan. Secara tiba-tiba, gua rasa kasihan terhadapa remaja terbabit dan marah terhadap orang kampung yang memijaknya. Serta-merta gua terasa diri gua hipokrit.

*****
Dalam kes Power Rangers dan Bernhard Goetz, gua menyanjung pendekatan sadistik mereka. Malah gua mahu menyarankan Power Rangers supaya menyeksa raksasa itu dahulu seperti memotong kaki raksasa, menjahitnya semula sebelum memotongnya kembali. Dalam kes Bernhard Goetz, gua paling suka apabila Goetz menembak untuk melumpuhkan remaja tersebut. 

Tetapi dalam kes pencuri duit tabung masjid, lain pula halnya. Pendirian gua berubah sekelip mata. Gua mula kata nak lawan api kena pakai air. Sedangkan dalam kes Power Rangers dan Bernhard Goetz, gua kata kena pakai petrol. Am I alone in this? 

Photo

Saturday, February 1, 2014

pada 12:00 PM


Labels:
,
,
,
,
,

Oh great, he's still blogging.


***

2013 merupakan tahun yang menarik. Jika 2012 adalah tahun yang depressing, tahun 2013 adalah tahun yang penuh dengan optimis. 2013 adalah tahun gua melakukan apa yang gua nak buat. 


Pada Januari 2013, setelah berbulan-bulan mengecewakan kawan-kawan yang mengajak makan luar, tengok wayang, shopping tak tentu hala dan karaoke, gua berjaya mengumpul RM5000 yang gua perlukan untuk menjadi rakan kongsi bagi membuka kantin sekolah. Peluang menjadi rakan kongsi ditawarkan oleh seorang kenalan kampung yang turut belajar di UTM. (That's right uni kids. Don't befriends people from your own faculty only. Spread your horizon).

Pada bulan puasa 2013, dengan modal sebanyak RM800 gua membuka sebuah gerai di bazar Ramadan di Sungai Besar. Di sebelah kiri tapak gua merupakan tokan catering yang menyewa lapan tapak sekaligus. Di sebelah kanan tapak gua merupakan seasoned pasangan suami isteri yang dah berniaga air dan burger di bazar sejak 1990. Mereka menyewa dua tapak. Gua? Gua sewa sebijik tapak dan menjual samosa dan karipap. What the fuck was I doing?

Jika bazar Ramadan Sungai Besar merupakan arena WWE, gua adalah penggusti baru dari Mexico yang tarafnya lebih rendah dari Nacho Libre. Di sini, gua bersaing dengan The Rock, Stone Cold dan lebih menakutkan Big Show di sebelah kiri gua.

But still, I gave 4 decent unemployed people a job.

2. Jadi coach bola sepak.

Pada Februari 2013, semasa gua sedang memerhatikan latihan bola sepak sebuah sekolah menengah di padang sekolah mereka di Sabak Bernam, gua sedar gua tak boleh berhenti membebel pasal positiong sense defender mereka, space antara barisan midfielder dan defender mereka dan mengapa penyerang utama mereka perlu bermain sebagai playmaker.

With nothing to lose, gua mendekati cikgu mereka dan meminta izin jika gua boleh membantunya mengendalikan latihan bola sepak. Gua tipu dia gua ada pengalaman. Haha.

Kerja gua belum selesai dan akan gua sambung pada 2014. Mungkin gua perlu menangkap lebih banyak gambar tentang ini juga.

3. Membaca lebih banyak buku dan mula menulis buku.

Sehingga hari ini, gua sudah membaca 7 buku. Ianya masih kurang but hey, it's big leap daripada membaca Mastika dan Ujang sahaja. Buku terbaik yang saya baca tahun ini adalah ini:


Sehingga hari ini juga, gua sudah menulis 2 buku (or rather e-books) tentang perniagaan. Buku 1     Buku 2

4. Membakar jambatan 

Burn your bridges - Perbuatan membakar jambatan ini adalah kerja gila. Apabila tentera Sepanyol sampai di pantai teluk Mexico untuk menawan empayar Aztec, general mereka membakar kesemua kapal-kapal perang mereka. General mereka gila tetapi tindakan inilah yang membuatkan tentera Sepanyol tiada pilihan lain selain mengalahkan orang Aztec kerana mereka tiada jalan pulang!

Pada September 2013, gua menghantar surat resign kepada bos gua untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada kantin dan bola sepak. Sepatutnya gua kena bakar degree sekali tetapi memandangkan tangan bapak gua masih kuat lagi untuk melempang, gua tangguh dahulu. 

5. Belajar skill baru - gitar!

Jika sebelum ini gua main bass, sekarang gua boleh main gitar dan bass! Apa yang bermula sebagai langkah awal untuk mencegah penyakit Alzheimer bertukar menjadi minat. Dan gua mula membuat persiapan dengan mempelajari lagu-lagu penunduk wanita seperti More Than Words meskipun sampai sekarang gua tak boleh menyanyi sambil bermain. Plus, my voice croaks!

Photo

Monday, December 30, 2013

pada 11:49 AM


Labels:
,
,
,
,
,

Ya, Malaysia Negara Rasis
Dipos oleh avid

Saya telah lama tidak menulis kerana merasakan sudah tiba masanya saya berhenti menulis artikel picisan ala majalah remaja seperti - 5 perkara yang anda perlu tahu tentang Johnny Rotten - dan mula menulis tentang hal-hal yang signifikan, sesuai dengan perkembangan karakter dan kematangan saya yang sudah menginjak umur 24 tahun.

Dan hari ini adalah hari saya rasa saya perlu menulis kembali. Bukan untuk sesiapa. Tetapi untuk mengembalikan kewarasan saya apabila hidup di dalam sebuah negara yang penuh dengan rasis, hipokrit dan dikelilingi dengan pelbagai benda bangang. Seperti akhbar Utusan Malaysia.

Ketepikan fahaman politik kerana umum mengetahui golongan muda yang banyak membaca memang pro-pembangkang. Dan saya akan menghadiri majlis kesyukuran kemenangan ADUN kawasan saya - seorang ustaz yang pernah mengajar saya tahsinul qiraat semasa saya berumur 10 tahun - pada Ahad ini.

Apa maksud penulis dengan 'semua orang sudah tahu warna kulit sebenar orang Cina Malaysia'? Mengapa tidak menulis 'semua orang sudah tahu kesepetan mata orang Cina Malaysia'?


Perhatikan perenggan ketiga artikel di atas. Jika Lee Kuan Yew tegas dan enggan melayan permintaan bangsa Cina Singapura sendiri, masakan parti PAP pimpinannya boleh menang pilihan raya demi pilihan raya sehingga sekarang sedangkan bangsa Cina Singapura merupakan bangsa majoriti di Singapura?

Sikap mereka yang 'tidak cukup-cukup'? Ini adalah ayat alternatif untuk perkataan 'tamak'. I smell a racist here.


Di dalam artikel ini, sudah terang lagikan bersuluh yang penulisnya mengimpikan dewan Parlimen dan Negara yang penuh dengan orang Melayu. Adalah menjadi impian penulisnya untuk melihat bangsa Cina duduk diam-diam dan sujud di kaki orang Melayu kerana membenarkan mereka duduk di Malaysia - itupun kerana pemimpin Malaysia yang terdahulu agak apologetik, katanya.

Saya pernah menyatakan di blog ini pada beberapa tahun lepas - I am Malaysian first, a Malay second - kontra dengan pendirian Timbalan Perdana Menteri Malaysia - Melayu pertama, Malaysia kedua. Saya mengimpikan perkataan 'bangsa' dihapuskan dari kamus dan ketika mengisi borang, saya tidak perlu menandakan di kotak manakah merupakan bangsa saya.

Persatuan PERKASA mungkin akan menuduh saya lupa asal-usul, kacang lupakan kulit dan sebagainya tetapi saya percaya konsep kenegaraan patut diutamakan berbanding konsep ketuanan bangsa. 

Saya percaya anak Cina, India, Sikh mahupun Serani yang lahir di Malaysia patut diberikan peluang sama untuk menjadi tekong pasukan sepak takraw negara, guru silat, guru kelas menganyam ketupat, merebut tender projek kerajaan dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ironinya, tak semua orang Melayu di Malaysia adalah 'Melayu'. Mengikut difinisi yang sebenar, orang Melayu adalah dari kepulauan Sumatera. Manakala yang berasal dari kepulauan Jawa adalah orang Jawa. Meskipun serumpun, mereka adalah dua bangsa yang berbeza - seperti yang dibuktikan dengan kewujudan kerajaan Srivijaya dan Majapahit.

Tetapi mengikut definisi perlembagaan, sesiapa beragama Islam yang mengamalkan adat-adat Melayu merupakan orang Melayu. Adakah ini bermakna ahli-ahli KIMMA sudah diiktiraf statusnya sebagai Melayu? Adakah ini bermakna Ridhuan Tee Abdullah seorang Melayu? Adakah ini bermakna Farid Ravi seorang Melayu?

Daripada menyusahkan fikiran dan membuang tenaga dan masa menentukan siapa Melayu dan siapa bukan, alangkah baiknya jika semua usaha ini ditumpukan untuk membina identiti seorang rakyat Malaysia? Ataupun sekurang-kurangnya mencari tempurung gergasi dan letakkannya di atas pejabat bangunan Utusan Malaysia?
 

Photo

Saturday, May 11, 2013

pada 12:59 PM




Secara jujurnya, gua tak terkesan dengan sambutan kemerdekaan negara baru-baru ni. Bagi gua, sambutan kemerdekaan negara kita lebih berkisarkan kepada jasa-jasa kerajaan terhadap rakyat berbanding mengenang jasa-jasa patriot negara sedangkan apa yang kerajaan buat tu dah memang tanggungjawab mereka untuk buat. Macam tanggungjawab makcik-makcik cleaner untuk mop lantai. Perlu ke dia canang-canang satu office supaya hargai mereka?

Perarakan kemerdekaan pula tak habis-habis dengan persembahan kebudayaan dan perarakan dari kakitangan kerajaan. Kalau nak dibandingkan dengan perarakan kemerdekaan India yang menyajikan penonton dengan kekuatan ketenteraan negara di hadapan rakyat (sehingga menimbulkan rasa kagum), perarakan kemerdekaan negara kita umpama upacara perasmian pasar raya.

Semasa belajar subjek Sejarah (yang juga merupakan subjek kegemaran gua) di sekolah, Tunku Abdul Rahman dijulang sebagai tokoh kemerdekaan negara atas usaha delegasi yang diketuainya untuk berunding kemerdekaan dengan British. 

Tetapi, pada masa yang sama terdapat seorang lagi nasionalis Tanah Melayu yang tidak mendapat layanan serupa, malah disisih oleh bangsanya sendiri. Sudahlah beliau yang memulakan gerakan menentang Malayan Union (yang disokong Sultan Johor ketika itu), malah ideanya untuk Tanah Melayu yang merdeka jauh lebih 1Malaysia berbanding apa yang dibuat oleh Parti Perikatan pada ketika itu. Dato' Onn Jaafar kekal sebagai hero kemerdekaan yang perdana bagi pendapat gua.

Bagi gua, warganegara merdeka adalah warganegara yang tiada perasaan prejudis terhadap sesama rakyat Malaysia yang berbangsa lain dengan mereka. Mereka takkan fikir bila orang Cina jadi Perdana Menteri, orang Melayu akan ditindas. Mereka takkan fikir bangsa mereka lebih superior berbanding bangsa lain. Mereka takkan merepek kata sistem pendidikan negara kita adalah yang terbaik di Asia kalau bukan di dunia apabila kita masih mengamalkan 'segregation' dalam sistem pendidikan yang tak ubah macam US pada era 1930-an. 



Merdeka my ass



Warganegara merdeka adalah warganegara yang menghargai hasil kerja warga tempatan yang berkualiti seperti Momo Latif, Asiah, Kamariah Nor dan artis-artis tempatan kontemporari seperti OJ Law, Darren Ashley, Couple dan macam-macam lagi. Mereka adalah warganegara yang mempunyai prinsip dan falsafah hidup, meskipun prinsip dan falsafah mereka tidak popular dengan zeitgeist masyarakat ketika itu.

Photo

Wednesday, September 5, 2012

pada 9:33 PM


Los Horribles
Dipos oleh avid

Yeap. It has been months since the last time I was updating this. Fasting month and Raya passed by so fast I hardly remember what was going on with my life except working like a dog and cursing KTM everyday. However, quite contrast to my previous job I kinda love this new job. There's definitely more girls, perks and laughs in workplace. And when I say girls, they're the type of girls you would accidentally muttered "Daaaaammnnn girl....!" when she's passing in front of you while you're enjoying your morning coffee with Indonesian makcik-makcik cleaner. 

Last Raya was decent for me. I cried after learning that my nanny had passed away just before Ramadan. We stayed in touch when I visited her house during last Raya. She hugged me like I was one of her own sons. I kept hearing from her how I was a giant pain in the ass to her back then. But she bared the pain and raised me fine. And for that, I'll always thank her. May Allah blesses her soul.

And now kids, that's how you write an article with two contrasting feels.


Photo

Monday, September 3, 2012

pada 9:21 PM


Kunta Kinte in KL
Dipos oleh avid

Somebody shared my last article (Frickin' Interview) in Twitter and as a result, it is now one of my most viewed post on this blog. Thank you for that, stranger. I hope everyone enjoyed it as much I enjoyed the outcome of that interview.

Oh yes, that 'big' interview. It was on 13th. The interview was surprisingly fun. There's two people interviewing me. One of them are wearing something a teenager would wear in shopping complex. And there I was, dressing all fancy like a stupid-ass clown.

They asked me just two questions. Shit, guess I was over-prepared. And then, it was over. Last Wednesday, they called me to report for my first day on this coming Monday. My grape-farming (peng-anggur) career stint lasts for at least two weeks.

Goodbye JB. I had fun rockin' with Plague of Happiness in City Plaza. It was still the best gig I've ever been to. I had my first love there too. Hell, my first break-up too. Now I'm gonna be embracing KL. It's gonna be tough I know but I'm looking forward to it. 

Photo

Saturday, July 21, 2012

pada 4:12 PM


Frickin' Interview
Dipos oleh avid

I got a big interview tomorrow. To get this interview, I endured two series of phone interviews. Goddamn. How many interviews a brother have to do before he can get the damn job? Ah yes. I resigned my job as an R&D Engineer two weeks ago. It's a good job but I don't wanna be cooped up in a lab all day long. I need a fresh challenge.

And what better time to be unemployed than now. Merely one week away from fasting month and then come the Hari Raya. God, I hate Hari Raya. Every year, I have to face a gauntlet of judging eyes from my aunts, asking me how much my salary is, why the hell I'm driving a shitbox instead of some BMW or Toyota, why I don't have fucking IPhone..It's sad that we're living in a society that judge people by his/her possessions.

I try not to think much about the interview. It's just gonna made me worse. I read in Reader's Digest that I found in a garbage bin couple years ago, try to set our mindset as a 'value-adder', not as a 'job-seeker' whenever approaching an interview. Basically, I have to make a distinction out of the other job candidates. Maybe I'll be wearing my pink shirt tomorrow. Then, the interviewers will be all like - "Oh...that pink shirt guy! He's gorgeous innit?"

God, I haven't been this nervous since the countdown of 100m dash final of Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff in 2000 - which I finished second last.

Photo

Thursday, July 12, 2012

pada 4:35 PM


Labels:
,
,

Empati Tanpa Agama
Dipos oleh avid

Empathy...

 1. Orang kata, empati adalah sesuatu yang memisahkan kita dengan psychopaths. Empati menghalang kita dari membunuh bekas teman wanita/lelaki dengan kapak meskipun mereka tipu kata mereka pergi usrah pada malam sabtu. Empati menghalang kita untuk bertekak dengan orang tua meskipun mereka terang-terang paksa kita beli nombor ekor.

2. Semasa gua kecil, apabila membaca surat khabar gua selalu tertanya kenapa ada orang bunuh anak sendiri, mak sendiri dan menjaringkan gol sendiri. Apakah mereka lupa itu anak mereka, mak mereka dan pintu gol pasukan mereka sendiri. Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan nilai-nilai keagamaan, gua membuat kesimpulan yang mereka ni tak sembahyang lalu membuat perkara seumpama tersebut.

3. Semasa tingkatan 2, gua terlibat dalam satu pertelingkahan mulut dengan seorang rakan kelas atas isu nama bapak. Adalah menakjubkan bila kita ingat balik pasal apa kita bergaduh masa sekolah dulu, bukan? Selepas berperang mulut, malam itu selepas kelas prep gua balas dendam dengan buang bekas penselnya jauh ke dalam hutan di belakang kelas. Dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan nilai-nilai murni, gua tak lena tidur malam sehinggalah budak tu membeli bekas pensel baru.

4. Sejak kejadian tersebut, gua mempersoalkan nilai empati diri gua. Apakah gua akan masuk neraka selepas ni? Apakah gua dah jadi jahat? Apakah selepas ni gua akan buang badan orang yang gua tak suka ke dalam hutan?

5. Apabila menonton siri The Office, gua selalu dapat satu perasaan yang pelik setiap kali Michael Scott mula buat benda bangang yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Ianya satu perasaan pelik kerana setiap kali Michael buat benda bangang, gua akan menjauhkan muka gua dari skrin komputer dan mengeluarkan bunyi seperti orang tengah berjuang membuang air besar.

6. Perkara sama berlaku apabila gua menonton American Pie ketika adegan Jim Lavenstein dengan pai epal dan adegan Stifler dengan nenek gersang.

7. Gua sedar dengan tabiat gua ni dan mendapat jawapan dari komen Youtube, menjelaskan apa sebenarnya berlaku bila gua menonton Michael Scott dalam The Office. Ianya dipanggil empati. Gua tak mahu Michael Scott buat benda bangang tapi tak mampu berbuat apa-apa. Gua tahu komen Youtube bukanlah sumber tepat dan berkredibiliti untuk menjelaskan situasi ini, tapi gua boleh nampak logiknya di situ.

8. Apabila empati dalam diri gua dicarik-carik ketika menonton The Office, gua rasa sangat tak selesa. Sampaikan ada satu masa, gua tak boleh tangani Michael Scott dan terpaksa tutup media player serta-merta.

9. Bagi gua, empati adalah penanda aras tahap moral seseorang. Tak kisahlah seseorang itu beragama Islam atau menganut kepercayaan aninisme yang menyembah plastik Maggi atau apa-apa sahaja, selagi dia ada empathy dia akan berada di bawah kawalan moral dalamannya.

10. Bagi gua, Tina Fey yang pernah mengaku pegangan agamanya hanyalah melakukan apa yang Oprah suruh merupakan seorang manusia yang baik berbanding dengan mereka yang mengaku beragama tapi membunuh orang awam atas nama agama.

Oh yeah, fuck Spain.

Photo

Monday, July 2, 2012

pada 7:49 PM


Labels:
,
,

Madu Tualang Encik Bahop
Dipos oleh avid

Hujung minggu baru ni, gua terserempak dengan Bahop, kawan satu sekolah yang gua dah tak jumpa sejak 2005. Habis SPM, langsung tak pernah jumpa. Chat dalam facebook tu tak kira. Dan budak laki sentiasa ada cara untuk mengembalikan kemesraan semasa berkawan di sekolah dulu. Kutukan.

Gua tak pasti sama ada budak perempuan akan cakap 'peh, gila buncit kau sekarang' kepada rakan lama mereka, tapi itulah benda pertama yang gua cakap bila gua terserempak dengan Bahop.

Sehari sebelum berjumpa, Bahop ada mintak gua klik 'like' kat page produk syarikat perniagaannya yang menjual madu Yaman. Tapi gua enggan kerana gua belum cuba macam mana madunya rasa. Kemudian, apabila keesokan harinya kami dapat bersua muka dan gua dapat ambil free sample madu jualannya, gua terasa seolah-olah Tuhan mahu gua sokong perniagaan Bahop. Haha.

Dan demi Allah, madu budak Bahop ni jual memang sedap. Jenis sedap yang buat kau rasa bangga kau berkawan dengan penjualnya. Jenis sedap yang buat kau tak keberatan untuk tolong promote barangnya. Jenis sedap yang buat kau rasa tak segan nak tulis kat blog, cakap barang dia memang sedap. That kind of 'sedap'.

Dan daripada dia , gua dapat tahu pendapat kononnya madu asli takkan kena hurung semut adalah mitos semata-mata. Dan kerja mematahkan mitos ni kerja berat sebenarnya memandangkan tak ramai orang kita minat tengok Mythbusters dan membaca benda-benda am. Jadi, gua harap keyword daripada entri ini akan sampai kepada mereka yang google 'madu asli tak dihurung semut' pada masa-masa akan datang.

Kalau ikut slang gang African-American di Baltimore, his shit is the dope yo


Photo

Monday, June 25, 2012

pada 12:54 PM


3-4 Tahun Lepas
Dipos oleh avid

Sekarang ni gua dapat rasakan blogging adalah satu trend yang semakin menghampiri kepupusan. Kalau berbalik kepada 3-4 tahun yang lepas, boleh kata semua orang ada blog. Macam-macam blog ada. Blog yang cerita malam tadi dia makan nasi goreng pun ada. Blog yang khas untuk mendedahkan pengklepetan MLM pun ada.

3-4 tahun yang lepas, terlalu banyak blog yang update hari-hari. Malah, yang update setiap dua jam bagitahu followers dia makan nasi goreng apa pun ada. Siap tangkap gambar lagi. Disebabkan atmosfera Blogger yang begitu pesat, ditambah pula dengan kekerapan meng-update, tak hairanlah setiap minggu mereka cash-in cek dari Nuffnang.

Kembali kepada tahun ni, kebanyakkan blog sebegini dah tak aktif lagi. Kebanyakkan mereka sudah memasuki alam pekerjaan. Letih kerja seharian, balik kerja tiada mood dan terlalu letih menulis di blog. Tiada lagi post-post nasi goreng dari mereka. 

Dan kebanyakkan blog yang masih aktif ketika ini adalah blog yang updatenya seminggu sekali. Paling rajin pun tiga hari sekali. Post satu bulan pun tak cecah 20 entri. Kalau ada pun, kebanyakkannya post yang pseudo-emosional macam Wordless Wednesday. Macam french movie pula.

Takde lagi entri mindfuck dari FOA. Takde lagi entri provokatif dari Teh Tarik Gelas Besar.Takde lagi entri cerita zaman silam Hilang Punca. Takde lagi entri geeky dari FiveoRama. Takde lagi entri mindblowing dari Reverie Malaya. Baru-baru ni pulak, Lanzo dari K.E.L.A.M.B.U pula menyuarakan kebimbangan jikalau buah fikirannya sudah tidak relevan lagi.

Gua pernah cakap gua akan blogging sampai gua tua. Itupun kalau Google masih tengok Blogger sebagai platform social media yang masih relevan. Gua paham mana-mana trend pun akan hilang kepopularannya. Itu sebab kita tak pakai seluar bell-bottom, hisap ganja dan simpan rambut panjang lagi. Tapi sejak bila pulak menulis ni satu trend? Dulu kemain beria korang update hari-hari?


Photo

Saturday, June 16, 2012

pada 3:01 PM


Melihat perlawanan pembukaan Euro 2012 antara Poland dan Greece, gua jangka Poland menang. Sure, Greece memang ada 2-3 gritty centre back yang degil, macam Sokratis Papasthatopoulos yang gua selalu beli dalam FM dan Kyriakos Papadopoulos yang mengingatkan gua kepada Ryan Shawcross, tapi Poland boleh tumpu untuk menyerang sebab mereka boleh expect persembahan yang bagus dari Wojciech Szesczny. Lagipun, apa guna Jakub Blaszczkowski dan Lukas Piszczek kalau Poland main bertahan. Dua pemain Dortmund ni merupakan dua pemain dominan di sayap kanan Dortmund.

But.....I was wrong.

Szesczny main macam Massimo Taibi. Clueless in his own box. Takde komunikasi dengan centre back menyebabkan penalti dan kad merah. Takde konsentrasi menyebabkan dia beria dive untuk claim low cross sedangkan centre back dia tengah closing down the incoming Greece player.

Kemudian melihat perlawanan Russia dan Republik Czech, ada dua pemain Arsenal terlibat. Andrey Arshavin dan Tomas Rosicky. Dalam perlawanan ni, Arshavin dan Rosicky bermain di posisi yang sama ketika bermain di Arsenal. Ketika di Arsenal, Arshavin nampak macam clueless terutama sekali bila Arsenal lawan pasukan yang parking bas depan pintu gol. Jadi, apabila Rep. Czech bermain dengan mentaliti yang positif, adalah normal melihat Arshavin buat 2 assists. Manakala, Rosicky nampak tak selesa dihambat Igor Denisov senantiasa.

Kemudian, perlawanan antara Holland dan Denmark menjadi tumpuan. Apa yang menjadi tumpuan sebelum perlawanan adalah samada Robin van Persie atau Klaas Jan Huntelaar yang menjadi lone striker. Bukan selalu bagi satu team untuk dapat dua top scorer di dua liga utama di Eropah. Gua menjangkakan Holland untuk menang tipis. Meskipun orang bantai cakap Holland main total football, Holland banyak pemain ofensif bagus, Holland score 37 gol dalam pusingan kelayakan, umum kena tahu Bert van Marwijk seorang manager yang cautious.

Di bawah kendalian van Marwijk, Holland tak main total football langsung. 37 gol dalam pusingan kelayakan itu pun hasil 11 gol ketika lawan San Marino, dimana striker utamanya bekerja sebagai tukang cat di pagi hari. Jadi gua tak tahu kenapa pundit TV3 meraban kata Holland akan menang 3-0.

Dan pada perlawanan tersebut, van Persie memberi satu persembahan yang melegakan gua. Dengan persembahan sesampah malam semalam, takkan ada team yang akan hassle Arsenal untuk sign kontrak barunya. Mungkin Man City akan mengalih perhatian kepada Edinson Cavani atau Falcao. Hahaha. Gua biasa nampak van Persie miskick bila guna kaki kanannya. Tapi bila Sneijder set bola betul-betul untuk kaki kiri van Persie rembat dan dia miskick jugak, gua rasa geli hati.

Kaki pengkor, kata orang Perak

Dan bagi Bendtner, misteri apa jenis striker kah beliau masih belum terjawab. Nak kata target man, memang tak. Nak kata deep forward, linking play langsung berterabur. Nak kata hybrid striker macam Edinson Cavani dan Zlatan Ibrahimovic, lagi lah tak.

Photo

Sunday, June 10, 2012

pada 11:30 AM


Budak Sebelah Meja
Dipos oleh avid

Baru-baru ni, gua dapat tahu adik gua kehilangan kawannya yang pulang menghadap Ilahi. Lemas mandi parit belakang rumah, kata mak gua. Takziah gua ucapkan kepada keluarga mangsa. Siapa sangka, dah bertahun-tahun berkubang di parit belakang rumah, lagi 2-3 bulan nak PMR pulak dia lemas.

Mak gua cakap, allayarham ni kawan duduk sebelah meja dengan adik gua. Kawan duduk sebelah meja di kelas, dah tentulah rapat. Bila cikgu tak masuk, dengan budak sebelah meja la kita bersembang tak kira cun mana makwe duduk depan kita. Bila tidur di kelas, budak sebelah meja la yang tolong cover line. Bila makan roti, kat meja budak sebelah la kita sumbat plastiknya.

Kalau gua berada di tempat adik gua, gua tak tahu apa reaksi gua bila Adib Nasir (Form 1-3) atau Firdaus Sobri (Form 4-5) meninggal ketika kami masih belajar. Adib Nasir, meskipun dia poyo dengan markah Matematik nya yang lebih tinggi dari gua sepanjang masa, merupakan seorang budak yang selalu tolong gua dalam English. Firdaus Sobri pulak merupakan budak sebelah meja yang boleh kata tolong gua dalam semua subjek dan bertanggungjawab memastikan gua tak jadi Kunta Kinte dalam kelas gua.

Bila gua telepon adik gua, dia nampak tak terganggu. Belajar macam biasa. Makan banyak macam biasa. Tapi gua risau apa jadi bila sekolah bukak balik habis cuti nanti. Apa perasaan dia bila meja sebelah dia kosong atau bila ada asshole pindah meja dan duduk sebelah dia.

Setakat ni, gua bernasib baik kawan-kawan baik gua semua hidup-hidup belaka. Ada seorang kawan sekolah gua dah meninggal semasa latihan penerbangannya, tapi gua taklah rapat dengan allayarham. Semasa pemergian Wak Lem, pak cik faveret gua semasa raya 2 tahun lepas, gua menanganinya dengan menulis entri tribute di blog. Shit, nerd gila gua rasa tulis blog bila orang mati. Not that I didn't know I was already and I still am.

Kepada semua budak sebelah meja, terima kasih kerana bagi copy homework meskipun jawapan korang taklah betul sangat. Terima kasih kerana tidak memadam dengan hujung pemadam yang tidak diusik. Terima kasih kerana sedekah kertas kajang 2-3 helai sehari. Terima kasih kerana bagi pinjam liquid paper meskipun gua sendiri ada liquid paper yang yang lupa letak mana.

Photo

Thursday, June 7, 2012

pada 1:00 PM


Labels:
,
,
,

Abang Kena Mengalah
Dipos oleh avid

Jadi anak sulung, mak gua berjuta kali mengingatkan gua yang tua kena selalu mengalah. Kalau adik gua nak tengok kartun bodoh Hagemaru, gua kena mengalah. Kalau adik gua nak Ice Pong yang gua beli lepas save lima kupang yang gua save dari belanja sekolah petang, gua kena mengalah. Kalau adik gua nak ayam last kat mangkuk sup ayam, gua kena mengalah. Mula-mula gua mengamuk kena mengalah. Natijahnya, mak gua menyinga depan muka gua. Sumpah, dengar mak gua menyinga depan muka adalah perkara kedua yang gua tak ndak selepas dapat nombor belas-belas dalam peperiksaan. Pernah sekali gua dapat nombor 9 semasa darjah lima, gua tak dapat keluar main petang dekat sebulan.

Lama-kelamaan, gua dah terbiasa mengalah. Personaliti gua dah serupa Yahudi Amerika. Sentiasa mengelak konflik. Itu pasal tak banyak orang Yahudi merompak bank kot, tapi banyak yang merompak orang dengan menjadi akauntan. Gua menjadi lebih diplomatik. Dua kali gua dapat offer join debate team di sekolah menengah dan universiti, gua tolak mentah-mentah sebab gua diplomatik orangnya. Semasa tingkatan 2, seorang member kelas gua buat gua hangin. Daripada bertumbuk muka depan muka, gua buang bekas pensilnya ke dalam hutan belakang kelas.


Baru-baru ni semasa memandu di pesisir bandar Johor Bahru, seorang mamat yang tak reti parking parallel mencium bontot kereta gua. Ketika kejadian berlaku, gua betul-betul berada di hadapan kereta dan menyaksikan kejadian tu berlaku. Sekarang kalau brader lain berada di tempat gua, dia akan ambik nombor plat kereta mamat tersebut dan cuba menyelesaikan isu dengan meminta wang ganti rugi hasil body kereta yang calar dan catnya yang terkopek. Memandangkan gua brader yag diplomatik, gua buat-buat macam bukan kereta gua yang kena langgar. "Saya punya kereta parking hujung sana, macha.." ujar gua lalu berlalu pergi sambil berpura-pura ada orang call gua.

Kerja mengecat balik kereta gua memakan RM150. Calar sikit tapi kos tersebut patutnya bukan dari poket gua. Entah kenapa dalam kepala hotak gua semasa tu bermati-matian cuba mengelak konfrontasi ketika kejadian berlaku, gua masih berspekulasi. Mungkin ada kaitan dengan muka mak gua menyinga ketika kecil dahulu. Mungkin ada kaitan dengan fakta yang mamat tersebut tak mendesak untuk bayar ganti rugi. Shit, kalau dia insist nak bayar, dia mesti good Samaritan yang terakhir tinggal di JB. Atau mungkin ada kaitan gua sebenarnya penakut mengalahkan budak Pandu Puteri yang takut nak keluar khemah kencing tengah malam.

Shit, bila gua pikir kalau gua buat pekak badak masa mak gua menyinga 12 tahun dahulu, mungkin gua boleh jadi pembahas terbaik. Mungkin gua kerja lawyer untuk defendan kes Sosilawati kena bunuh raya tahun lepas. Mungkin gua dah ada 5 ex-girlfriends sekarang dan sedang dating the soon-to-be sixth daripada main teka-teka dengan rakan sekerja samada budak HR di pejabat single atau tidak.

Photo

Tuesday, June 5, 2012

pada 7:30 PM


Labels:
,
,
,
,
,

Popular Posts