• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Pre-Menstrual Syndrome Gua
Dipos oleh avid

Terkadang, ke-emo-an gua diuji. Pernah gua emo masa darjah 5 sebab Fikri Ahmad ejek nama bapak gua. Ambik lu, tapak kasut sekolah Kiki Lala gua kat baju putih sekolah lu. Pernah gua emo masa main galah panjang waktu rehat sekolah agama darjah 2 sebab Idzham lempang gua tiba-tiba. Ambik lu, gua kejar bagai nak gila sampai lu tersembam kat jalan tar. Pernah gua emo sebelum peperiksaan percubaan Kimia sebab Yazid panjat dinding intai gua ber'bisnes' besar. Ambik lu, gua dah tak kejut dah lu subuh-subuh.

Petang ni gua emo lagi.

Baki akaun: RM12.54

Babi. Bila duit aku nak masuk weh!!! Budak-budak lain dah masuk hari Selasa dah. CIMB pun satu. Apsal gua tak boleh keluar RM12 gua? Penat gua bertekak dengan akak bank tadi. Malam ni gua ingat nak pinjam RM200 kat bapak gua. Gua nak sewa lori nak tarik mesin ATM.

Photo

Thursday, December 31, 2009

pada 3:32 PM


Masa 1st year, gua tengok brader ni macam brader tabligh. Muka putih-putih, suci. Pakai spek. Tinggi. Suara lebih satu octave ke bawah daripada normal stail hos Misteri Nusantara. Gua bukan la takde pengalaman bercampur dengan budak-budak agama macam ni, tapi sejak gua bertukar scene jadi punk rockers (perasan gila babi), gua start berkawan dengan budak-budak otak gila-gila macam Fadh dan Mahazmi.

Gua teringat dulu masa 1st year, setiap Isnin brader ni pakai macam salesman Kopi Jantan kat Kampung Parit 10. Baju kemeja panjang stail iron tajam. Seluar slack hitam pun iron tajam. Boleh luka kalau jalan sebelah. Tie pun brader ni pakai.Sarung henset kat pinggang tu pun brader ni pakai. Nasib baik tak pakai set blue-tooth kat telinga. Gua bukan tak tau Isnin adalah smart day. Tapi gua remaja yang mahu make the most of his teenager life. Jadi, masa smart day gua pakai baju kemeja flannel kotak-kotak, jeans, siap dengan tuck-out nyer lagi dan pakai sneakers. Nasib baik fakulti kita tak banyak pak guard berkeliaran kan, brader?

Tahun demi tahun, gua tengok brader ni makin gila sikit. Dah boleh nak join gua hu ha hu ha dah. Ajak main futsal pun takde masalah. Usha-usha makwe pun makin rajin. Kadang-kadang, gua tak pernah-pernah kenal nama junior cun-cun, brader ni dah kenal dulu dah. Belajar main gitar pun pakai Youtube. Hebat betul.

Sekarang, brader ni dah 4th year. Insyaallah, ni semester last brader ni. Sem depan dah kena berambus dari UTM. Awek pun dah ada. Kira brader ni memang dah ready sangat nak masuk fasa baru dalam hidupnya. Gua syak dua tahun lagi gua jumpa brader ni, perut dia dah boroi dah. Gua tunggu kad walimatul urus lu, Kimi. Happy Belated Day.

Photo

Wednesday, December 30, 2009

pada 10:21 AM


Letters for Hypothetical Me
Dipos oleh avid

Dear future 30 year old me,


How are ya? I'm fine here. How is it going? Well, I'm okay I guess. Hey, guess what? I've just had a lovely lunch with a pretty girl. A total, ultimate girl-next-door, you know? Anyway, here I want you to check a list of things I have accomplished by 30 years old, okay? Ready? Here we go:


1. By now, you should have married a totally gorgeous young lady with the most awesome smile you'd ever see. It's a bonus if she has pretty long hair and cook you delicious jemput-jemput every Saturday evening.


2. By now, you should at least have figured out what kind of business you wanna establish. Then, by hook or crook you have to find an appropriate fund to make it a reality. A laser tag center would be awesome. Plus, it would be a whole lot more awesome if you are the 1st Malaysian ever to build a laser tag center in Malaysia. But, if you are still working at some lame, corporate sellout chemical engineering company, just throw yourself off a cliff because you suck!


3. By now, you should drive a kick-ass MPV with hybrid engine. Not some lame-ass Japanese sedan.


4. By now, your mom and dad should have already went to Hajj at Mekah Al-Mukarramah. If they still haven't, then cancel number 3 immediately and drag your ass up to Tabung Haji Umrah & Haji Travel and book their name for next Hajj season. That's priority numero uno. (Oh, I should have put this as number one but never mind)


5. Last but not least, you should have your own band that plays punk rock or revival punk-rock by that particular time. And you should already have an awesome Fender Precision bass with Matt Freeman signature on it

And remember Lars Frederickson once says 'the harder you come the harder you fall'. Keep pushing yourself to a whole new level because you're awesome! 


Love, 
20 years old you.


P/S: Kita tengok apa jadi masa gua 30 tahun nanti.

Photo

Saturday, December 26, 2009

pada 3:41 PM


Khutbah Jumaat Hari Ini
Dipos oleh avid

Hari ni gua nak tulis artikel serius sikit. Asyik cerita pasal ngorat makwe-makwe je. Typical teenager betul.

Gua nak tau bape orang kat sini yang yakin Malaysia boleh mencapai status negara maju pada 2020? Bape orang tak yakin? Okeh. Turun tangan. Kemajuan sesebuah negara diukur dengan dua index. Index GDP (gross domestic product) yang mengukur keupayaan ekonomi dan produktiviti dan index HDI (human development index) yang mengukur lebih daripada ekonomi sesebuah negara seperti sistem pendidikannya, jangka hidup (life expentancy) dan macam-macam parameter lain.

Kalau ikut index GDP, Malaysia punya GDP per kapita pada 2008 adalah 5.5%. Sangat rendah kalau nak dibandingkan dengan GDP kita masa 1990 iaitu 7.2%. Puncanya? Malaysia dah tak banyak eksport alat-alat elektronik macam yang kita biasa buat masa zaman Awie nyanyi pakai seluar plastik ketat. Sejak zaman Pak Lah, berlaku setback terhadap ekonomi Malaysia sebab kita mengada-ngada nak tumpu kepada bioteknologi pulak.Baru nak syok ajak pelabur Jepun buat kilang manufacturing kat Malaysia, Pak Lah tukar core economy Malaysia kepada pertanian dan bioteknologi.

Tapi, semua tu ada eloknya sebab dalam keadaan ekonomi dunia yang bercelaru (terima kasih, Amerika gampang), kita tiada pilihan selain mempelbagaikan ekonomi negara dan mengelakkan kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap sektor manufacturing yang bila-bila masa akan bungkus apabila ekonomi dunia lesu. FYI, ekonomi dunia bergantung kepada prestasi ekonomi Amerika dan Jepun. Malah China juga.

Najib kata kalau kita nak jadi negara maju, kita kena maintain GDP per capita kita sekitar 8% atau lebih untuk sepuluh tahun akan datang. Kalau tak, kena delay lagi la angan-angan negara maju kita. Kemudian index HDI kita kena up lagi melebihi 0.9. Setakat ni Malaysia tak masuk list lebih 0.9.


 Klik untuk tumbesaran lebih sihat

Bagi sape-sape yang mempunyai tabiat malas mambaca natang kat atas apa jadah tu, ni gua jelaskan. Petanda negara maju yang paling jelas adalah pengagihan kekayaan negara yang sama-rata tak kira la lu orang Indon ke, orang Bangla ke, makcik cleaner ke, akak cashier Jusco ke atau pemain bola sepak wanita Malaysia yang dibelasah 14-0. Dalam erti kata yang lain, semua ada peluang untuk jadi kaya. Tiada diskriminasi untuk bukak bisnes. Jurang antara yang kaya dengan yang niskin tak jauh.

Kalau kita tengok, yang kat kampung pun dah boleh beli Astro. Bape banyak setinggan ada piring Astro sekarang ni? Ha..tu tandanya jurang kaya dan miskin di negara kita tak jauh. Pakcik-pakcik retired takde hal nak beli LC 135CC untuk dibuat pergi masjid. Makcik-makcik yang menopause stail duduk rumah anyam tikar sambil tengok Oprah. Brader-brader Indon stail pakai Blackberry. Macha-macha Bangla stail jual carpet pakai Honda Camry dari rumah ke rumah. Adik-adik sekolah dapat belanja RM5 sehari. Awek-awek universiti stail beli baju online je. Brader-brader universiti stail main bola pakai kasut futsal lawa-lawa. Dah takde buat perangai main futsal pakai boxer tak pakai baju berkaki ayam lagi dah.

P/S: Lambat jadi negara maju pun, lambatlah. Janji Malaysia aman. Merry Christmas and Happy New Year.

Photo

Friday, December 25, 2009

pada 11:42 AM


Minggu lepas, gua dapat jemputan dari Bekem (as in Beckham) dan Zol untuk mengimarahkan sesi melepak minum teh sama-sama yang telah lama kami tinggalkan sejak 2006. Masa tu, Bekem, gua dan Zol selalu duduk melepak sembang pasal kehidupan Islam Hadhari lepas habis kelas. Kadang-kadang, bila jemaah tabligh datang blok, Bekem selalu ajak gua dan Zol lari dari blok. Singgah kafe makan roti kosong dan teh sambil usha makwe lalu-lalang. Budak-budak yang tak sempat lari terpaksa la layan brader-brader tabligh tu.

Masa 2006 itu jugak, Bekem punya hubungan dengan awek dia umpama kuih pau di atas peti ais rumah gua. Bila-bila masa je boleh hilang. Awek Bekem pindah Ireland. Tapi Bekem tak percaya dengan konsep long distance relationship.Gua pulak tengah sibuk mengayat makwe cun yang doakan team takraw gua satu tahun berikutnya. Zol dari 2006 sampai sekarang solo. Gua rasa skil mengetehnya tak cukup sharp untuk dikagumi makwe makwe lalu-lalang.

Berbalik kepada minggu lepas. Tengah sedap mengeteh, gua tanya Bekem.

"Mana ko jumpa awek baru ko sekarang nih?"

Bekem sengih menampakkan giginya yang putih meskipun 5 tahun hisap Malboro merah.

"Sebenarnya gini. Satu hari, aku naik la RXZ tua aku tu nak balik bilik. Tengah-tengah naik tu aku silap bajet masuk simpang. Laju sangat aku masuk simpang. Terus aku langgar skuter orang..."

Nak tersedak gua dengar. Gua buat isyarat suruh Bekem terus sambung cerita. Gua sambung minum teh tarik gua. Sedap pulak manis-manis ni.

"...Motor sempat lagi aku control masa tu. Tak rosak sangat la. Awek skuter tu jatuh. Aku tolong la. Masa tu aku dengan dia je kat jalan tu. Nasib baik awek tu takde pape. Luka sikit-sikit kat tapak tangan. Pastu aku usha skuter dia. Ada la benda patah-patah sikit. Handle bengkok sikit masa aku check. Tapi, overall OK la. Lepas aku check OK suma, awek tu terus start skuter nak blah. Tapi sebelum dia blah aku cakap la kat dia..."

"Eh, jap jap..awak bagi la nombor awak. Senang saya nak bawak motor awak pergi repair yang pecah-pecah ni.."

"Ko repair tak?" celah gua.

"Aku repair la. Pas repair, dia belanja aku McD. Sebulan lepas tu kitorang couple.." Bekem jawab dengan rasa penuh riak haloba. Bersembur teh tarik dari mulut gua. Kalah teknik mengorat 'The Lorenzo von Matterhorn' Barney Stinson.

P/S: Padil mengucapkan terima kasih kepada makwe-makwe yang memuji Padil comel dan yang kirim salam meskipun Padil kurang mengerti motif dude-dude yang turut kirim salam kepadanya.


Photo

Thursday, December 24, 2009

pada 9:03 PM


Bunga Bunga Cinta Padil
Dipos oleh avid

Baru tadi gua chat dengan Padil. Sekarang Padil belajar kat Russia. Padil kira famous gak kat sekolah gua dulu sebab dia sprinter sekolah. Lari kaki ayam pun under 11 saat. Laju tu. Badan memang ketul-ketul. Muka asyik senyum. Baru kena potong rambut tobek tengah dengan Cikgu Dolah pun dia senyum lagi. Tapi, ada satu story pasal Padil yang buat Padil meletup. Kalau sebelum ni, budak-budak perempuan kelas 509 dan 510 je yang kenal Padil, lepas story ni keluar Padil famous dari kelas 501 sampai ke kelas 515.

Petang itu hari, gua dan rakan-rakan baru je pas main bola. Gua macam biasa main bek kiri. Padil main winger kiri. Petang itu hari, Padil score gol sendiri. Bangang punya Padil. Harap laju je lebih. Bila Fitri jerit dah pukul 6.30pm dah, gua dan rakan-rakan bersurai. Pergi mandi. Bersiap pergi makan, surau semua. Kalau lambat, Cikgu Dolah hambat. Kalau kena hambat, makwe-makwe blok aspuri kat sebelah tengok. Terus kena reject dalam shortlist makwe-makwe tu nanti.

Pintu mandi kat bilik air sekolah gua ada macam pintu masuk pub kat Texas punya. Pintu stail tutup had dada sampai lutut je. Jadi, sape mandi bogel tu memang sah gay. Mandi ramai-ramai petang-petang ni memang feeling. Shah kalau mandi suka nyanyi lagu A.C.A.B zaman sebelum Megat A.C.A.B jadi tabligh punya. Pian suka menyambung apa yang Shah nyanyi. Hudzaifah suka nyanyi lagu Shizuka sebab katanya budak-budak band tu asal sekolah lama dia. Jadi, bilik air asrama gua memang ceria senantiasa.

Masa mandi itu hari, Shah dan Pian tak masuk lagi bilik air. Hud pun tak dengar suaranya. Berak, gua rasa. Entah mana-mana, tiba-tiba gua terdengar ada budak start nyanyi intro lagu yang gua rasa macam kenal.

"Dikala ku kesepian.. Dihanyut ombak yang resah..Kau mengubati kerinduan.."

Gua cam. Suara Padil.

"Kini segalanya telah berubah..cintamu hanya memori indah..~"

Babi. Suara sape lak ni?

"Ku ditinggalkan kesepian..rinduuu ~ hatiku ~"

Apam lak menyahut.

"Kembalilah kepadaku selamilah jiwa ini yang terluka ~ Ikatan kita berdua.. ."

Masuk chorus, tiga-tiga setan ni nyanyi sama-sama. Gua gelak sampai keluar air mata. Budak-budak lain terguling-guling. Yang basuh baju berhenti jap, join Padil punya Bunga-bunga Cinta. Gua tengok Padil masa tu memang menjadi-jadi. Dia tarik habis-habis suaranya. Botol sabon Shokubutsu habis dibuatnya mikrofon.

Tiba-tiba, Cikgu Rizalmi masuk bilik air. Budak-budak roger Padil cepat-cepat. Tapi Padil tengah syok memekak. Padil tak dengar. Sampai la Cikgu Rizalmi terpacul depan mata, baru la Padil stop. Gua dan budak-budak terguling-guling dah masa ni.

***

Esok pagi masa perhimpunan, Cikgu Rizalmi panggil nama Padil.

"Ni dia penyanyi Bunga-bunga Cinta kita..." umum Cikgu Rizalmi. Padil tersengih-sengih depan satu sekolah. Gua dan rakan-rakan dah sakit perut gelak. Makwe-makwe sekolah sok sek sok sek dengan member sebelah. Sejak itu hari, gua syak Padil study hard gila babi supaya dapat pergi oversea untuk memulihkan peluangnya men-tackle makwe-makwe satu batch.

P/S: Padil, gua dah popularkan lu. Balik Malaysia nanti, gua nak kos perubatan gua ditanggung seumur hidup.

Photo

Wednesday, December 23, 2009

pada 6:58 PM


"Weh, jom joging..."

Crap. Kacau betul. Tidur gua terganggu kejap. Gua cuba tidur balik tapi tak boleh. Damn. Thanks, Lelaki Kasanova (sarcastic). Lain kali kejut gua time subuh la. Gua gosok-gosok mata. Buang taik mata. Pastu, gua menung jap. Fikiran gua melayang ke hari terakhir gua berjoging. Ah, ingat! Pagi ahad sekitar Februari 2009. Patut la perut gua berlapis.

Sebelum ni, masa gua duduk KTC, gua selalu main takraw petang-petang. Masa tu kat KTC, gua kamceng dengan budak-budak Fakulti Elektrik macam Tajul dengan Zam. Tajul main takraw sampai wakil Segamat masa MSSM. Zam main untuk kelab kat JB lagi. Sekolah yang gua wakili masa Form 5 dulu tersangkut kat group stage lagi. Meskipun gua pernah mewakili sekolah yang pernah kalah 21-2 dalam satu set masa MSSD Larut, Matang dan Selama dulu, ramai killer (player yang lipat libas semua tu) suka main dengan gua sebab gua selalu set bola cantik betul-betul atas net. Ni bukan penipuan.

Masa gua 1st year, gua wakil KTC untuk sepak takraw masa SUKAM. Gua main untuk 2nd team. Tajul main tekong dalam team gua. Itu punya tahun punya SUKAM, KTC dapat gangsa. Peh...dapat pingat berat beb. Ni bukan pingat celup ringan masa sekolah menengah dulu-dulu. Gua masih ingat masa 1st year tu jugak, gua tengah tackle ada sorang makwe cun. Gua mintak makwe tu doakan untuk team gua masa match penentuan gangsa. What the hell?

Bila gua masuk 3rd year, gua tukar kolej. Gua duduk KTGB pulak. Lagu tema kolej ni adalah Sekadar Di Pinggiran oleh Francesca Peter. Memandangkan KTGB adalah kolej pinggiran, maka kolej ni banyak dihuni oleh veteran-veteran. Budak 3rd year, 4th year dan budak extend. Maka, team takraw KTGB pun dianggotai pemain-pemain veteran. Ada macam AC Milan gua tengok. Itu punya tahun, KTGB tersangkut kat quarter final. KTC menang emas. Menyesal gua tukar kolej.

"Woi, jom la! Gi la bersiap!"

Gua tersedar dari lamunan menyoroti zaman-zaman muda gua bermain takraw. Gua bingkas bangun. Tapi bukan bersiap pakai baju sukan nak berjoging. Gua duduk rehat-rehat atas kerusi di koridor. Gua nyalakan rokok. Perlahan-lahan, gua hembus asap sambil menikmati matahari petang. Sedap jugak petang-petang ni duduk-duduk sambil menikmati sisa-sisa usia.

Photo

Monday, December 21, 2009

pada 10:23 PM


A Ba Ta
Dipos oleh avid

Atas permintaan ramai, gua buat je la entri ni. Jumaat itu hari, gua pergi tengok Avatar. Gua denagr-dengar buzz dari press dan TV mengatakan ni movie paling mahal di dunia setakat ni. Mengalahkan Titanic. Gua dah pelik. Apa jadah cerita Avatar ni sampai berbilion ni? Kartun Avatar: The Last Airbender tu macam Ben 10 je gua tengok kualitinya. Apahal sampai panggil James Cameron buat movie pasal kartun ni? Lagi seronok tengok binatang Wonderpet melalak. (The whole world would be insane if there would be Wonderpet The Movie)

FYI, kartun Avatar takde kena mengena dengan movie ni. Kepada adik-adik yang ingat ni movie kartun Avatar, sila berhenti ajak mak ayah pergi cinema tengok cerita ni sebab cerita ni bosan. Ni cerita orang besar. Ada comolot la, dating-dating la. Kepada ibu bapa lak, jangan ngada-ngada bawak anak under 13 tahun masuk tengok cerita ni. Rating PG 13. Hangin je gua dengan budak kecik yang duduk belakang gua itu hari. Ada ke ajak gua main cak cak. Bila gua tak layan, kacau the-ultimate-girl-next-door gua pulak.

Movie ni dapat rating 8.9 kat IMDB. FYI, last movie terbaru yang dapat rating lebih 8 kat IMDB adalah Batman: The Dark Knight. Ada reason kenapa orang rate sampai dapat 8.9.

1. Grafik yang astaghfirullahal azim. Kalau koma ada spek 3D, bawak sekali masa nak tengok.
2. Konsep dan idea dalam movie ni sangat-sangat kreatif dan by creative I don't mean KRU Motion; Cicakman punya kreatif.
3. Cerita ni cerita happy ending. Macam Snow White dan Cinderella punya happy ending. Sape suka ending macam cerita Eden Lake?

Jalan cerita gua malas nak ulas sebab gua malas. Jalan cerita agak predictable tapi semua kekurangan tu ditutup dengan lakonan mantap semua pelakon, grafik cantik suma. Berbaloi dengan harga tiket. One more thing, gua sarankan koma tengok movie ni di cinema yang sound system nya superb. Bukan kat crappy cinema macam MBO Giant Skudai.

Photo

Sunday, December 20, 2009

pada 3:09 PM


Penangan Sinar. fm
Dipos oleh avid

Semuanya bermula pada tahun 2002. Ya, tahun 2002 lagi. Dah la entri lepas gua baru cerita pasal gua kena belasah senior pada 2002. Entah, 2002 banyak mengajar gua pasal hidup. Tahun tu gak la gua 1st time ponteng kelas prep gara-gara World Cup. Tahun tu gak la tiba-tiba gua dapat chocolate bar kat bawah meja dari sorang budak perempuan. Tahun tu gak la gua sedar adalah perbuatan keji untuk berkongsi chocolate bar pemberian budak perempuan tu dengan satu classmate laki.

Balik lepas tengok Avatar pukul 11 tadi, gua makan malam dengan the-ultimate-girl-next-door. Sape dia the-ultimate-girl-next-door gua? Nanti la gua cerita. Siri lain. Mungkin lepas gua jumpa bapak dia nanti. Gua makan nasi gorenag ikan masin. Dia makan tomyam ngan nasi kosong. Masa tu, ada satu kafe pasang Sinar.fm tahap kuat nak kena lempang punya. Lagu Spring 'Sampainya Hati' berkumandang. Dalam sub-sedar, tiba-tiba gua sing along lagu tu.

"What the hell, dude. You are a punk rocker through and through!" kata jiwa kebaratan gua.

"Kepala hotak lu. Lu orang Melayu. Ni memang lagu lu masa kecik-kecik dulu!" balas jiwa ketimuran gua.

Gua biarkan mereka bergaduh. Gua terus sing along sampai habis lagu. Bila lagu seterusnya main, lagu Broery Marantika. Gua tak tau nak nyanyi. Jadi, gua makan.

Sebelum 2002, iaitu sebelum gua dapat 1st walkman gua, gua dengar rock kapak. Kumpulan Iklim kumpulan faveret gua. Sape kutuk Saleem masa tu, gua terajang tanpa kompromi. Lepas dapat walkman Sony gua, gua start dengar Hitz.fm. Satu-satu gua belajar. Kylie Minogue. S Club 7. No Doubt. Christina Aguilera. Mariah Carey. Faith Hill. Cais! Apa jadah penyanyi pop je gua mention ni? Disebabkan walkman gua ada pemain kaset sekali, gua rasa gua perlu beli kaset. Jadi, gua pergi ke kedai kaset kat Terminal One, Seremban. Tapi gua tak tau kaset apa jadah gua nak beli. Jadi, secara random, gua angkat kaset Blink 182; Take Off Your Pants and Jacket.

Lepas Blink 182, gua angkat Green Day. The Strokes. All American Rejects. Bowling For Soup. Rancid. Sex Pistols. Ramones. Less Than Jake. The Vandal. The Clash. Macam-macam. Sedar tak sedar gua dah tak dengar lagu Melayu hampir 5 tahun sampai la kewujudan Hujan masa gua dengar lagu Pagi Yang Gelap kat radio kereta member gua pada 2007. Mati-mati gua ingat band Indonesia ceruk estet mana yang buat lagu tu. Sedap pulak. Bangga akhirnya ada lagu buatan Malaysia yang berjaya membuatkan sesi mandi dan buang air gua lebih berjiwa ketimuran dengan dendangan lagu-lagu Malaysia dari suara gua.

Balik bilik lepas makan, gua terus bukak folder koleksi lagu rock kapak gua. Gua ulang lagu Iklim - Gerhana Cinta Luka 7 kali. Gua berkaroeke kejap. Budak bilik sebelah dah start ketuk pintu bilik gua pakai penyapu.

P/S: Babi best cerita Avatar.

Photo

Saturday, December 19, 2009

pada 2:02 AM


Teori gua dalam entri ni ternyata berhasil lagi.

Tepat jam 8 malam waktu Malaysia tadi, pasukan bola sepak Malaysia yang tak pernah-pernah orang ambik tahu tiba-tiba masuk seksyen berita utama dalam Buletin Utama TV3. Last time pasukan bola negara masuk berita utama dalam Buletin Utama adalah masa Malaysia beat Thailand 3-0 dulu. Gua tak ingat competition apa. Tapi rasanya Tiger Cup. Indra score free kick lawa masa tu.

Tahniah buat K. Rajagobal. Dan terima kasih juga buat K. Rajagobal sebab tak pakai taktik tradisional 4-4-2 macam B. Sathianathan dan Abdul Rahman Ibrahim pakai dulu. Striker Malaysia badan kecik-kecik. Kalau main traditional 4-4-2, letak Maicon sebagai bek kanan pun kita takkan score melainkan Didier Drogba tiba-tiba tukar kerakyatan dan jadi rakyat Malaysia.

Secara taktikalnya, K. Rajagobal memang spot-on petang tadi. Meskipun main 4-4-2, Rajagobal tak suruh wingernya cross bola tinggi-tinggi. Tempo game dilajukan dan winger main low cross je. Bijak bagi gua. Bertepatan dengan fizikal pemain Malaysia. Bek kanan dan bek kiri; Nasriq Baharum dan Mat Sabre Abu bermain cemerlang. Winger pulak tak abaikan defensive duties mereka. Setiap kali Vietnam attack, winger sentiasa track back dan tolong bek masing-masing. Keeper pun nampak convincing and safe when called upon. Centre back walaupun ada moment of slopiness tapi recovered well. A bit lucky to get away after the hotshot of Vietnam missed a sitter during injury time, though.

Yang gua nak komen, midfield tengah. Safiq Rahim masa 1st half memang tak guna. Dapat bola asyik nak buat through ball straight kat striker je. Sabar la dulu. Pass kat winger la brader. Gunakan width padang tu. Paling gua hangin defensive midfield match tu. Guru nama kat jersinya. Tahan bola macam budak Estet Jenderata main bola. Fail sesaja. Senang hilang bola. Bila kena closed down dengan midfield Vietnam, terus hilang posession. Main simple dah la macha. Lu nampak area lu crowded lu passing la balik kat centre back. Pastu biar centre back bypass midfield by pumping long ball ke striker terus. Simple. Jangan la bajet macam lu tu Esteban Cambiasso.

Overall, defender Malaysia banyak buat interception sebab mereka jaga space dengan baik. Pastu, bek kiri Malaysia lak jenis nonsense punya attitude. Nampak Vietnam bawak bola je, terus hassle. Get stuck in. Memang tak hidup langsung kapten Vietnam tuh. Buat Aidil, lu tu centre back. Tak payah la main fancy. Simple sudah. Ini nak buat Cruyff turn la, apa la. Gua harap lu baca blog gua.

Oh yeah. Satu lagi cerita menarik untuk diceritakan kepada cucu-cucu gua masa gua duduk kerusi malas di pagi Ahad sambil minum teh di koridor.

Photo

Thursday, December 17, 2009

pada 10:36 PM


Muqadimah: Untuk entri ni, gua kena tukar kata ganti diri yang lebih 'nerdy' sikit sebab benda ni berlaku masa zaman pre-ganas gua.

Benda ni berlaku semasa saya berasmara di sekolah asmara di Negeri Sembilan. Masa tu 2002. Saya tingkatan dua. Baligh pun belum masa tu. Tinggi saya pun sekitar 160-169 cm masa tu. Suara saya pun tak pecah lagi. Ada macam suara Upin kalau saya kenang balik. Perkataan masturbation pun saya tak tau apa jadahnya tu. Otak saya suci lagi.

Masa tu cuti Maal Hijrah entah ke berapa hijriah. Ramai budak balik rumah. Tapi bagi saya, kalau cuti kurang seminggu memang tak merasa la saya balik rumah. Tiket balik rumah mahal. Belanja sebulan saya pun RM50 je. Nak beli sabun lagi. Minyak rambut lagi. Kreko lagi. Jadi saya stay kat asrama je.

Oleh kerana stay kat asrama ni boring, saya mintak CIkgu Ida Sharini untuk bukak lab Multimedia malam tu. Sambil-sambil dengar lagu Bola-bola Api nyanyian Achik Spin dan Nana kat drive C komputer di situ, best jugak dapat surf Internet. Malam tu, saya dan beberapa rakan pun pergi la lab Multimedia selepas Cikgu Ida Sharini bagi kunci lab. Tapi Cikgu Ida Sharini bagi kunci dengan satu syarat. Jangan bagi budak Form 3 masuk, katanya. Dia ban semua Form 3 masuk lab Multimedia lepas beberapa budak Form 3 kantoi meng-install game perang kat situ.

Masa tengah kami syok berinternet, tiba-tiba ada 5 orang budak Form 3 nak masuk lab. Saya cakap la dorang tak boleh masuk. Tapi budak Form 3 tak puas hati. Malam tu, lepas saya balik lab saya terus terbongkang tidur. Tiba-tiba, pintu bilik saya dihentam bertalu-talu. Terkejut saya dibuatnya. Saya bukak pintu. 2 orang budak Form 3 tarik saya pergi ke bilik Zaki Suhud, salah satu Form 3 paling lancau pernah saya jumpa. Di bilik tu, dah tersadai empat orang rakan saya yang lain.

Kami disuruh berdiri bersandar dinding. Kemudian, sekor-sekor daripada kami ditumbuk Ah Chong di perut. Disebabkan saya yang 1st kena, tumbukan Ah Chong paling padu kena kat saya. Senak sial. Lepas tu, Shafizan Sarpan ambik penyapu kayu. Dihayunnya penyapu tu kat perut kami lagi. Babi, sakit sial. Lepas tu, Zharif Mat Ariffin pulak beraksi. Diambiknya selipar jamban jenama Tat Sing nya lalu ditamparnya muka kami dengan selipar tu. Dah la selipar tu basah. Macam sial. Lepas tu, kami disoal siasat. Bukan pasal lab tu je mereka tak puas hati dengan kami, pasal kami buat muka slack la. Sebab kami tak bagi salam la. Lepas soal siasat, sesi belasah lagi. Paling tak boleh blah, sekor-sekor kami disuruh masuk dalam tong sampah kosong lalu kami disepak terajang. Terguling-terguling saya kena terajang.

Dari pukul 2 sampai la azan Subuh. Masa azan Subuh berkumandang, budak Form 3 stop belasah. Saya dan rakan-rakan balik bilik dengan pengalaman untuk dicerita kepada anak cucu kelak. Meskipun saya dibelasah begitu, saya tak report warden. Saya ingat saya nak belasah junior bila saya naik Form 3 nanti. Tapi ternyata masa saya Form 3, saya terlalu mulia untuk tugas membelasah junior sampai saya dijadikan antara senior faveret mereka. Mungkin jawatan saya sebagai Rakan Surau membentuk persepsi sebegitu.

P/S: Ironiknya, salah satu budak Form 3 yang belasah gua tu satu kelas dengan gua masa kelas Termodinamik dulu. Rasa nak terajang je dia bila dah baligh dan membesar badak sekarang ni.

Photo

Wednesday, December 16, 2009

pada 10:40 PM


Setelah lama berkelana mencari penawar sakit gua, akhirnya gua kembali. Daddy's home. Sori la gua tinggal koma seminggu. Gua tunggu koma hantar gua limau masa gua demam tapi sebijik limau pun tak sampai ke tangan gua. Apa cite? Hantar limau Facebook pun jadi la. Tapi kat Facebook gua sebijik limau apatah lagi kek Secret Recipe pun takde. Apa cite?

Semalam gua pergi ke gig DiGi Unlimited Music kat City Plaza, JB. Banyak band yang gua minat main. Statik ada. They Will Kill Us All ada. One Buck Short ada. Bittersweet ada. Pure Vibracion tu pun ada. Gua ingat usaha DiGi tu memang mantap. Prana yang baru bergabung pun dia panggil balik.



Masa gua sampai-sampai je, Statik start main. Band ni main Britpop, Britrock gitu. Ada bau-bau macam Oasis, The Verve. Gua tengok vokalis kidalnya steady je main sambil nyanyi. Lagu pun sedap. Gua memang salute band ni sebab walau pun masa tu 1st time gua dengar Statik main, gua suka semua lagu yang Statik main. Catchy.

Lepas tu, One Buck Short main. Bassist band ni memang gila. Gua ingat dalam banyak-banyak band yang main itu hari, band ni je buat crowdsurfing. Tapi yang paling gua hangin, si vokalis gemuk tu. Mooqie. Main empat lagu je. Wei, pancit ke? Masa gua tengah semayang Asar, They Will Kill Us All pulak main. Melepas gua nak dengar lagu 'Running Up The Hills' dorang. Tunggu la gua habis semayang dulu. Caih..

Lepas tu turn Prana pulak main. Serius. Gua takde idea ni band apa jadah. Nama band macam main punk. Rupa-rupanya main rapcore. Ada macam Limp Bizkit gua tengok. Line-up suma orang putih. Bassist Prana ni gua perati paling ganas. Satu-satunya bassist yang pakai teknik 'slap and pop' masa main. Gua tengok bassist dia macam gua tengok Watson Nyambek berlatih kat padang sekolah gua dulu. Lalat masuk mulut gua tak sedar punya.

Masuk turn Seven Collar T-Shirt, gua expect performance vocalist yang paling tip-top. Memang gua tak silap. Vocalist band ni memang top class. Vocal macam dengar kaset. Main tight macam dengar kaset. Sampai lagu 'Faith' gua syak awek-awek semua menangis leleh-leleh. Gua pelik. Apasal la band ni tak masuk international scene. Showmanship band ni paling tip-top malam tu sampai la giliran Pure Vibracion main.

Pure Vibracion memang class. Band ni tukar semua headbanger kepada penggoyang bontot. Suma bajet layan ska. Gua rasa nak muntah tengok sorang minah tudung tergelek-gelek mengalahkan hippies hisap marijuana. Semayang Asar tak pulak. Hish..

Last performance, Bittersweet punya turn. Gua dari belakang masuk pergi crowd paling depan skali. Sapa tak minat Bittersweet beb.. Masa sound check, gua pelik. Gua tak nampak Pijie. Gua syak Pijie pegi berak dulu. Tapi dah start pun gua tak nampak Pijie. Last-last, keyboardist dorang bagitau Pijie ngan gitaris kedua dorang tak datang. Hancur musnah la semuanya. Impian yang bumi tinggal menjadi kenang-kenanganku. Lemah semangat gua tengok vocalist ganti dorang. Muka jambu tak hingat macam budak-budak Click Five. Masa crowd mintak main lagu lebih skit sebab baru pukul lapan, vocalist tu jawab.

" Err...tak bolah la. Saya nak sekolah esok."

Gua ajak bebudak lain karate budak tu. Pakcik Rela dah bukak bunga silatnya. Datang jauh-jauh tak nyanyi Burn Berlin Down. Sah tak hapal lirik.

Photo

Monday, December 14, 2009

pada 10:27 PM


Patogen Kurang Hajar
Dipos oleh avid

Demam. Hidung stuffed dengan slimy cendol. Nak tidur ke main payah. Projek Sarjana Muda kena delay. Malam ni gua balik kampung. Nak mencuba kaedah perubatan masa silam. Sori gua tak dapat lawat koma semua. Gonna catch you up sooner rather than later.

Siapa ada tabiat memberi limau Sunkist atau buah tembikai secara pukal kepada orang sakit, dipersilakan datang ke alamat berikut:

No.1, Kuarters PKP Kecil,
Sungai Nipah,
Kampung Simpang Lima,
45300 Sg. Besar, Selangor.

Pos-pos pun boleh gak tapi gua tak tanggung belanja pos.

Photo

Thursday, December 3, 2009

pada 10:01 AM


Semua orang cerita pasal raya Haji, gua pun tak nak kalah.

Masa raya Haji lepas, gua kat Bandung. Orang sana claim Bandung ni Paris van Java. Entah hape Paris ntah gua pun sangsi. Kat Paris ada gunung berapi ke? Pagi raya itu hari, gua start dengan semayang Subuh pukul 5. Hambik ko. Kat Malaysia semayang pukul 10. Tapi pukul 5-pukul 5 dia pun, cerah macam pukul 7 kat Skudai. Lepas semayang Subuh, gua kejutkan roomate gua. Hambik ko. Kat Malaysia, awek kejut call beratus-ratus kali pun tak bangun.

Sarapan pagi raya gua bukan rendang, serunding, lontong apa jadah yang orang makan semasa pagi raya. Gua makan toast pagi-pagi raya itu hari. Hambik ko. JWW Birch pun tak makan toast pagi-pagi Krismas. Lepas sarapan, gua dan rakan-rakan bergegas berjalan pergi masjid berdekatan. Rakan perempuan gua yang jalan sama nak pergi masjid pelik tengok orang perempuan Indonesia lain semua bawak kotak. Sampai-sampai masjid, hambik ko. Sembahyang atas jalan tar. Ha, pandai-pandai la koma cari lapik. Sejadah pun tak bawak.

Masuk masjid, ternyata gua dan rakan-rakan antara yang terlambat. Baru duduk 5 minit, terus iqamah. Better late than never. Gua syak jemaah kat belakang dah kutuk-kutuk gua. Orang pakai songkok kopiah, gua pakai topi komunis. Orang pakai kain pelikat, gua pakai jeans Levi's siam. Nasib gua bertakbir suara lunak. Imam offer gua mikrofon untuk lead takbir, tapi gua tolak sopan atas alasan gua lebih kepada back-up back-up je.

Habis semayang, dengar khutbah. Gua paham sikit-sikit. Gua paling hangin dengan bilal masjid itu hari. Meleret-leret dia punya bacaan sebelum imam bagi khutbah. Tak nak kalah. Tau la suara sedap. Pensyarah gua, Dr. Paul McCartney (sebab muka dia macam Paul McCartney) siap kata nak fast forward je part bilal tu. Stoddart gelak-gelak je dengar. Tapi memang betul. Keep it simple sudah. Kena transfer jadi bilal kat Felda Triang Hilir kang baru tau.

Lepas semayang, gua dan rakan-rakan check-out hotel dan bertolak meninggalkan Bandung menuju Jogjakarta. Terus-terang, sampai sekarang gua tak merasa daging lembu lagi. Si Judiene boleh lak cerita pasal daging masak kicap, daging masak tumis dia. Gua terajang dia gak kang.

Photo

Tuesday, December 1, 2009

pada 6:35 PM


Cerita ni fresh lagi.

Malam semalam, dalam pukul 9 gitu gua dan rakan-rakan sampai ke LCCT dari Jakarta. Turun kapal terbang gua tolong sorang rakan gua ni angkat barang dia. Babi berat beg dia. Gua syak dia beli pembantu rumah untuk hadiah mak dia. Gua jalan belakang Stoddart. Stoddart punya barang lagi banyak. Dengan beg kain batiknya, gua hampir-hampir ingat depan gua tu pakcik Indonesia nak berniaga pasar malam jual minyak gamat. Nasib baik beg galasnya jenama Nike.

Lepas check passport apa semua, gua dan rakan-rakan tunggu ambik bagasi kat bahagian baggage claim. Tengah tunggu-tunggu, mata gua tiba-tiba tertumpu kat satu menatang yang gua tau tak sepatutnya berada kat mesin pusing-pusing tu. Gua sangsi antara G-string atau panties. Tapi gua rasa menatang tu panties. Gua tengok foreigner sebelah gua pun usha pelik. Awek dia tersengih-sengih.

Makin lama panties tu makin dekat kat tempat gua berdiri. Perghh...BUM Equipment tuh jenamanya. Kaler biru tua. Ada belang-belang horizontal berkalaer biru muda skit. Gua dah stat sengih-sengih dengan rakan-rakan lain. Gua syak brader yang ambik baggage dari kargo kapal terbang saja-saja letak panties tu. Tiba-tiba, Stoddart kucar-kacir ambik spender tu. Satu airport gelak guling-guling.




P/S: Kalau itu spender gua, gua rela beli baru. Ah, lagi satu. Gua nak hire sorang untuk tembak Cashley Cole. Setakat ni, baru Max Payne hantar resume.

Photo

Monday, November 30, 2009

pada 2:08 PM


OK. Ni entri last gua sebelum gua balik mengaji Muqaddam kat Indonesia bermula pagi Ahad esok. Gua nak bagi ilmu feqah pasal semayang Jumaat.

Back in 2005, macam Jumaat sebelum sebelum tu, hampir semua budak sekolah gua bantai tidur masa khutbah Jumaat. Termasuk gua. Kalau ada budak tak tidur, bermakna sama ada khatib tu memang otai atau pun budak tu bantai tidur dalam kelas. Gua syak kalau bantai orang tidur ada dalam rukun khutbah, dah lama khatib turun mimbar hayun tongkat fancy-nya kat bebudak sekolah gua.

Satu hari, macam biasa budak-budak sekolah gua masuk masjid. Duduk diam-diam. Khutbah start. Sekor sekor bantai tidur. Ada yang tidur menongkat dagu sambil bersila. Ada yang landing kepala kat carpet terus sambil bersila. Budak-budak kurus biasa buat perangai macam ni. Budak-budak gemuk bersandar kat dinding, tidur menganga. Ada yang landing kepala kat peha member sebelah.

Bila khutbah habis, bilal start iqamah. Masing-masing kucar-kacir bangun. Disebabkan tidur sambil bersila, kaki biasa kebas. Masa kaki kebas ni la banyak budak sekolah gua 'berzapin'. tarian zapin sebelum semayang terjadi bila kaki lu kebas, lu nak berdiri pun payah. Kalau lu berdiri gak, confirm lu berzapin. Keh keh.

Masa semayang itu hari, gua semayang belakang budak kelas gua; James Franco. Masa imam bangun dari sujud rakaat pertama, gua tengok James tak bangun-bangun sujud. Gua syak James mati beriman. Gua baca Mastika orang mati masa sujud ni biasa orang soleh je. Tak tau pulak gua James ni soleh orangnya. Mengutuk Arsenal no. 1. Soleh apa kebendanya tu. Imam dah siap bagi salam kedua, James tak bangun-bangun sujud lagi. Member James kat sebelah cuit bahunya. James terus bangun sujud dan sambung rakaat kedua. Gua kat saf belakang bantai gelak guling-guling dengan siak masjid. Hahahaha.



Bak kata James, cite ni buat pengajaran. Ni gua bagi pengajarannya:
Lu jangan jadi macam James! Hahaha...

Photo

Saturday, November 21, 2009

pada 4:45 AM


UPSR dah lepas. Result dah tau. Sekarang gua syak masing-masing kelam-kabut isi borang masuk asmara. Entah hape best masuk asmara gua pun tak tau.

Back in 2000, lepas dapat keputusan UPSR mak gua kucar-kacir mengatur masa depan gua dengan merembat seberapa borang asmara sebanyak mungkin. Gua pulak tak habis-habis main digimon. Pantang jumpa budak yang ada digimon, gua ajak berlaga dengan binatang digimonnya. Tak matang langsung, marah bapak gua. Bapak gua kata masa dia umur 12 tahun dia keliling kampung jual ais krim. Gua bukak peti ais sebijik ice pong pun takde. Macam mana gua nak jual?

Setelah beberapa ketika, gua dapat surat tawaran masuk sekolah asrama. Mak gua jadi super kucar-kacir. Dibawaknya gua pergi kedai jahit untuk tempah uniform sekolah, kedai kasut untuk kasut sekolah gua, supermarket untuk stok makanan locker gua dan macam-macam benda yang budak asrama pakai. Disebabkan keluarga gua masa tu tak loaded, mak gua pergi gadai barang kemasnya sebelum beli barang-barang kelengkapan asrama (Trimas, mak). Gua pulak boleh ngada-ngada mintak buat uniform gua kat butik Armani.

Hari pendaftaran hari Ahad. Disebabkan rumah gua jauh, family gua bertolak Sabtu pagi. Menumpang rumah pak cik kat Senawang. Pagi Ahad nak pergi daftar tu, perut gua rasa lain macam. Memikirkan gua bakal duduk asrama, duduk sorang-sorang, mak gua jauh beribu batu, membuatkan gua rasa macam tanak masuk asrama. Tapi gua tak rela ditampar bapak gua di pagi Ahad yang ceria itu hari. Jadi, gua diam je sepanjang perjalanan pergi asrama buat pertama kali.

Lepas daftar, gua pergi lunch dengan mak bapak gua kat satu restoran hidup-segan-mati-tak-mahu tak jauh dari asrama. Gua savor setiap moment makan dengan family gua masa tu. Entah nape, syahdu semacam gua rasa tengahari tu. Mak gua macam biasa. Excited je muka. Bapak gua lagi tak bole blah. Muka toye je. Gaya macam gua masuk Henry Gurney.

Habis lunch, bapak gua kata dia nak balik. Mak gua pun kata nak balik. "Dah takde pape lagi kan? Biskut roti suma ada kan? Sabun apa suma dah beli siap kan?" tanya mak gua. Gua angguk pelan. Tekak gua rasa perit. Masa tengah salam cium tangan mak gua sebelum dia balik, gua give up. Gua menangis jugak akhirnya. Babi. Belum pape dah homesick. Mak bapak gua senyum je sambil pujuk-pujuk gua. Last-last, dorang balik gak. Gua lepak tandas habiskan tangisan gua. Hahaha.

P/S buat adik gua: Aku tak sabar nak tengok ko nangis plak nanti! Hahaha...

P/S buat koma: Jangan lupa jawab poll hijau gua tu.

Photo

Friday, November 20, 2009

pada 5:26 AM


"Tu la, lain kali pergi perpustakaan pinjam la buku cerita English sikit. Ini tak, pinjam buku ntah pahape. Nelayan Yang Jujur lah. Sang Kancil dan Kawan-Kawan lah. Rumah Berpuaka lah. Kan dah dapat B UPSR," bebel gua.

"Nak buat macam mana. Belajar English kat sekolah pun pakai Bahasa Melayu."

Gua rasa nak terajang cikgu yang mengajar English tu. Hancur harapan nak tengok adik gua masuk MCKK.

P/S: Adik gua dapat 4A 1B. Okey la.

Photo

Thursday, November 19, 2009

pada 5:08 PM


Lu Memang Lubang Dubur
Dipos oleh avid

Sementara menunggu play-off World Cup 2010 antara Bosnia dan Portugal, gua nak cerita lagi. Gua nak Bosnia menang. Edin Dzeko tengah berapi sekarang.

Satu hari, sedang gua tengah sedap-sedap bersemayam atas kerusi main Football Manager 2009, pintu bilik gua diketuk. Ketuknya slow takat dengar cukup-cukup je. Sopan je. Gua syak gadis-gadis yang baru habis training volleyball kat court berdekatan mintak tumpang rehat bilik gua. Mungkin nak pinjam tuala gua pergi mandi sekali.

Bukak-bukak pintu, laa....Tabligh.

"Assalamualaikum. Kami ni nak ziarah la ni. Menghidupkan sunnah Rasulullah SAW... ... ..." Gua lost sampai situ. Gua angguk-angguk kepala setiap 20 saat untuk mempercepatkan proses. Dah la pakai boxer je. Pintu gua bukak 1/3 je. Betis hitam gua sorok balik pintu. Kepala je terpacul dari pintu sambil dengar tazkirah tabligh.

Sebelum beredar, brader tabligh ajak gua pergi ke Kem Ibadah kat JB. Kebetulan masa tu dah habis exam. Disebabkan gua tak mendengar sangat apa brader tabligh tu cakap, gua angguk je. Tau-tau, brader tabligh mintak nama penuh dengan no. telefon gua. Gua pun bagi. Brader tabligh beredar. Gua tutup pintu. Sebaik saja tutup pintu, gua tau gua dah melakukan perkara yang gua tak sangka gua lakukan. Gua bakal pergi Kem Ibadah, wei....!

Tiba hari Kem Ibadah tu, henset gua vibrate tak henti-henti. Saje gua silent. Gua tengok skrin henset. Babi. 32 missed call. Brader tabligh tu memang gigih. Gua ligat berfikir macam mana nak keluar dari bala satu ni. Lalu, gua keluar bilik. Cepat-cepat gua jalan pergi ke tempat parking moto gua. Gua stat moto, gua pecut pergi kolej paling jauh dari kolej gua. Kolej 10. Henset gua tinggal bilik.

Sampai kolej 10, gua lepak bilik Putera Arjuna. Gua suka lepak bilik dia sebab bilik budak lain macam sial punya busuk. Bilik Putera Arjuna kemas la sikit. Sambil lepak, gua sembang-sembang dengannya pasal gua tengah lari dari tabligh. Tengah sedap bersembang, gua ternampak Putera Arjuna edit HTML blog dia. Out of nothing, tiba-tiba gua mintak Putera Arjuna buatkan blog untuk gua. Jadi, dari situ la lahirnya blog Aku Dok Kampung Juga ni.

Jam dah pukul 12 tengahari. Gua bajet tabligh dah pergi Kem Ibadah tanpa gua. Gua bajet dorang paham gua memang asshole. Gua balik bilik dan gua buat entri pertama blog gua. Bersejarah betul bila gua kenang.

P/S: Nak kutuk gua boleh tapi jangan guna 'asshole'. Gua syak brader tabligh dah cop pakai 'asshole' dulu.

Edited: Roommate gua; Andrey Arshavin menangis-nangis balik padang main bola kat Slovenia tadi. Gua ingat nak bawak dia balik kampung gua masa musim World Cup 2010 nanti. (19 Nov 2009, 6.03 AM)

Photo

pada 2:33 AM


Entri Bermutu Samy.
Dipos oleh avid

Semalam gua malas nak update blog. Jenguk pun malas. Lepas je siap download PES 2010 Reloaded punya version, gua terus install dan main terus. Wow. Gua main sambil nganga mulut. Grafik lawa gila. Tapi game still terasa ringannya.

Hari ni gua nak cerita sejarah penglibatan gua dalam dunia blog Malaysia. Gua bermula sebagai 'leecher'. Masa tu 2007. Gua tengah search pasal salah satu band favourite gua - Joy Division. Tengah gua mencari-cari bahan bacaan berkualiti pasal Joy Division, tiba-tiba gua nampak satu blog ni. Nama penulisnya Melayu Minimalis (MM). Brader MM ni unik dari segi penulisannya yang menggambarkan dia seorang yang kritis dan pada masa yang sama bijak. Artikelnya banyak berkisar tentang analisis kritikalnya tentang kehidupan, fesyen dan muzik. Nak pulak dia minat British music scene. Lagi la gua suka. Meskipun dia minum arak apa suma, gua masih respek MM dari segi pemikirannya yang tak ortodoks dan konservatif tetapi pada masa yang sama menarik. MM bagi gua perspektif yang lain bagi otak gua dalam melihat kehidupan.

Banda paling gua suka: Siri 'Tafsiran'. Contohnya, dia bagitau macam mana dia mentafsirkan 'Lelaki Ampang'.

Daripada blog MM, gua terklik banyak link blog lain. Tapi satu pun gua tak menusuk jiwa kalbu gua sampailah ke blog brader Pipi. Bagi gua, blog Pipi macam majalah Ujang zaman gua sekolah dulu. Ujang zaman sekarang macam gampang. Disebabkan personaliti gua yang memang humourous, gua melekat dengan blog Pipi right away! Menariknya Pipi ni, apa-apa yang dia tulis, gua mesti gelak. Stail lawak dia bukan stail Cecupak. Walaupun serius, tapi still boleh buat gua gelak. Blog Pipi ni memang terkenal sangat. Gua rasa lu orang pun kenal.

Benda paling gua suka: 'Detail' (ketelitian) yang diterapkan setiap kali dia menulis cerita. Detail ni la yang selalu buat gua gelak. Sepak bola kempis la. Sergah ayam la. Benda kecik tapi bagi gua benda kecik tu la 'ajinomoto' artikel dia.

Kemudian, dari blog PP gua kenal blog brader Lucy. Brader Lucy ni saduran MM + Pipi. Amacam? Bagi gua, Lucy ni memang bijak orangnya. Kalau dia tulis artikel, gua selalu sangat dapat info baru. Gua pernah baca satu artikel pasal bola sepak Malaysia nukilan Lucy. Ideanya untuk membangunkan balik bola sepak Malaysia memang bijak. Gua baca berkali-kali untuk pahamkan betul-betul ideanya. Sedih jugak la bila FAM langsung tak reply cadangannya bila dihantar emel. Kata kat website 'untuk sebarang cadangan dan komen sila emel kepada ....' dah hantar emel tak reply pulak!

Benda paling gua suka: Artikel ni. FYI, idea Lucy ni bakal diterbitkan oleh kolumnis Sinar Harian buat tatapan Sultan bola tika bersemayam di Genting Highland.

P/S: Tiga bloggers ni memang tahap mahaguru. So, tak payah nak jeles-jeles. Banyak benda kita boleh belajar dari orang-orang biasa macam ni lebih daripada orang kenamaan besar-besar.

Photo

Wednesday, November 18, 2009

pada 1:09 PM


Reincarnation
Dipos oleh avid

Have you ever done something awful and degrading? You thought it will disappoint the person you feel important in your life and you decided not to tell her/him about that? Or maybe you thought he/she might as well knew about it sooner or later and you decided to avoid him/her in every opportunity comes?

You were afraid of his/her thought. The thought of him/her beating the crap out of you made things even worse. Soon enough before you realize it, it has been months since the last time you talk to him/her. You chickened out to confront with your own fear. You thought it's best to let the nature and time take their course (You want him/her to call you first).

But, he/she never called you. You gave up waiting and you took a hell of a step to call him/her. You were ready to swallow your pride. You realized he/she might swear at you for God knows how long, so you prepared a well-prepared script before you talk to him/her.

Then, you call him/her. Suddenly.....

"Aww....you poor little fella. Why don't you call me sooner...? Allahuakbar..I thought you've committed suicide!" He/She greeted your call with his/her cute baby talk (in my case, she did).

After one nice phone call with him/her, you drew a smirk on your face.

"I fucking did it.....!!" It felt like you were reborned. Kinda like reincarnation (hey, I don't believe it). Pheww....

Edited: She is my lecturer. (17 Nov 2009, 12.40am)

Photo

Monday, November 16, 2009

pada 5:52 PM


Tantrum...!!!
Dipos oleh avid

Gua rasa nak paranawei je malam-malam buta ni. Kat mana ada jual Tantrum?

P/S: Oh, gembiranya Barney dah clash dengan Robin.

Photo

pada 2:31 AM


Satu hari, gua tengok-tengok iklan kat arked Mentari masa gua tengah berteduh hujan. Ada sorang foreigner berdiri tak jauh dari gua. Foreigner tu tengah tunggu bas. Baru balik PSZ (library) la kot rasanya. Muka pun nerd semacam.

"Why is it always raining lately?" tiba-tiba foreigner tu tanya dengan accent Arabnya.

"Err...I don't know. Perhaps we're in a monsoon season." Gua main jawab. Suka hati pala hotak ko je jawab monsun, getus hati gua yang dah lama tak speaking.

"Is it? Really? Because I was told by my wife in Singapore, there are no rain whatsoever over there for past three hours. It was sunny over there"

"La...ye ke? I mean, really?" Gua makin pelik. Boleh citer kat Mastika ni. Kosmo pun boleh. Harian Metro gua kena tambah citer ada pesta seks skit.

"Yes! Look, my wife texted me." Gua tengok SMS bini dia. Haah. Memang betul bini dia kata kat Singapore tak hujan. Skudai ke Singapore takde la jauh bebenor. Gua makin diselubungi misteri nusantara. Takkan la bini dia nak tipu dia. Takde pekdah pun.

"Well, I'll be damned.." gua balas.

" I know. Weird, huh?" Foreigner tu senyum kat gua.

***

Meteorologist, anyone?

Photo

Sunday, November 15, 2009

pada 6:41 PM


Masa gua sekolah dulu gua rumah hijau. Kat sekolah gua, rumah hijau ni dikira rumah paling 'kulop' la. Budak gemuk-gemuk semua hantar ke rumah hijau. Tak adil betul. Rumah merah pulak ramai wakil-wakil sekolah. Sani yang wakil sekolah dalam bola MSSD sejak darjah 4 tu pun rumah merah. (masa gua sekolah dulu, sapa-sapa yang dah main bola untuk sekolah masa darjah 4, memang power la budak tu).

Jadi setiap kali saringan untuk pilih wakil rumah hijau dalam sukan tahunan, memang gua dan sorang-lagi-budak-yang-gua-dah-lupa-nama yang no 1. Gua pun takde la power sangat. Punya la rendah standard rumah hijau dulu. Nak buktikan yang memang rumah hijau kulop, gua yang mewakili rumah hijau setelah dapat no 1 masa lari 100 meter dalam saringan sesama rumah hijau, dapat tempat second last masa final acara 100 meter. Yang dapat last tu memang bengap. Gua syak dia tunggu orang kira sampai 10 baru dia start lari.

Tapi ada satu acara yang gua expert. Acara lompat jauh. Dalam sekolah, ada dua orang je boleh kayuh di udara dalam acara lompat jauh. Ruzaidi budak jongang dengan gua. Ruzaidi rumah kuning. Masa acara final lompat jauh, gua dan Ruzaidi bersaing neck and neck. Kejap gua jauh. Kejap dia yang jauh pulak. Saingan sengit. Akhirnya gua kalah. Ruzaidi dapat no.1.

Masa acara penyampaian hadiah, gua naik ke podium no.2 dengan muka bangga. Selepas upacara menyanyikan lagu kebangsaan rumah kuning, upacara menyampaikan medal dimulakan. Tapi gua pelik. Cikgu Fauziah pegang kotak berwarna coklat. Bukan patutnya dia letak medal atas dulang ke? Kemudian cikgu Fauziah menyerahkan 5 keping pinggan kepada guru besar. Guru besar bersalam dengan Ruzaidi dan menyampaikan pinggan kemenangannya. Kemudian, guru besar bersalam dengan gua pula. Gua berjabat salam dan menerima pinggan kaca kemenangan gua. Gua syak ada 3 keping. Gua ambik pinggan tu dan gua hetak kat kepala guru besar. Berkecai pinggan-pinggan tu kat kepala botak tengahnya. Gua puas hati lalu turun dari podium. Gua terus ke garaj basikal, ambik basikal gua dan berkayuh ke rumah.

P/S: Part akhir tu memang tipu gila. Haha. tapi part gua menang no.2 dan dapat hadiah pinggan kaca memang betul. Kedekut punya guru besar. Ingat mak gua suka ke gantung pinggan kaca kat Wall of Fame rumah gua?

Photo

Saturday, November 14, 2009

pada 2:00 AM


Sejak akhir-akhir ni gua dah jadi makhluk nokturnal. Malam aktif, pagi tido. Mungkinkah gua perlu menerima tawaran Alfred untuk menjadi Batman? Mungkinkah gua perlu mempertimbangkan pengawal keselamatan shift malam sebagai karier gua secara serius? Mungkinkah gua bakal membintangi Twilight 2?

Gua rindukan zaman light off pukul 11. Gua rindukan zaman liat bangun subuh. Gua rindukan zaman mandi cuit-cuit air di kala subuh. Gua rindu bang azan subuh di surau. Gua rindu makan sarapan lepas semayang subuh. Gua rindu zaman kena terbalik katil pasal liat bangun subuh.

Ni la akibatnya bila sebilik dengan dengan pemain tegar Mafia Wars. Main Mafia Wars pun nak berlampu.

Photo

Friday, November 13, 2009

pada 3:35 AM


"Masuk universiti mak kata belajo dulu. Jangan nak dok menggatai. Abis universiti takde calon nak masuk minang. Sambung master.... Mak kata belajo je. Jangan dok menggatai. Abih master masih takde yang nak masuk minang gak. Sambung pHD...dapat pHD pun takde gak yang sudi." Dr. Mashitah Ibrahim masa gua tengok Forum Petua Mendapat Pasangan.

***

Gua makan ayam penyet malam semalam. Gua nampak member gua makan dengan seorang gadis. Gua tak nampak gadis tu. Tapi gua tau gadis tu bukan sekadar kawan je. Duduk pun berdua. Makan pun bersopan je. Suap nasik pun bersantun. Kalau makan dengan gua, macam ketua puak Jahiliyyah pun ada. Time makan kentaki bukak puasa hari tu, orang baru makan coleslaw dia dah habis satu bucket.

Gua tenang je. Malas gua nak kacau orang berdating sebab gua pun tak suka orang kacau gua punya. Tapi masa dia nak bayar, gua buat bunyi cencurut. Cruut cruut, gua buat sambil mulut gua memuncung. Dia sedar. Gua senyum je. Babi. Senyap-senyap dah ada awek. Haha. Tapi gua takde hal la sebab takkan dia nak buat poster tampal kat blok yang dia dah berpunya?

***

Berbalik kepada forum Petua Mendapat Pasangan. Gua tak pergi pun. Gua tengok .avi aje. Hehe. Mashitah kata kalau lepas habis belajar baru nak mencari calon, payah la. Bukan la payah sangat. Tapi memandangkan kat U banyak makwe lalu-lalang, maka nak cari calon pun senang. Lagi satu, jangan cari yang cun aje. Lagipun banyak awek cun dah kena rembat sebaik sahaja SPM mereka selesai. Paling cun kalau mereka beradab (bukan control ayu ok? Gua anti-control ayu), perangai baik dan pandai menjahit. Kalau cun tapi tak reti jahit jelujur, sape nak?

Cari makwe kat blog pun bole gak. Lagipun banyak makwe tengah berblogging. Gua syak banyak bloggers laki yang syok kat bloggers di kalangan makwe-makwe. Tak caya? Lu tengok contest Lumut. Sikit punya banyak cerita cintan depa ngan Lumut. Haha.

Yang perempuan pun jangan memilih sangat. Laki tengah sikit. Tak tolak yang dah jadi 'sotong'. Gay lagi. Kalau nak hensem macam Brandon Routh, jangan hairan la banyak lelaki kawin dengan gadis sunti Republik Czech dan Ukraine nanti. Dapat convert depa masuk Islam, kan besar pahala.

Men are hunters. Tu nature semulajadinya. Tapi kadang-kadang bila hunters ni dah makin pupus, the hunted one kena step up dan menonjolkan diri supaya hunters bole nampak. Isu perigi cari timba ke tolak tepi. Kalau suka cakap je suka. Kadang-kadang hunters ni pemalu nak mampus. Sebelum mereka jadi gay, baik cakap cepat.

The hunted one lak jangan jadi bangang. Senang-senang bagi hunters virginity mereka. Jangan ikut orang putih. Orang putih memang bangang. Tu sebab Bush boleh jadi Presiden. Kalau betul hunters tu sayang the hunted one nya, dia sanggup tunggu lepas kahwin. Biarkan hunters terus hunting sampai dah kahwin. Haha. Jangan jadi bangang macam budak-budak 3GP.

Wallahualamussawab. Kirim salam kat bapak balik rumah cuti nanti.

Photo

Thursday, November 12, 2009

pada 1:17 AM


Dulu masa gua umur 5 tahun, bapak gua masukkan gua ke tadika sekular kerajaan. Kalau tadika lain masa nak balik rumah nyanyi 'Subhanallah Walhamdulillah Walaailaahaillallah', tadika gua nyanyi 'Bertemu Dan Berpisah Adat Manusia Biasa'. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa. Ha'ah. Lagu tu. Kat tadika tu, Cikgu Ain (Gila la. Gua ingat lagi nama cikgu tadika gua) suka tampal poster berwarna-warni dekat dinding. Ada gak dia tampal lukisan bodo-bodo muridnya tapi semuanya telah ditanggalkan gara-gara lukisan abstrak budak Hindu Estet Jendarata yang didakwanya sebagai tahi lembu. Mati-mati Cikgu Ain ingat tu muka bapak dia. Gua suka poster sebelah dapur tadika. Poster cita-cita mengikut abjad. A Angkasawan. B Bangsawan. C Cendikiawan. Gua suka huruf P untuk Pilot. Gua tengok gamba pilot tu cool lain macam. Bomba pun nampak cool jugak. Tapi gua suka pilot sebab ada dua stewardess kepit dia.

Masuk darjah dua, bapak gua cadangkan gua jadi doktor. Standard la masa tu. Mana ada mak bapak zaman gua nak tengok anaknya jadi pemain bola. Takut kutuk anak sendiri bila anaknya main bola untuk negara. Gua masa tu tak tau apa. Gua nganga je bila doktrin jadi doktor tu disuapkan oleh bapa gua. Cita-cita jadi doktor tu kekal sampai gua form 2. Masa form 2, entah dari ceruk mana gua bercita-cita nak jadi jurutera awam. Gua siap interview jurutera awam sebenar masa gua buat folio 'kerjaya impian saya'. Cita-cita gua hancur musnahlah semuanya impian yang bumi tinggal menjadi kenang-kenanganku bila kaunselor bagitau jadi engineer awam tak kaya. "Adik saya jadi engineer senjata. Haa, yang tu memang kaya." Kaunselor sekolah gua suruh gua buat senjata. Tengok Rosalinda pun nangis, inikan nak buat senjata. Gua berkeputusan untuk tidak bercita-cita sementara.

Period tak bercita-cita tu berlarutan sampai gua form 5. Masa tu, ada sorang motivator datang sekolah. Gua tertarik dengan cerita brader tu jual nasik lemak kat blok asrama sekolahnya meskipun berkaki satu. Mentol menyala atas kepala gua. Gua bercita-cita nak jadi bisnesman pulak. Pengalaman gua berniaga sememangnya boleh tahan. Lagipun gua sentiasa enjoy berniaga. Pengalaman jual kebab dengan bapak gua masa Ramadan 2003 memang sweet. Masa berniaga tu jugak la, bapak gua ajar gua bahasa Jawa. Orak ngomong cangkem kue orak iso metu lo jowone. Cita-cita tu kekal sampai sekarang.

Untuk menyesuaikan dengan degree yang gua ambik sekarang ni, gua ingat nak bukak kilang memproses nasi berperisa kari, asam pedas, lemak cili api dan pelbagai lagi. Dengan ini, anda boleh menikmati nasi tanpa lauk lagi. Hehe...

P/S: Bagi gua, jadi cikgu still pekerjaan yang paling gua respek, saspek, tak merepek dan terbaik.

Photo

Wednesday, November 11, 2009

pada 1:58 AM


Berangan Bersama Atuk.
Dipos oleh avid

Lepas kuliah Static, gua menghempaskan badan gua ke katil. Babi penat. Kelas dah la dua jam. Tak paham pulak tu. Tapi gua tak peduli. Kelas dah habis, apa semua dah habis. Sekarang gua boleh bermuzik. Gua capai bass Fender Jazz gua. Gua capai kabel dan terus mencocokkan kabel itu ke amplifier. Gua test sound kejap. Bunyinya crispy dan groovy. Gua puas hati. Gua start main intro lagu Man Overboard - Blink 182. Peh. Bayangan makwe-makwe dalam kerumunan crowd di gig pertama gua berlayar-layar dalam otak gua. Sedap jugak buat bass solo depan awek-awek.


Tapi gua tau itu semua takkan berlaku. Selagi band gua tak dapat cari vokalis yang menepati perencah muzik band gua, selagi tu la band gua main kat jamming studio je. Main suka-suka je. Buang masa. Remaja masa kini. Dadah musuh negara. Remaja pelapis kepimpinan negara. Band gua dah ada gitaris standard Slash Gun N' Roses dah. Drummer pun kacip. Walaupun double paddlingnya masih perlu diasah lagi. Tapi dah takde vokalis, apa cite? Nak main kat kenduri kawin pun tak lepas. Gua dan gitaris memang tak boleh nyanyi. Well, kitorang takde la teruk sangat macam Irwansyah... tapi bila kitorang nyanyi kitorang takleh main. Bila kitorang main, kitorang takleh nyanyi.


Namun semua itu tak lama, masa batch junior baru masuk, gua dah redi dengan iklan audition cari vokalis band gua. Masa audition, sorang je makwe junior datang ke studio. Gua tengok pun hek eleh. Dah la bergua-lu-gua-lu dengan brader senior. Takde tata kesusilaan nak panggil gua 'abang' pun. Kalau masuk asrama, kompem kena belasah. Pakai baju T tulis 'I Hate The Verve' pulak tu. Kalau muka tak cute dah lama gua terajang. Gua tengok muka makwe ni melankolik semacam, so gua tanya:

"Lu boleh nyanyi lagu Aku Cinta Aku Rindu tak?"

"Hek ele....jiwang gila band korang...!"

Ececeh minah ni. Gua terajang betul kang.

"Lu hapal tak lirik lagu tu?" tanya gua menahan sabar.

"Gua tau lagu tu. Okeh, gua bilang 1 2 3 4 korang stat main."

Ececeh makwe ni. Baru audition dah poyo jadi ketua lak. Ingat jadi vokalis terus jadi ketua ke? Tapi gua cool. Tak adil judge makwe ni tanpa tengok bakatnya dahulu. Makwe poyo stat count 1 2 3 4. Lagu dimulakan. Gitar masuk dulu. Kemudian, bass dan seterusnya drum. Minah poyo stat nyanyi.



Woa. Sedap sial suara dia. Ada macam Sharifah Aini gua dengar. Gua enjoy sesi jamming petang tu. Brader pemilik studio pun datang usha. Pelik kot Sharifah Aini nyanyi punk rock. Makwe poyo ni memang vokalis yang dicari-cari dari 6 bulan lepas. Suaranya memang blend dengan muzik band gua. Ada blend macam Sharifah Aini dalam Lagu Seiring Dan Sejalan Seindah Bunga Di Taman dengan Broery Marantika.

***

40 tahun kemudian.

"Ha, tu la cito atok maso atok jadi rock star kek universiti dulu. Ekau google yo nama band atok, ado la wikipedia band atok. Gambo Lumut; vokalis band atok pun ado kek situ."

"Lumut skang buek apo tok?" Alif, cucu gua bertanya.

"Entoh la...aritu dio MMS atok dio masuk group musical. Dio buek performance kat Singapore bulan nih. Dio suruh atok poie ngan nenek."


"Ooooo..." Melopong Alif dibuatnya.

"Dah, jom makan. Dah pukul 1 dah ni."

***

"blog esoksemalam best kerana lumut update esoksemalam dengan purata 2 artikel sehari"

"blog esoksemalam tak best kerana lumut tak bagi hadiah Macbook untuk peraduan ini"

Photo

Monday, November 9, 2009

pada 11:47 PM


Satu benda yang paling gua suka pasal bola adalah bagaimana ia berfungsi sebagai alat yang menyatukan ummah. Tak caya lu cuba tengok masa build-up Final Piala Malaysia 2009 yang baru je habis tadi. Lumut yang gua tengok tak penah-penah cite pasal bola tibe-tibe buat lagu Hoben Jang Hoben. Zara yang sibuk menanda nota Pendidikan Jasmani kelas 2 Uranus tibe-tibe buat nota kaki pasal bola kat entri terbarunya. Masa MU kalah ngan Liverpool dia tak bising apa pun. Menikus je. Saje je alih perhatian gua dengan cerita jadi cikgunya. Nasib baik la pointer mouse MU kat blog dia tak tukar gambar teddy bear cute-miut.

Semangat perpaduan yang terkandung dalam bola sepak sangatlah bertepatan dengan konsep masyarakat Islam Hadhari yang mendukung kekuatan umat Islam di Malaysia. Kalau gua gubal Perlembagaan Malaysia dengan Lord Reid zaman merdeka dulu, gua mau tambah 'Kesetiaan kepada bola sepak tanpa berbelah bahagi' kat Rukun Negara. Sapa tak setia gua lucutkan kerakyatan.Gua nak tengok hari kemerdekaan negara disambut dengan aneka perlawanan bolasepak di Dataran Merdeka. Bukannya berarak pakai kostum bunga tak tentu hala.

Perpaduan masyarakat Islam Hadhari perlu dipupuk kepada sejak di padang bola lagi.
(sekadar gambar hiasan)


Dan gua juga percaya segala perang dalam sejarah peradaban manusia dapat dielakkan sekiranya mereka dibekalkan dengan sebiji bola, sebuah padang, seorang pengadil dan tiga orang pembantu pengadil. Contohnya, dalam Perang Dunia Kedua, WWII. Kalaulah Jerman dan Allied Army Forces dibekalkan dengan bola, gua percaya mereka boleh setel perang tu dengan lebih cepat tanpa mengorbankan nyawa. Datuk Maharajalela dan Pandak Lam kompem menang punya lawan JWW Birch. Senang. Tak payah nak bunuh-bunuh masa orang tengah mandi. Masalahnya, takde orang nak sponsor bola. Tu yang setel pakai silat, senapang, meriam gajah suma tu.

Pandak Lam antara mangsa kelekaan pihak tertentu membekalkan sebiji bola kepada
masyarakat madani Perak pada awal 1877.


Kesimpulannya, teruskan meminati bola. Jangan tunggu perlawanan final je. Jangan tunggu sampai gua meraban macam ni.

Photo

Sunday, November 8, 2009

pada 5:12 AM


Fakta #1
Dipos oleh avid


Where the bloody fuck is Malaysia???

Photo

Saturday, November 7, 2009

pada 4:44 PM


Hai. Nama saya Bleeker. Nama saya ni diberi oleh tuan saya. Saya okey-dokey jer. Episod hidup saya bermula apabila saya dilahirkan di Kilang Asadi di Seberang Prai, Pulau Pinang. Selepas saja dilahirkan, saya terus simasukkan ke dalam kotak bersama kawan-kawan yang lain. Di dalam kotak tu, saya berkenalan dengan Andrew, Josh dan Travis yang duduk sebelah saya. Kami masing-masing keliru. Apa tujuan kami dimasukkan ke dalam kotak pun kami tak tau. Kenapa kami tak dapat sijil kelahiran pun kami tak tau. Josh cakap kami ni anak luar nikah. Tu sebab kami tak dapat sijil kelahiran. Saya tak tau pun.

Dua hari selepas dilahirkan, kotak kami terasa seperti digerak-gerak dan dihempaskan. Masing-masing dah blur. Andrew kata anak luar nikah macam kami kena akan dijadikan selipar pelacur. Saya takut. Meskipun saya tak tau
pelacur tu apa, tapi saya pasti ianya sesuatu yang menakutkan. Saya hanya mampu beristighfar. Selepas 5 jam, kotak kami dihempas lagi. Saya semakin takut. Saya hanya mampu memejamkan mata. Tak lama kemudian, kotak kami dibuka. Cahaya lampu kalimantang menerusuk ke setiap pelusuk kotak yang menjadi tempat tinggal kami sejak dilahirkan. Travis menggigil ketakutan sambil memegang tangan saya.

Perlahan-lahan kami dipindahkan ke sebuah kotak yang terletak di luar sebuah kedai. Kami dilonggokkan macam tu sahaja. Saya sempat pandang sekilas ke satu rak kaca tak jauh dari tempat kami dilonggokkan. Kasut Nike Air tu gelak-gelak tengok kami dilonggok macam ikan kembung di pasar Tani. Kawannya, kasut Fila Italy Special Edition yang duduk sebelah Nike Air di rak tu siap jelir lidah kat say
a lagi. Saya sedih. Di kotak itu, saya menangis mengenangkan nasib saya. Kalau dah longgok macam ni, memang murah sangat la saya. Sampai bila-bila la saya takkan dibeli oleh Lionel Messi, tuan idaman saya. Satu hari, ada seorang lelaki datang ke kedai. Matanya liar mencari selipar-selipar macam kami ni. Saya pelik. Kenapa dia langsung tak pandang kat rak kaca tu? Selepas dia bercakap-cakap dengan tokey kedai, dia memandang tepat ke arah saya. Saya jadi kaget. Tangannya mencapai badan saya dan dibungkusnya saya dalam plastik. Saya berdebar-debar menanti nasib saya.

Namun, setelah dipakai oleh tuan baru saya, saya tahu saya mendapat tuan yang sangat baik. Dia bawa saya ke kelas kuliahnya, dia bawak saya shopping ke supermarket dan ke masjid. Dari tahun 2007 sehinggalah 2009, saya setia berkhidmat untuk tuan saya.
Namun, adat resam selipar expired, lama-lama saya agak uzur menjalankan tugas. Sudah beberapa kali tuan saya hampir jatuh kerana tergelincir di tandas dan lantai yang basah. Namun, tuan saya baik. Dia masih gunakan saya lagi. Saya sebak dengan kesetiaannya. Saya bertekad selagi dia setia terhadap saya, selagi itulah saya akan memberikan yang terbaik.

Pada satu Jumaat, tuan saya membawa saya ke masjid seperti biasa. Saya suka pergi ke masjid. Di masjid saya banyak berkenalan dengan selipar lain. Selepas solat Jumaat habis, saya menunggu tuan saya di batang paip seperti biasa. Namun, petang itu saya terasa lain macam. kaki yang menyarung saya terasa macam ada kurap. Eh, mana tuan lama saya? Mana tuan lama saya? Kembalikanlah saya ke tuan lama saya! Tuan lama saya takde kurap kat kaki macam encik! Encik, encik bukan tuan saya!! Kembalikan saya ke tuan saya!!!!!!!!!!


Sori Bleeker. Life must goes on. Kenalkan, ini Stu.

Photo

Wednesday, November 4, 2009

pada 9:01 PM



Hembus straight kat muka gua. Letih la gua nak elak. Gua nak tag Daffodil, Zara dan Lumut. Post gambar desktop koma.

Photo

pada 1:21 AM


"Ayob, baju kau kat ampaian lagi tu. Hujan dah rintik-rintik. Gi la ambik" getus Oneng.

"Ala, rilek ah. Esok tengahari kering la baju tu balik" balas Ayob yang leka main DoTA.

***
"Lan, esok kita siapkan assignment group Thermo kita. Esok dah nak hantar dah."

"Okeh. Kita buat pas aku habis main DoTA esok." Selamba Abu balas.

***
Procrastination at its best.

Photo

Tuesday, November 3, 2009

pada 3:59 PM


Sepanjang gua berkecimpung dalam dunia bolasepak sejak darjah dua, gua dah bergelumang dengan asam garam dunia bolasepak. Tiap-tiap kali bapak gua beli surat khabar, gua sapu bahagian sukan dulu. Gua tenung table liga tu lama-lama macam tengok sifir kali sepuluh. Gua tak tau dari mana datang gen gila bola dalam badan gua nih. Bapak gua takde la minat sangat sejak Selangor dah mandom. Mak gua kalo World Cup je la dia tengok bola. Sokong team Afrika pulak tu.

Melihat pe'el-pe'el manusia seperti ni gua didedahkan dengan macam-macam jenis peminat bola. Berikut adalah hasil kajian mendalam gua sejak darjah dua:

1. Hooligans - Fans jenis ni memang sanggup putus sedara kalau sedaranya tak sebulu dengan team yang mereka minat. Kalau team mereka kalah, mereka takde hal punya belasah player team sendiri. Kebanyakannya berpengalaman jadi hooligans. Kalau tengok perut mereka, ada tatu team kesayangan mereka. Ada gak teori kebanyakkan mereka ni dari kelompok skinhead. Tapi gua tengok skinhead Malaysia tak layan bola. Layan arak ada la.

2. Die-hard fans - Kipas susah mati bak kata Gempak. Fans jenis ni kenal semua player team kegemarannya dari 1st team sampai la ke youth team. Mereka sentiasa alert dengan transfer rumours membabitkan team mereka. Mereka ni sentiasa aktif di forum sembang team mereka. Lepas match je, terus bagi match ratings. Kebanyakkan terdiri daripada budak laki yang tak reti main bola. Kalau yang sampai wakil sekolah pun, peringkat kumpulan pun sekolah mereka dah tersangkut.

3. Football fans - Kelompok macam ni pelik skit. mereka tak minat sangat tengok bola. Kalau tengok pun dia suka team underdog ataupun team yang main cantik. Mereka ni kalau kat mamak suka mengutuk dan mengacah-acah kefanatikan golongan no. 2 ni. Tapi kebanyakkan mereka ni memang power main bola. Power main bola tapi humble. Disebabkan mereka ni pandai main bola, mereka lebih minat layan makwe-makwe lalu-lalang di fakulti.

4. Wannabe fans - Minat bola sebab ada player hensem dalam team mereka. Kebanyakkannya wanita. Tapi kehadiran peminat-peminat wanita ini sentiasa disenangi di mamak. Kadang-kadang ada gak fans macam ni daripada budak laki. Tu bukannya tanda mereka gay. Mereka cuma ikut-ikut je. Time Real Madrid menang dia sokong Real Madrid. Time Real Madrid kalah, dia pergi sokong Barcelona pulak. Nampak laki camni jangan ragu-ragu belasah mereka.

5. Bukan fans - Golongan macam ni memang merugikan industri mamak di Malaysia. Mereka buat seolah-olah main Mafia Wars adalah sukan nombor satu di dunia. Kalau main PES aytau FIFA kompem kalah. Kalau main bola betul-betul, mereka suka duduk betul-betul depan gol. Masa kelas PJK sekolah dulu, mereka gemar tolong cikgu buat line balapan di padang daripada main bola.

Anda dimana?

Photo

Sunday, November 1, 2009

pada 3:03 PM


Igauan Makan Malam
Dipos oleh avid

Petang tadi, gua cuba beralih untuk beli ikan goreng. Malangnya, igauan ngeri ikan-goreng-tak-cukup-kunyit-dan-garam-lalu-keras-gilababi masa gua sekolah asrama F1 sampai F3 kembali menghantui.

Lalu, gua beli ayam paprik.

Dan kuah seakan-kari tapi bukan kari. Semuanya "Tiga ringgiiiiitt......". Kosmopolitan sungguh makcik Temu Kunci sebut tiga ringgit.

Photo

Friday, October 30, 2009

pada 9:31 PM


Makan
Dipos oleh avid

"Ko ni tiap-tiap hari ayam, nasik ngan kuah kari je. Tak bosan ke?"

"Lar...nasi, kari ngan ayam lagi..."

Ya, itulah diet gua tiap-tiap kali makan kat UTM. Senang bini gua masak nanti. Tau masak kari, lulus dah...

Photo

Thursday, October 29, 2009

pada 7:37 PM


A Run-of-the-mill Article
Dipos oleh avid

One thing I like about Facebook(FB) is how it functions as a place to reconnect missing friends (at least with those who have the FB account) with a lot of cool features. Unlike Friendster, it looks way cooler and more sophisticated despite of its recent modification that sucks big time.

With FB, I learnt one of my roomate back in 2002-2003; Irfan , is currently an Oxfordian. I was wowing for like 5 minutes or so. He made it. Back when we were roomates, light off rule starts at 11 pm. But we weren't sleeping until like 1-2 am. That was because we were chatting. We chatted about lots of things from the scariest movie we've ever seen to what type of girl we've adored. It was fun, you know. I still remember he peldges to me to be an Oxfordian by hook or crook. I was like "Wow, dream big, girl". But I never doubt his credential to make into Oxford University. He's bloody brilliant. He answers 60 Geography questions in like 10 minutes. But his main speciality is English. Maybe that was because he did lives in US for 3 years when he was 10.

Lots of my friends have been studying abroad ever since the 2005 SPM results were announced. You name it. Australia, Japan, US, UK, New Zealand, Ireland, Rep. Czech, Russia, India and let's not forget Indonesia. I'm happy for 'em. I do. I wish they would come back to Malaysia for work. You know, to repay all the good deeds of Malaysian goverment by serving the country. But, I guess that is their own choices. They're mature enough to mould their future. I always dream maybe one day I stumble across a doctor of one of my former college buddies and get a special lower fees for his/her service. Or maybe they're kind enough to let it be free. It would be cool.

Sorry, this article sounds cheesy. It's that my cheesy mood gets me every time.

Photo

Wednesday, October 28, 2009

pada 1:28 PM


Popular Posts