Cuti di rumah semalam gua manfaatkan untuk tertonggok depan TV demi tiga perlawanan sukan yang paling genting dalam hidup gua. Terima kasih kepada nasib gua yang suey, gua dikecewakan TIGA KALI oleh pasukan takraw lelaki Malaysia, pasukan bolasepak lelaki Arsenal dan beregu lelaki badminton Malaysia. Cilakak betul.
Jadi, untuk mengubat luka hati, gua nak tulis entri yang takde kaitan pun dengan tiga kekecewaan semalam.
*****
Di Malaysia, sukan sepak takraw masih dianggap sukan taboo di kalangan wanita di Malaysia. Alasannya sukan ni tak feminin, tak ayu, tak jelita dan gambar perempuan main takraw tak tinggi darjah ke-whore-an nya untuk dijadikan gambar profil Facebook.
Di sisi, gua cadangkan 5 cara-cara untuk mengajak wanita-wanita bermain takraw sekaligus membolehkan kita menghantar wakil dalam acara sepak takraw wanita di Sukan Asia dan Sukan Sea kelak.
#1 Masukkan sepak takraw sebagai salah satu sub-topik dalam subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK)
Masa gua sekolah dulu, budak-budak perempuan selalu dipaksa kemas stor sukan pada waktu PJK. Budak laki sedap main bola. Bila balik kelas, badan budak laki je berpeluh. Budak perempuan siap ada bedak bertepek lagi kat pipi.
Daripada kemas stor sukan, apa kata cikgu PJK ajar budak perempuan asas-asas dalam permainan takraw seperti menimang bola. Lepas ajar asas-asas sepak takraw, suruh budak-budak tu buat folio pasal sukan sepak takraw. Folio siapa yang kurang daripada 100 mukasurat, akan diberikan status 'gagal' dalam PJK dan diminta mengulang darjah.
#2 Angkat Hero Sukan Sepak Takraw Wanita
Setiap kanak-kanak yang menceburi bidang sukan perlukan hero untuk terus bermotivasi dalam sukan yang diceburinya. Seperti bola sepak wanita yang perlukan Mia Hamm, tenis wanita yang perlukan Martina Hingis dan sukan terjun wanita yang perlukan Wayne Rooney.
Surat khabar yang tak ada idea untuk melariskan jualan akhbar selain daripada mengaitkan Islam dengan seks dan babi (ya, Harian Metro) boleh lah menerbitkan artikel yang mengangkat atlet-atlet perintis sepak takraw wanita negara dan juga atlet sepak takraw dari Thailand, China dan Korea Selatan.
Lagi elok kalau dimulakan dengan atlet sepak takraw wanita kegemaran gua. Pemain apit kanan pasukan kebangsaan Thailand, Tidawan Daosakul yang cute dan sopan santun ini.
Kredit: bangkokpost.com |
Kredit: Yahoo! |
Kredit: daylife.com |
#3 Momokkan wanita Malaysia dengan iklan propaganda
There is nothing as powerful as repetitive and exciting ads in TV. Kalau dilihat di TV sekarang, banyak iklan yang menggunakan idea yang klise dan membosankan.
Cute la pulak iklan ni. Keh keh keh
Gua cadangkan kepada pembuat iklan tuala wanita supaya memaparkan keselesaan produk mereka ketika melakukan lipat gulung semasa bermain takraw. Baru lah awesome! Ini, balik-balik keselesaan ketika tidur, keselesaan ketika dating dengan boyfriend.....zzzzzzzzzzzzz. (Bayangkan Yuna atau Stacy lipat gulung! LOL)
Boleh juga diaplikasikan pada iklan deodoran, krim pencerah kulit dan mungkin juga pada iklan tudung.
#4 Pemain takraw didrafkan secara automatik ke universiti.
Golongan wanita sentiasa enthusiastic dengan masa depan mereka. Ini tak terkecuali dengan peluang masuk universiti mereka.
Kementerian Belia dan Sukan boleh lah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan supaya pemain takraw wanita yang berbakat mendapat slot automatik masuk ke universiti pilihan dengan syarat mendapat kelayakan akademik yang baik. Ya, macam universiti di Amerika buat untuk membentuk pasukan American Football mereka.
Dengan ini, pemain takraw wanita boleh bermain takraw dengan riang-rianya tanpa merisaukan ibu bapa; kot-kot anak mereka tak dapat masuk universiti sebab banyak main.
#5 Recycle and reuse
Dalam kes ni, gua cadangkan atlet gimnastik negara di-recycle dan dilatih supaya menjadi apit kanan berbisa. Ini kerana, seperti yang kita tau posisi apit kanan atau 'killer' merupakan posisi yang memerlukan kemahiran akrobatik di udara dan atlet gimnastik sememangnya terkenal dengan kemahiran tersebut.
Terbalikkan gambar ni 90 darjah dan letak bola takraw di kaki kanannya - kita dah dapat killer gulung wanita yang pertama. |
Lagipun, kebanyakan karier atlet gimnastik berakhir sekitar umur 20-an sedangkan umur sebegini masih dianggap 'bergetah' dalam sukan lain termasuklah sepak takraw.
Atlet 'veteran' gimnastik akan dilatih untuk membiasakan diri dengan kemahiran asas sepak takraw. Bila dah pandai menimang dan mengawal bola, mereka boleh jadi 'killer' yang berbisa. Mungkin boleh lipat gulung sehandal Tidawan Daosakul. OK, yang ni memang gua rasa merepek.
23 nyamuk:
November 21, 2010 at 7:47 PM
Permalink this comment
oh dem.. lu punya kepala.. cun cun
November 21, 2010 at 7:51 PM
Permalink this comment
Suka yang nombr tiga!!
November 21, 2010 at 8:38 PM
Permalink this comment
bayangkan adibah noor pulak buat lipat gulung.
pegh!
November 21, 2010 at 8:54 PM
Permalink this comment
@ hamzah ian
kepala gua tak cun
@ mimie
haha...agak dah...
@ sastraboy
tak signifikan dengan kandungan entri.
November 21, 2010 at 9:44 PM
Permalink this comment
hahah...spesis lelaki memang mengecewakan ke..
November 21, 2010 at 10:25 PM
Permalink this comment
Kes berat ni..
November 21, 2010 at 10:36 PM
Permalink this comment
@ koyuki
haha...team laki gua maleh nak komen..luka berbekas lagi beb!
@ fndrocka
belum gua bercerita pasal sosialisme ni...
November 22, 2010 at 1:41 AM
Permalink this comment
dari dulu aku tringin nak maen takraw ni..tp xde sape ajar..nak join budak laki rase cm cnggih sgt lak aku sorang pompuan kan..hahaha
November 22, 2010 at 1:53 AM
Permalink this comment
hahaha style woh iklan pad tunjuk keselesaan pakai pad sambil melipat kuda...
style style.
November 22, 2010 at 2:47 AM
Permalink this comment
wa vote lu sbg coach takraw wanita..amacam, brani bro?
November 22, 2010 at 8:54 AM
Permalink this comment
style giler idea lu!
tahniah.. tahniah..
November 22, 2010 at 8:55 AM
Permalink this comment
ehhh..
gua timbang bola takraw still boleh maaaa..
bab lipat melipat..
surrender..
November 22, 2010 at 9:33 AM
Permalink this comment
@ farahmoque
haha...nak buat camne..maybe your future daughter could finish what you've started...keh keh keh
@ erine
right? right? haha
@ a little less conversation
hahaha..gua jadi pengkritik sukan boleh ler kot...
@ rebelle me
belum cuba belum tahu. try ler lipat gulung kat katil dulu. keh3
November 22, 2010 at 10:06 AM
Permalink this comment
kau perlu huraikan dr aspek motivasi juga. mcm nk bykkan penyokong, mungkin pemakaian g string diperlukan.
November 22, 2010 at 11:17 AM
Permalink this comment
nantikan kemunculan aku mai sepak takraw....hehehe
November 22, 2010 at 12:43 PM
Permalink this comment
Gua lebih prefer komen di sini.
Hahaha! Banyaknya 'libas' orang perempuan. Tapi serious la, dulu gua pun hangin gak bila tengok budak2 pompuan tak pergi keluar masa PJK. Balik2 je kelas, ada la kang yang dapat surat cinta la, hilang barang2 la... nak tuduh, tak sampai hati.
Pasal iklan tu, rasanya tak motivate pun orang kita. Malaysian prefer gelak lagi ada.
November 22, 2010 at 1:02 PM
Permalink this comment
@ razman
aku rasa banyak jugak fan base takraw malaysia ni. pakai g-string karang masuk harian metro pulak.
@ wanie
aku tunggu..haha
@ paan
haha..who knows? but you saw where i'm going with this, right?
November 22, 2010 at 2:03 PM
Permalink this comment
gua punya kaki gemuk nak lipat2 ni~
gua pilih aktiviti mengayuh boleh?
November 22, 2010 at 5:54 PM
Permalink this comment
Aku rasa ada satu lagi sebab kenapa takraw ni susah nak menaik. satu team pakai 3 orang. payah laa lagu ni.
#4 . tolol sungguh. kalau lagu ni. aku pun nak main takraw dari belajar mengadap buku. haha. tapi logik juga.
November 22, 2010 at 7:04 PM
Permalink this comment
@ zara
takde hal..haha
@ kuwe
nak meniru amerika la katakan...hahaha
November 22, 2010 at 8:07 PM
Permalink this comment
cara gile idea untuk automatic university entrance. thumbs up lah! ade sekolah sukan je pon tak cukup kan?
November 22, 2010 at 8:28 PM
Permalink this comment
@ farah
sekolah sukan kena masuk asrama beb. haha..
November 23, 2010 at 2:43 PM
Permalink this comment
kahkahkah! bergeliga sungguh otak tuan hamba..gua setuju semuanya!!