• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Lu Memang Lubang Dubur
Dipos oleh avid

Sementara menunggu play-off World Cup 2010 antara Bosnia dan Portugal, gua nak cerita lagi. Gua nak Bosnia menang. Edin Dzeko tengah berapi sekarang.

Satu hari, sedang gua tengah sedap-sedap bersemayam atas kerusi main Football Manager 2009, pintu bilik gua diketuk. Ketuknya slow takat dengar cukup-cukup je. Sopan je. Gua syak gadis-gadis yang baru habis training volleyball kat court berdekatan mintak tumpang rehat bilik gua. Mungkin nak pinjam tuala gua pergi mandi sekali.

Bukak-bukak pintu, laa....Tabligh.

"Assalamualaikum. Kami ni nak ziarah la ni. Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW... ... ..." Gua lost sampai situ. Gua angguk-angguk kepala setiap 20 saat untuk mempercepatkan proses. Dah la pakai boxer je. Pintu gua bukak 1/3 je. Betis hitam gua sorok balik pintu. Kepala je terpacul dari pintu sambil dengar tazkirah tabligh.

Sebelum beredar, brader tabligh ajak gua pergi ke Kem Ibadah kat JB. Kebetulan masa tu dah habis exam. Disebabkan gua tak mendengar sangat apa brader tabligh tu cakap, gua angguk je. Tau-tau, brader tabligh mintak nama penuh dengan no. telefon gua. Gua pun bagi. Brader tabligh beredar. Gua tutup pintu. Sebaik saja tutup pintu, gua tau gua dah melakukan perkara yang gua tak sangka gua lakukan. Gua bakal pergi Kem Ibadah, wei....!

Tiba hari Kem Ibadah tu, henset gua vibrate tak henti-henti. Saje gua silent. Gua tengok skrin henset. Babi. 32 missed call. Brader tabligh tu memang gigih. Gua ligat berfikir macam mana nak keluar dari bala satu ni. Lalu, gua keluar bilik. Cepat-cepat gua jalan pergi ke tempat parking moto gua. Gua stat moto, gua pecut pergi kolej paling jauh dari kolej gua. Kolej 10. Henset gua tinggal bilik.

Sampai kolej 10, gua lepak bilik Putera Arjuna. Gua suka lepak bilik dia sebab bilik budak lain macam sial punya busuk. Bilik Putera Arjuna kemas la sikit. Sambil lepak, gua sembang-sembang dengannya pasal gua tengah lari dari tabligh. Tengah sedap bersembang, gua ternampak Putera Arjuna edit HTML blog dia. Out of nothing, tiba-tiba gua mintak Putera Arjuna buatkan blog untuk gua. Jadi, dari situ la lahirnya blog Aku Dok Kampung Juga ni.

Jam dah pukul 12 tengahari. Gua bajet tabligh dah pergi Kem Ibadah tanpa gua. Gua bajet dorang paham gua memang asshole. Gua balik bilik dan gua buat entri pertama blog gua. Bersejarah betul bila gua kenang.

P/S: Nak kutuk gua boleh tapi jangan guna 'asshole'. Gua syak brader tabligh dah cop pakai 'asshole' dulu.

Edited: Roommate gua; Andrey Arshavin menangis-nangis balik padang main bola kat Slovenia tadi. Gua ingat nak bawak dia balik kampung gua masa musim World Cup 2010 nanti. (19 Nov 2009, 6.03 AM)

Photo

Thursday, November 19, 2009

pada 2:33 AM


18 nyamuk:

November 19, 2009 at 5:19 AM
Permalink this comment

said...

hahaha~
itu sejarah blog kamu beb?

Pergh~

Dasat~

November 19, 2009 at 6:27 AM
Permalink this comment

said...

poor arshavin..
i was hoping to see him in act at w.cup..
such a waste..
duh..

so dis how u stat blogging?
cool..
haha..

November 19, 2009 at 6:28 AM
Permalink this comment

said...

btw, i pon lyn fm..
cant wait for 2010..
to beat the damn devils..
haha..

November 19, 2009 at 7:33 AM
Permalink this comment

said...

Jom g tabligh!!

November 19, 2009 at 8:30 AM
Permalink this comment

said...

lol..aku pk idea ko punya belog nie wajad di tiru oleh semua gblogger!! hahaha...

November 19, 2009 at 1:10 PM
Permalink this comment

said...

haha..aku dulu die ajk, dan2 je aku bg lasn kne blk kg kakak kahwen. aku dh tipu cmtu pun die leh ckp

"bg je nama dlu. azam je nak g. mne taw tb xjd kahwen wtu tu."

aku xnak carut klu bley, tp die pksa. cibai pe mcm doa org xjd kahwen. wlaupun hakikatnye aku tipu die.

November 19, 2009 at 1:53 PM
Permalink this comment

said...

bleh anto kat muzium..kazanah blog lu..=p

November 19, 2009 at 2:00 PM
Permalink this comment

said...

@ zara

haha...dahsyat la sangat...

November 19, 2009 at 2:02 PM
Permalink this comment

said...

@ i'msosupernotcool

yeah. since that day, i was a certified blogger. hahaha....

poor arshavin.

November 19, 2009 at 2:03 PM
Permalink this comment

said...

@ mute

ala...ko apa cite? tabligh ketuk pintu tak bukak pun...

November 19, 2009 at 2:04 PM
Permalink this comment

said...

@ boneka

tak elok la tiru2 ni...hehe...

November 19, 2009 at 2:05 PM
Permalink this comment

said...

@ razaman

hahaha...gigih tabligh tempat ko...

November 19, 2009 at 2:06 PM
Permalink this comment

said...

@ wanie

kalo bole..insyaallah...hahaha...ceruk muzium mana la nak letak...

November 19, 2009 at 2:29 PM
Permalink this comment

said...

cmtu rupanya gaya org tabligh.si naim penah terjah ko tak?oh lupe lak.jerah kate die suke baca blog ko.nak2 time ko letak gmbr ko skola dulu.haha.nak type panjang lagi tp baru teringat tak mandi lagi ni.jom shopping kt bandung!!

November 19, 2009 at 2:41 PM
Permalink this comment

said...

@ bye

ang bawak bapa ratus?
mai arr seratus kat aku skit...hehe...

November 19, 2009 at 5:15 PM
Permalink this comment

said...

tabligh datang umah sewa aku paksa turun surau sembahyang jemaah. aku dengan sopan santunnye menjawab,

"abg turun lah dulu, sat lagi kitorang follow"

buleh pulak dia jawab

"takpa korang siap, abang tunggu kat luar, pergi sama2"

gila kuasa sungguh tabligh ni.

November 19, 2009 at 5:18 PM
Permalink this comment

said...

@ yob
hahahaha...amik ang!

November 19, 2009 at 10:10 PM
Permalink this comment

said...

haha..

Popular Posts