Masa gua form 2, dalam subjek Kemahiran Hidup kena belajar Prinsip Akaun. Untuk belajar subjek ni, semua budak kena beli buku lejar. Setiap kali habis kelas, cikgu Rohana akan bagi soalan suruh buat dalam buku lejar. Siapa tak siap, kena berdiri kat koridor luar kelas dan siapkan.
Bermulanya saat belajar prinsip akaun ni, gua tahu gua BENCI subjek ni. Gua rasa nak makan-makan je buku lejar ni dengan harapan buku lejar tu akan keluar sebagai tahi. Lagi sedap nak menganjing, bila bukan gua seorang yang tak suka subjek ni.
Jadi, setiap kali ada homework akaun, gua akan cop buku lejar Chem atau Hazim dulu. Chem dan Hazim suka akaun. Budak-budak lain termasuk gua tak suka. Jadi tiap-tiap kali Chem dan Hazim nak start buat homework akaun, kita orang akan tangguhkan perlawanan sepak tutup botol sewaktu prep malam di kelas.
Tetapi semua itu berubah bila cikgu Rohana cuti bersalin dan digantikan dengan cikgu Naslinor. Ketibaan cikgu Naslinor merubah minat gua dan rakan-rakan dalam akaun. Gua semakin rajin menelaah buku teks dan makin pandai buat homework sendiri. Ketabahan dan kesabaran cikgu Naslinor dalam membimbing kita orang, membuatkan kami bertambah rajin dan tekun mempelajari prinsip akaun.
Bullshit. Hahahaha.
The truth is, Cikgu Naslinor was (and I hope still is) hot. Kalau dalam skala 1-10, gua bagi 8.7. You see, memakai tudung dengan kedua-dua hujung tudung disempangkan ke bahu (catch my drift?) tidak boleh dilakukan di kelas tingkatan 2 yang rata-rata budak lelakinya baru menjejak pubety. With a pretty smile and adorable attitude, she quickly established herself as our favourite teacher within what...? Two classes? In my case, it took 15 of minutes of her introducing herself in our class to become my 3rd favourite teacher of all time. Hahaha..all time, beb!
Thanks to Cikgu Naslinor, semua budak yang dulunya benci akaun, suka kelas prinsip akaun. Masing-masing berebut-rebut tanya soalan dengan harapan Cikgu Naslinor akan datang dekat ke meja dan tunjuk dengan jarinya yang comel. And if you're funny, she'd make this childish giggle that makes you wish the class didn't last for the next 3 hours.
Natijahnya, Chem dan Hazim semakin dipinggirkan. Budak-budak gua dah tak main sepak tutup bola lagi dah masa prep malam. Budak-budak perempuan geleng-geleng kepala, tengok perubahan positif budak-budak laki.
Personally, Cikgu Naslinor did help me on this subject. Dia memang pandai mengajar akaun. Gua masih benci akaun, tapi thanks to her gua boleh buat homework gua sendiri. I think that's why I inducted her in my all-time favourite teacher list. A list of teachers who changed my sorry life.
Sementara itu, kat Italy sekumpulan mak bapak di sebuah sekolah Katolik berprestij di Milan bertindak meng-transfer anak-anak mereka atas sebab Miss Tacconelli pernah muncul seksi dalam satu video lama yang tersebar di Internet. I find this completely absurd. Bukannya Miss Tacconelli pakai bikini pun ajar budak-budak tu. Ceh back up Miss Tacconelli tuh! Bukannya cikgu gua pun! Hahaha.
So, what do guys think? Hot teacher: Inspiring or Distracting?
19 nyamuk:
October 29, 2010 at 3:35 PM
Permalink this comment
Solidariti buat Cikgu Naslinor & Miss Tacconelli. Nasib baik nama dia bukan Taco Bell. Heh.
It depends. Setakat hot tetapi tak pandai mengajar for what point kan? And I don't know why but, when a person had the title 'cikgu', I didn't find them attractive anymore. Rasa ghairah tu hilang kamu tahu. I found sexiness in a total stranger.
Well, for me, mysteries make a woman, a woman. Heh.
October 29, 2010 at 4:29 PM
Permalink this comment
gua dulu2 suka cikgu perempuan jugak.. lagi bersemangat belajr.. blajar tak mengatuk..
cikgu laki? ceh..
October 29, 2010 at 4:44 PM
Permalink this comment
nasib baik aku pompuan... so x rasa pape... huahuahua tapi bestnye bila ada cikgu praktikal yg hensem datang mengajar... rasa blaja 10jam tnpa henti pun xpe.hehhe
October 29, 2010 at 4:50 PM
Permalink this comment
kahkahkah.
terpaksa sokong ezanoor :P
but thats the truth. pernah masa aku darjah 5 ada sorang cikgu Cina tu mengajar English. as a teacher, dia dikira seksi la. good that dia mengajar pun bagus juga. satu kelas jadi minat English disebabkan dia. beauty should comes with brain. kalau setakat seksi tapi mengajar ala kadar, it would caused more distraction than inspiration to the students. depends.
October 29, 2010 at 4:54 PM
Permalink this comment
eh tiba-tiba teringat.
masa darjah 3 ada sorang cikgu praktikal hensem gilew datang mengajar for about 6 months kot.
bila dia dah nak habis belajar, ramailah murid macam sayangnya nak lepaskan dia.
hari last tu dia panggil satu kelas beratur kat bilik guru, ingat dia nak bagi apa, rupanya nak bagi gambar pasport dia sorang satu. masa tu rasa macam best je.
bila dah besar ni ingat balik.. wtf bagi gambar pasport?? hahaha. terus rasa dia poyo gila.
OK tak relate dengan tajuk. cuma tiba-tiba teringat hehe :P
October 29, 2010 at 5:34 PM
Permalink this comment
aku tak suke kimia sumpah tak suke. bile cikgu bersalin ganti dgn mamat ensem ape ntah(kerje kat petronas skrg) aku still tak suke. pokoknya, kimia tak best. walau org yg mengajar tu ensem. ahaha
eh japp laki tu ensem gile kott. baru rase menyesal sbb tak mengorat. T____T
October 29, 2010 at 6:23 PM
Permalink this comment
I'm a nerd. I don't really care.. =p
October 29, 2010 at 7:08 PM
Permalink this comment
the beast inside of us. human's affection. benda natural tu. bagi aku, selaku seorang anak muda, ianya inspiring! hahaha.
Reverie
October 29, 2010 at 7:09 PM
Permalink this comment
cikgu akaun aku hot jugak.
and dia akan cubit perut if kitorg xbuat homework.
jadinya, tiap-tiap minggu aku kene cubit.
sedap.
October 29, 2010 at 7:46 PM
Permalink this comment
kah kah kah. it's nice to have an interesting and hot teacher. wud be nicer if the hot teacher is me! wakakakaka.
kthxbai.
October 29, 2010 at 11:07 PM
Permalink this comment
hahaha
bonget la korang ni!!
semata2 suka akaun sebab cikgu hot!
apa kes??
cikgu hensem tak da plak buat aku makin suka study..wkaka
October 29, 2010 at 11:08 PM
Permalink this comment
cikgu math aku hot.lawa dan comey so segala apa dia ajar masuk berdesup dalam kepala. tapi kejap je sebab cikgu ganti.aisehh
October 30, 2010 at 5:24 AM
Permalink this comment
@ paan ovrtd
patut ah tido dalam kelas. gambo pun dah tunjuk dah. haha
@ hamzah
spesis aku gak nih..haha
@ ezanoor
lol..10 jam tuh!
October 30, 2010 at 5:34 AM
Permalink this comment
@ husna
hahaha..gambar paspot tuh...great story!
is it me or all hot teachers seem to be good at their job?
@ cik akma
hahaha...i guess mamat hensem tu membosankan..
@ natra md.nor
haha..you remind me of sheldon cooper!
@ reverie
right on, brada!
@ i'msosupernotcool
haha..ni lagi sedap ni kena cubit cikgu hot..
@ bukan penggoda
so, watchu waiting for?
@ bukan penggoda
ko budak-budak tak bernafsu lagi masa tu...hahaha
@ FaizalSulaiman
sedar tak? cikgu math selalu lawa2..
October 30, 2010 at 6:51 AM
Permalink this comment
pendek kata, apa yg cikgu tu buat akan diperhatikan orang ramai.cikgu tak boleh salah sikit.mesti kena impact punya.so, bakal cikgu sekalian, berperangai dan berpakaian eloklah kamu semua..hahahaha
October 30, 2010 at 10:51 AM
Permalink this comment
ms ble? aku nk jd ckgu weh. hahahahaha.
mst student2 aku nnt ckp aku hot jgk kan. weeeeee~ perasan!
ok. bai.
October 30, 2010 at 12:00 PM
Permalink this comment
wow..panjang entri nie..penat noks bacer..btw jelly follow u ok..hope u dont mind
October 30, 2010 at 12:23 PM
Permalink this comment
@ [z@ck]
that's more like it.
@ bukan penggoda
aku doakan, bai...haha
@ Jelly Beku
nope. gonna catch you later.
October 30, 2010 at 2:00 PM
Permalink this comment
dulu gua suka kat cikgu BM gua..
sebab beliau sangat ..
err...giler punya cun..
sebab tue masa SPM, BM gua terbaek seluruh Segamat..
lu percaya tak??