• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Masa gua sekolah dulu gua rumah hijau. Kat sekolah gua, rumah hijau ni dikira rumah paling 'kulop' la. Budak gemuk-gemuk semua hantar ke rumah hijau. Tak adil betul. Rumah merah pulak ramai wakil-wakil sekolah. Sani yang wakil sekolah dalam bola MSSD sejak darjah 4 tu pun rumah merah. (masa gua sekolah dulu, sapa-sapa yang dah main bola untuk sekolah masa darjah 4, memang power la budak tu).

Jadi setiap kali saringan untuk pilih wakil rumah hijau dalam sukan tahunan, memang gua dan sorang-lagi-budak-yang-gua-dah-lupa-nama yang no 1. Gua pun takde la power sangat. Punya la rendah standard rumah hijau dulu. Nak buktikan yang memang rumah hijau kulop, gua yang mewakili rumah hijau setelah dapat no 1 masa lari 100 meter dalam saringan sesama rumah hijau, dapat tempat second last masa final acara 100 meter. Yang dapat last tu memang bengap. Gua syak dia tunggu orang kira sampai 10 baru dia start lari.

Tapi ada satu acara yang gua expert. Acara lompat jauh. Dalam sekolah, ada dua orang je boleh kayuh di udara dalam acara lompat jauh. Ruzaidi budak jongang dengan gua. Ruzaidi rumah kuning. Masa acara final lompat jauh, gua dan Ruzaidi bersaing neck and neck. Kejap gua jauh. Kejap dia yang jauh pulak. Saingan sengit. Akhirnya gua kalah. Ruzaidi dapat no.1.

Masa acara penyampaian hadiah, gua naik ke podium no.2 dengan muka bangga. Selepas upacara menyanyikan lagu kebangsaan rumah kuning, upacara menyampaikan medal dimulakan. Tapi gua pelik. Cikgu Fauziah pegang kotak berwarna coklat. Bukan patutnya dia letak medal atas dulang ke? Kemudian cikgu Fauziah menyerahkan 5 keping pinggan kepada guru besar. Guru besar bersalam dengan Ruzaidi dan menyampaikan pinggan kemenangannya. Kemudian, guru besar bersalam dengan gua pula. Gua berjabat salam dan menerima pinggan kaca kemenangan gua. Gua syak ada 3 keping. Gua ambik pinggan tu dan gua hetak kat kepala guru besar. Berkecai pinggan-pinggan tu kat kepala botak tengahnya. Gua puas hati lalu turun dari podium. Gua terus ke garaj basikal, ambik basikal gua dan berkayuh ke rumah.

P/S: Part akhir tu memang tipu gila. Haha. tapi part gua menang no.2 dan dapat hadiah pinggan kaca memang betul. Kedekut punya guru besar. Ingat mak gua suka ke gantung pinggan kaca kat Wall of Fame rumah gua?

Photo

Saturday, November 14, 2009

pada 2:00 AM


16 nyamuk:

said...

hoh~
dah menang tak bersyukur eks?
LOL!

kalau kamu hentak guru besar, aku syak kamu bukan di sini sekarang~ kih3~

November 14, 2009 at 11:48 AM
Permalink this comment

said...

@ zara

hahaha...mujur gua kanak-kanak penyabar dulu...betul3...

November 14, 2009 at 2:40 PM
Permalink this comment

said...

i got a pencil case for winin marathon..
n a note book..
duh..

November 14, 2009 at 3:41 PM
Permalink this comment

said...

ntah, len kali bg je budak ni pinggan plastik. kan sonang~

November 14, 2009 at 5:31 PM
Permalink this comment

said...

Gua ingat kalau gua jadi guru besar satu hari nnt, semua hadiah gua tukar. Kondom untuk lelaki dan tampon untuk pompuan. Gasak.

Anonymous

November 14, 2009 at 7:47 PM
Permalink this comment

said...

wa syak lu ni kecewa masuk rumah hijau sampai lu taknak hargai pinggan kristal tu la.

wa pun rumah hijau jugak, relax je, semua acara wa tak layak masuk :p

November 14, 2009 at 9:20 PM
Permalink this comment

said...

gua tanak komen apa2 pasal sukan
gua tengah nazak skrg ni tp datang jugak terjah lu kat sini..

November 14, 2009 at 11:50 PM
Permalink this comment

said...

@ i'msosupernotcool

haha. i'm sure it wasn't a pleasurable memory, was it?

November 14, 2009 at 11:51 PM
Permalink this comment

said...

@ daffodil

jahat gile la. sakit la kepala guru besar saya nanti.

November 14, 2009 at 11:52 PM
Permalink this comment

said...

@ paan

kang ada kang budak laki pakai kondom tu isi air sirap buat ais krim.

November 14, 2009 at 11:53 PM
Permalink this comment

said...

@ yob

ang punya rumah hijau kuat. bole la..

November 14, 2009 at 11:54 PM
Permalink this comment

said...

@ koyuki

~gadisku dalam koma...
seriuskah....
keadaannya....?~

Anonymous

November 15, 2009 at 4:37 AM
Permalink this comment

said...

hahaha
blh bg mak ko

November 15, 2009 at 7:54 AM
Permalink this comment

said...

aku lagi stress dpt penssel kaler brand cap ayam jer. Kedekut nyer skolah!

November 15, 2009 at 11:49 AM
Permalink this comment

said...

@ ah fatt
mak gua dah banayk dah pinggan...

November 15, 2009 at 11:50 AM
Permalink this comment

said...

@ mute

ko dpt cap ayam...pinggan aku xde cap lagi ko tau??

Popular Posts