• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Sebagai salah seorang bekas murid yang letak subjek Biologi antara subjek kegemarannya, gua secara semula jadinya memang sukakan haiwan. 

Masa cuti-cuti sekolah dulu, gua suka pergi ke zoo. Antara zoo yang gua pernah pergi termasuklah Zoo Melaka, Zoo Negara dan Zoo Taiping. Semua zoo ni gua pergi dengan rombongan sekolah. Cuma, kekurangan pergi dengan rombongan sekolah ni adalah bukan semua ahli rombongan nak belajar benda baru di zoo.

Misalnya, kalau melawat zoo, gua akan spend masa untuk baca satu-satu description dan facts pasal satu-satu haiwan kat situ. Gua terasa macam rugi kalau tinggalkan zoo knowing that ada description dan facts yang gua belum baca lagi. Masalahnya, ahli-ahli rombongan yang lain suka berjalan laju-laju. Depa tengok tenung haiwan tu, and then blah. Tak baca pun fakta-fakta menarik mengenai binatang tu. Yang depa tau:

"Eee....besarnya zakar kuda tu.."
"Wuiyoo...tinggi gila zirapah tu.."
"Eiww...geli lah aku tengok mentibang ni. Jom lah blah, kita tengok gajah pulak"
"Ala...sama je ular ni aku tengok dengan ular kat sebelah dia. Boringlah. Jom tengok koala pulak? Koala cute!"

Serius. Annoying gila. Time gua nak baca facts la depa nak blah.

Pernah sekali, masa gua pergi ke zoo negara. Ada satu kandang babi hutan. Ustazah yang jadi guru pengiring rombongan sekolah gua tarik semua budak termasuk gua, jauh-jauh dari kandang babi tu. Bila gua cakap gua nak tengok babi hutan tu, ustazah gua cakap:

"Ish..! Tak elok lah. Tak sopan betul kamu ni!"

Wait a minute. Gua bayar tiket zoo ni. Kenapa gua tak boleh tengok lak babi tu? Bukannya gua nak pegang belai-belai babi tu pun. Lagipun, bukannya selalu gua dapat tengok babi hutan. Habis nasib baik pun, jumpa la anak babi hutan kat kebun pisang bapak gua. Kenapa babi mesti didiskrimanasikan? Apa salah babi? Apa salah gua nak belajar pasal babi? Kenapa babi ni tak elok? Kenapa?? Gua nak babi!!

Hahaha. That was my rant that I successfully concealed for the past 12 years.

And of course, gua ada jugak binatang yang gua benci. Bagi gua, semua hermaphrodites adalah disgusting dan creepy. FYI, hermaphrodites adalah binatang yang ada dua organ seks jantan dan betina. Maknanya, dia tak perlu berzina untuk buat anak. Dia hanya perlu bermasturbasi and voila! Dapat anak! Maybe it's just me but i find that is creepy and insanely gross!! Cacing tanah dan lintah adalah contoh makhluk yang sangat-sangat creepy ini.

Another one has to be ulat bulu. The reason gua tak bunuh makhluk ni bila gua jumpa kat kebun mangga bapak gua adalah the fact that they're gonna turn into a beautiful, sexy creature that is butterfly. Tapi, lintah tetap akan jadi lintah. Itu sebab gua gembira dapat bunuh generasi demi generasi mereka dalam final year project gua. Huargh huargh huargh huargh.....!!!

And guys, don't tell me you all love leeches. I have another 3 kg of 'em to be killed, dried and grinded mercilessly this coming December. Don't play that guilt trip on me.

Photo

Saturday, November 13, 2010

pada 8:00 AM


11 nyamuk:

November 13, 2010 at 9:27 AM
Permalink this comment

said...

tapi gua suka, lintahhh.....

haha.

November 13, 2010 at 10:54 AM
Permalink this comment

said...

bak lintah skit. gua ade plan jahat

November 13, 2010 at 1:14 PM
Permalink this comment

said...

urghhhh..i hate leeches!!!!!

November 13, 2010 at 7:01 PM
Permalink this comment

said...

Euuwwww!!
I hate leeches!
Hahahaa!!

November 13, 2010 at 7:10 PM
Permalink this comment

said...

lintah je kot..

*lariii~

November 13, 2010 at 10:32 PM
Permalink this comment

said...

kesian la lintah2 tu nanti.. sapa nk jaga anak2 dorang?

haha. :D

November 13, 2010 at 10:40 PM
Permalink this comment

said...

lintah memang creepy. aku sokong kau bunuh dia.. hahaha

November 13, 2010 at 11:07 PM
Permalink this comment

said...

I hate leeches.
Good to know u're grinding them all! Muahahaha.. =p

said...

oit..bunuh lintah x ajak..bg la ak 1 kg..ak nk bom lintah2 tu sume..haha

November 14, 2010 at 6:45 PM
Permalink this comment

said...

lintah baek untuk perubatan..
muahahahha..


tapi aku tetap tak suka semenjak di nodai oleh lintah masa aku mandi kat sungai kampung aku...

November 14, 2010 at 8:27 PM
Permalink this comment

said...

"Gua pun nak tengok babi jugak, babi!!!!" mungkin itu ayat yang boleh kita lemparkan kepada pendiskriminasi babi sedunia.

Popular Posts